:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 18 April 2010

Nilai Seorang Manusia




Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”


Riwayat Muslim


i) Setiap manusia
nilainya yang paling utama terletak
pada amal perbuatan yang dilakukannya
bukanlah pada rupa parasnya.
Jika baik tingkahlakunya
maka
baiklah dia pada pandangan kita,
begitulah sebaliknya.



ii) Namun pada pandangan
Allah S.W.T
selain daripada
tingkahlaku dan amalan,
nilai yang terpenting
adalah pada niat
orang yang melakukan
sesuatu amal perbuatan itu sendiri.


iii) Maksud niat di sini adalah
tujuan sesuatu perkara dilakukan
iaitu sejauh mana keikhlasannya
kerana
sesuatu kebaikan yang ada
‘udang di sebalik batu’
tidak boleh dikategorikan
sebagai ikhlas
di mana
maksud ikhlas tersebut ialah
membuat sesuatu kebaikan
semata-mata
kerana kebaikan itu sendiri
dan
tidak mengharapkan balasan
selain daripada balasan
Allah S.W.T.


iv) Lawan ikhlas adalah riya’
iaitu membuat sesuatu kebaikan
dengan tujuan (niat)
untuk menunjuk-nunjuk
(mengampu atau membodek).
Sifat ini akan menolak pahala
daripada Allah S.W.T.


V) Seorang yang ikhlas
dalam kerjanya bererti
dia tidak akan melaksanakan kerja
yang diamanahkan
itu sekadar
melepaskan batuk di tangga
atau
bukan semata-mata kerana
upah yang diterimanya setiap bulan
bahkan dia menganggap
kerjanya itu sebagai satu ibadah
di mana wajib ke atasnya
melaksanakan tanggungjawabnya itu
dengan sempurna dan memuaskan.


vi) Bekerja dengan niat yang ikhlas
akan meningkatkan produktiviti
dan
dapat menghasilkan kerja-kerja
yang bermutu di mana
keikhlasan
akan dapat menjamin kehidupan
yang mulia di dunia dan akhirat.




Barang siapa yang hari ini

sama dengan kelmarin,

maka

tertipulah dia,

dan

barang siapa hari ini

lebih jahat dari kelmarin,

maka

terkutuklah dia.






Kesabaran...............merupakan kuda perang

yang kuat dan gagah perkasa

yang dapat dijadikan senjata untuk

memerangi amarah, kebodohan, dan hawa nafsu.

Kewaspadaan..........merupakan usaha mengkaji

dengan teliti , tidak tergesa-gesa dan

bertindak dengan rasional dan bijaksana.

Dua sifat ini adalah senjata yang

dapat memerangi kecemasan .

Barangsiapa...........

yang tidak memiliki keduanya

maka

ia akan mengalami banyak kehilangan

kebaikan dan terancam oleh kecemasan.

Dengan kesabaran...........

seseorang pasti dapat mencegah banyak keburukan.

Sedangkan...............

orang yang bodoh dan pemarah

maka

sesungguhnya ia akan

memperbesarkan keburukan dan

menambah akar kegelisahan yang semakin menjadi-jadi.

Seseorang yang bersikap hati-hati..............

jarang menyesal

atau

jarang melakukan urusan yang kesudahannya

penuh dengan kemisterian.

Berbeza halnya

dengan orang yang tolol

lagi tergesaa-gesa

maka

sesungguhnya penyesalan, kecemasan,

dan kesudahan yang buruk akan selalu menemaninya.

Seorang manusia

yang mengasihani dirinya dan

diri orang lain

adalah orang yang pandai

membiasakan dirinya bersikap

tenang, berhati lapang dan senang.

Islam.........

menganjurkan supaya bersikap lembut,

sabar dan tidak tergesaa-gesa.





2 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

salam kak,

tazkirah yang sangat bermakna, mohon izin copy ke blog saya :)

Rohani M.U berkata...

Salam > dik Mohamadazhan hjDesa

Silakan. Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt.

Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...