Huraian
Siapa yang tidak kenal
nama Muhammad?
Jika pertanyaan:
“Siapakah Muhammad itu”
ditujukan kepada
seorang muslim,
tentu mereka sangat
mengenalinya.
Muhammad
adalah purnama.
Cahayanya di atas cahaya.
Begitu syair pujian untuk dirinya. Sebagaimana yang disebutkan
di dalam hadith di atas, terdapat banyak nama-nama
yang diberikan kepada
Rasulullah
dan
sebagai seorang Islam
kita wajib berselawat
pada tiap-tiap kali
menyebut, menulis
atau
mendengar nama
Nabi Muhammad s.a.w.,
atau
ganti namanya
atau
pun pangkat kenabiannya
juga pangkat kerasulannya.
Pendapat ini ialah
pendapat sebahagian besar
daripada penyokong-penyokong Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi,
Mazhab Syafie
dan
Mazhab Hambali.
Mereka berpendapat
bahawa sesiapa yang
tidak berselawat
pada masa-masa yang tersebut
maka
ia telah melakukan
dosa besar
kerana
banyak hadi
th yang
menjelaskan bahawa
Rasulullah s.a.w.
telah memberi amaran
menyatakan
bahawa
sesiapa yang
tidak berselawat
kepada Baginda s.a.w.
pada masa disebutkan
nama atau ganti nama
Baginda s.a.w.
maka
dialah
sebakhil-bakhil manusia.
Dialah
yang mendapat kehinaan
yang memalukan
dan
memuramkan mukanya,
dialah
yang beroleh kepayahan
dan
kesusahan,
dialah yang jauh
dari
rahmat Allah
dan
dialah
yang akan masuk
ke dalam neraka
sekiranya tidak
diampunkan dosanya
meninggalkan berselawat itu. (sebagaimana yang
tersebut dalam
hadis Abu Zar al-Ghifari,
yang diriwayatkan
oleh Ibn Abu Asim;
Hadis Abu Hurairah riwayat Tirmizi
dan
al-Hakim; riwayat at-Tabari
dan
Bukhari pada al-Adab al-Mufrad; Hadis Abu Hurairah riwayat Ibn Hibban
dan
al-Bukhari pada al-Adab al-Mufrad
dan
hadis Abdullah bin Jarad riwayat ad-Dailami).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan