Seorang lelaki muslim yang bagus imannya akan terpaut hatinya kepada wanita muslim yang bagus imannya juga. Begitu juga sebaliknya. Ini adalah fitrah manusia. Saling tertarik apabila mereka mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang hampir sama. Manusia tidak dapat menilai kebaikan seseorang manusia lain melainkan setelah mengenali di antara satu sama lain. Jadi, perkara pertama yang menjadi ukuran seseorang pastinya melalui penampilannya. Melalui penampilannya, seseorang dapat diukur secara zahir bagaimana peribadinya. Samada seseorang itu baik, rajin, pandai, kelakar, garang, malas dan sebagainya masih belum pasti. First impression comes first. Awal-awal Bertudung Labuh
Wanita yang bertudung labuh atau dipanggil juga bertudung bulat memberi impressi (tanggapan pertama) bahawa dia wanita yang bagus agamanya. Ia cuma impressi sahaja. Belum tentu dia solehah atau tidak. Dan kebiasaannya wanita yang memakai tudung labuh ini berlatar belakangkan sekolah agama. Kerana mereka diwajibkan untuk memakai tudung labuh. Ada sebahagian pelajar-pelajar agama ini, di sekolah mereka bertudung labuh. Tetapi apabila berada di luar sekolah mereka tidak lagi mengenakan pada diri mereka tudung labuh. Ada yang memakai tudung biasa sahaja.
Tudung tiga segi, malahan skaf pun ada. Ada juga yang tidak menutup aurat secara sempurna, tetapi bilangan mereka sedikit sahaja. Sekolah agama memberikan tarbiyyah. Ia membentuk anak-anak didiknya agar berada di landasan yang betul. Bagi pelajar muslimah di sekolah-sekolah agama, mereka diajar untuk menerapkan pakaian muslimah yang sejati pada diri mereka. Ini bertujuan untuk merealisasikan tuntutan ISLAM dalam berpakaian khas untuk wanita beriman. ALLAH subhanahu wata’ala telah berfirman dalam al-Quran berkaitan etika berpakaian wanita beriman yang maksudnya: Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya…” (Surah ke-24 an-Nur, ayat 31) Pelajar-pelajar sekolah agama ini dikehendaki memakai uniform sekolah dan bertudung labuh, baju kurung yang longgar (tidak ketat), jenis kain yang tidak nipis dan berstoking panjang. Bukan itu sahaja, malahan hal batasan ikhtilat (percampuran lelaki & perempuan) turut diajar kepada mereka.
Lelaki dan perempuan dipisahkan tatkala makan di kantin, tangga khas lelaki-perempuan, aktiviti kurikulum & ko-kurikulum kebanyakannya dipisahkan antara lelaki-perempuan dan sebaginya. Ini semua untuk dijadikan bekalan ilmu buat mereka serta mengamalkannya. Bukan semua yang gembira dengan peraturan ini. Mereka terpaksa. Tetapi, memang begitulah proses pentarbiyyahan perlu dilakukan. Tanpa peraturan, mereka tidak akan patuh dengan kod pakaian yang ‘menyusahkan’ itu. Mereka pastinya mahu bebas dan bersantai-santai dalam berpakaian.
Peraturan untuk berpakaian Islami ini adalah untuk kebaikan mereka sebenarnya. Kebaikan yang diukur dari kaca mata agama. tudung Sejuk mata tatkala terpandang... Tahun demi tahun dalam keterpaksaan, lama-kelamaan mereka berasa selesa dengan bertudung labuh. Malahan ada yang jatuh cinta dengan cara berpakaian tudung labuh pula. Mereka membawa cara berpakaian yang penuh kesederhanaan ini ke luar sekolah. Hatta, sehingga habis sekolah. Sampai ke universiti, sampai ke alam pekerjaan. Tetapi bilangan mereka yang tetap dengan tudung labuh tidak ramai disebabkan oleh beberapa faktor.
Antara faktor-faktornya ialah kesesuaian pekerjaan (nature of work), trend, fesyen, akibat keluarga dan sebagainya. Yang paling penting ialah mereka MENUTUP AURAT dengan SEMPURNA. Samada bertudung labuh atau tidak, bukanlah menjadi ukuran utama. Kerana syariat hanya menyuruh mereka menutup aurat. Asal sahaja sudah menepati syariat, nah silakan…
Pandangan Masyarakat Terhadap Wanita Bertudung Labuh Pentingkah pandangan masyarakat jika sesuatu yang diperbuat itu betul? Pentingkah untuk kita ambil pusing dengan kata-kata orang lain, jika apa yang kita amalkan menepati tuntutan syar’iyyah? Tak perlu, bukan? Saya sengaja melontarkan persoalan itu untuk sama-sama kita fikirkan. Agar kita tetap dengan pendirian kita jika apa yang kita buat itu betul, walaupun barangkali ada yang berkata itu dan ini. Ada sebahagian dalam masyarakat memandang wanita yang bertudung labuh ini ketinggalan zaman, kolot, tak moden, tak ikut trend dan sebagainya. Namun, ada sebahagiannya juga memandang hormat, tinggi, segan dan mulia kepada mereka ini.
