:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 10 April 2010

Bismilllah







Kisah Berkat Disebalik Membaca Bismilllah

Ada seorang perempuan tua

yang taat beragama

tetapi suaminya seorang


yang fasik dan

tidak mahu mengerjakan

kewajipan agama

dan

tidak mahu


berbuat kebaikan.


Perempuan itu sentiasa

membaca Bismillah

setiap kali hendak

bercakap dan


setiap kali dia

hendak memulakan sesuatu

sentiasa didahului dengan


Bismillah.

Suaminya tidak suka

dengan sikap isterinya

dan

sentiasa


memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek,

"Asyik


Bismillah, Bismillah.

Sekejap-sekejap Bismillah."


Isterinya tidak berkata

apa-apa sebaliknya

dia berdoa

kepada Allah S.W.T.


supaya memberikan

hidayah kepada suaminya.

Suatu hari suaminya berkata
:

"Suatu hari nanti

akan aku buat kamu

kecewa dengan

bacaan-bacaanmu


itu."


Untuk membuat sesuatu

yang memeranjatkan isterinya,

dia memberikan


wang yang banyak

kepada isterinya

dengan berkata,

"Simpan duit ini."


Isterinya mengambil duit

itu dan menyimpan di

tempat yang selamat, di


samping itu

suaminya telah melihat

tempat yang disimpan

oleh isterinya.


Kemudian dengan

senyap-senyap suaminya

itu mengambil duit

tersebut

dan


mencampakkan beg duit

ke dalam perigi

di belakang rumahnya.


Setelah beberapa hari

kemudian suaminya itu

memanggil isterinya

dan


berkata,

"Berikan padaku wang

yang aku berikan

kepada engkau dahulu


untuk disimpan."


Kemudian isterinya

pergi ke tempat dia

menyimpan duit itu

dan

diikuti oleh


suaminya dengan

berhati-hati dia menghampiri

tempat dia menyimpan

duit itu


dia membuka dengan

membaca,

"Bismillahirrahmanirrahiim."

Ketika itu

Allah
S.W.T

menghantar malaikat Jibrail A.S.

untuk mengembalikan

beg duit dan


menyerahkan duit itu

kepada suaminya kembali.


Alangkah terperanjat suaminya,

dia berasa bersalah

dan

mengaku segala


perbuatannya kepada isterinya,

ketika itu juga

dia bertaubat

dan

mula


mengerjakan perintah Allah,

dan

dia juga membaca

Bismillah

apabila dia


hendak memulakan

sesuatu kerja.





2 ulasan:

Acik Erna berkata...

terima kasih berkongsi ilmu..alhamdulillah..kita semua sentiasa mengucapkan bismillah ini..semoga kita juga diberkati..

Rohani M.U berkata...

Salam > kak Erna
Diberkati Allah swt dunia dan akhirat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...