:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Isnin, 15 September 2014

Seni dalam Islam :)


http://ujeattadzkir.files.wordpress.com/2012/08/cropped-a-lukisan-4.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5I9MolvGqRtpblqxl4iZnLpXmfMK4d13GkwUo5NneXi-XgeiPIurAVsOvaB4NDcvvtSBKHwId7Mzh6ziqK9XvOmySJq0fze7Zyjnny7GCAm-vlHRRDcX4h7zoECBomP29lRuNowmltiq7/s400/Foto+Basmallah+Kumpulan+Wallpaper+Gambar+Gambar++Islami+Lukisan+Kaligrafi+Islam+Koleksi+Lengkap.jpg


Islam ialah agama yang nyata dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati cita rasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. 





Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu ialah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa.
Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. 





Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.





Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. 





Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah. 





Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas.





Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam.





Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. 





Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ia mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. 





Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama').





Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. 





Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. 





Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.





Seni lukisan dan arca juga dikenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat daripada emas, pohon dan batu mahal dan ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabut rumah, piring, kulit buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. 





Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya berwarna emas, perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi besi perang. 





Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawang, lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain.





Seni lukis bermula pada zaman Khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian-helaian safhah al-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk araesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik. 





Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.



 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHelWKliRGTlC15HNW1yruM8gyYBVIpQzaDGOI66YFoVcmagS_S7B5_IE1dQdXFCe1lA6yp324Bx-yI7i4JSgXGB6pXizpRYKOBMv1QbSeUp8gfZTgcOy0ZCxVTvNfGyb8gDo0PPMjXSs/s1600/rabbiyassir.jpg
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjph6W7Aiuzfg2Rr_BWzCKlsG5vl81wUVoIQoWHOC_gZ6B6knTcJLYk4z1VBKXfIljTuN5jW8_tv3SvWZLADSvTo6jWy61OEDpgkfiyzpzruxqWWEFUVBvzMqSl-CYNVi9yOtCIkiylp6ak/s200/kaligrafi+4.jpg

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...