Hampir 100% pandangan yang saya temui mempunyai pandangan yang kedua, iaitu memandang tinggi dan hormat kepada wanita yang bertudung labuh. Malahan sebahagian yang tidak bertudung labuh ada yang menanam hasrat untuk bertudung labuh, tetapi segan dan malu disebabkan tidak pernah berpakaian seperti itu. Mahu, tetapi malu. Saya secara peribadi ingin berterus-terang bahawa saya selalu didatangi perasaan yang damai tatkala terpandang wanita yang bertudung labuh. Apabila ternampak mereka dari jauh, rasa sejuk hati ini. Saya rasa ramai lelaki yang mempunyai perasaan seperti ini.
Tetapi, kalau mat-mat rock, mat-mat punk, mat-mat rempit, mat-mat disko dan seumpama dengannya, saya rasa mereka takdelah perasaan macam ni. Eh, entah-entah pun ada perasaan yang sama…? Agaknya mereka pun rasa tersentuh, rasa beragama… Perasaan yang datang apabila terlihat wanita bertudung labuh bukanlah perasaan ingin melakukan yang ‘bukan-bukan’. Sebagaimana apabila seseorang lelaki nampak perempuan seksi, apa yang terlintas di dalam hatinya pastilah sesuatu yang berkaitan dengan seks. Syahwat segera bernyala-nyala tatkala melihat wanita yang ‘buka-buka’.
Tetapi apabila ternampak wanita bertudung labuh, perasaan damai datang. Rasa ingin membimbing, membela dan mendidik wanita itu segera hadir. Malah datang juga perasaan beragama pada diri. Juga rasa ingin berkeluarga, keluarga yang soleh. Ini bukan kesimpulan yang saya buat bagi diri saya. Malahan pernah saya dan kawan-kawan membicarakan hal ini suatu ketika dahulu. Di forum-forum Islami di internet juga tidak lepas membicarakan perkara yang sama.
Ya, wanita bertudung labuh lambang wanita yang hidup beragama. Isteri saya sendiri bertudung labuh. Sejak beliau di bangku sekolah, di universiti sehinggalah kini bekerja dan berumahtangga. Saya suka isteri saya bertudung labuh. Rasa damai dan tenang apabila saya berjalan di tengah ramai sambil saya memimpin tangan isteri. Rasa cinta dan beragama sentiasa mekar sehinggalah sekarang kami mempunyai empat orang anak. Mudah2an beliau terus dengan bertudung labuhnya. Kerana mata ini sejuk apabila melihatkan isteri berpakaian begitu.
Kesimpulan Tulisan ini bukan ditulis tanpa tujuan. Tulisan ini diharap dapat memberi motivasi kepada diri muslimah remaja yang berkira-kira ingin membuang tudung labuh dari tubuhnya. Sebahagian mereka rasa ketinggalan zaman. Rasa ‘takde orang nak’ orang yang bertudung labuh ini. Rasa terpinggir dengan berpakaian tudung labuh ini. Percayalah, cara berpakaian sedikit sebanyak boleh mengawal diri dari kita melampaui batas. Dengan bertudung labuh, pasti akan ada setitik penyedar. Kita ingat siapa kita. Kita tak mahu diri terfitnah. Kita tak mahu agama terfitnah. Janganlah dibuang tudung labuh itu dari tubuh kalian. Kalian nampak ayu dan sopan bertudung labuh.
Kalian menimbulkan rasa ingin beragama di kalangan sebahagian manusia. Samada lelaki atau wanita, rasa beragama tiba-tiba datang tatkala kalian muncul. Yang paling penting ialah berpakaian seperti itu jika betul niatnya dan caranya, kalian akan diredhai ALLAH. Akhir sekali, ingatlah! Bahawa beramallah kerana ALLAH. Ikhlas kerana ALLAH. Ikut cara ALLAH. Bermatlamatkan ALLAH. Bukan disebabkan hal lain. Mudah2an kita semua digolongkan di dalam golongan solihin, amin…

Sumber : http://muzir.wordpress.com
Tulisan : Shahmuzir Nordzahir
Tulisan : Shahmuzir Nordzahir
2 ulasan:
salam kak,
mohon izin untuk copy artikel menarik ini, penilaian yang bagus ttg wanita bertudung labuh :)
Dik, nak copy-paste silakan. Panjang-panjangkan dan berpesan-pesanlah kepada kebaikan.
Catat Ulasan