:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Khamis, 26 Jun 2014

Sujud tilawah dan Sujud syukur :)




Persoalan Agama:  


Syaitan lari apabila 

anak Adam membaca ayat Sajdah

.

Soalan:





SAYA hendak melakukan sujud syukur
 tetapi saya masih ragu-ragu cara
 yang betul untuk melakukannya.
 Apakah beza
 sujud syukur dan sujud tilawah. 
Adakah sujud tilawah ini
 wajib dan bagaimanakah cara
 yang betul melakukan sujud tilawah
 dan sujud syukur.




RAMLY,

Sungai Petani.




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtoytsTaRRGURZLK13UeKFjpLmE1ZWQc_dRBjbDRKepo2OhmxI5eONnA9jfmbdJ3pLpHDR-6trpBHheMKcTjGl6C7hW8D4YKmBVx7sYvLxISFla8aS18sygdwFfiTXhA5qcxXc7h26BaDB/s1600/sujud+syukur.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwMSJY9W4oFU1tc9pQTmIcMzIjuiyz76rXYs6c7V3qzgJbY_Wxx2EcK5efVZxF59ynB4vkNOxLQDl5x_ty_0WktwjRoFqD2qU_QtlEXkUFhVSYX6GvGEqvTl_15-i9SElZF1tRyGNS4g/s1600/Sujud+Syukur.jpg

.
Jawapan:




.
HADIS riwayat al-Bukhari dan 
Muslim daripada Abdullah bin Amrin menyebut: 




 “Nabi SAW membaca al-Quran,
 lalu Baginda membaca surah
 yang terkandung dalam ayat Sajdah. 
Maka Baginda sujud dan kami pun
 sujud bersama Baginda sehingga
 tidak ada sebahagian kami 
mendapat tempat untuk meletakkan dahi.”








Antara kelebihan melakukan
 sujud tilawah seperti hadis 
yang diriwayatkan Muslim dan
 Ibn Majah daripada Abu Hurairah 
yang bermaksud:







 “Apabila anak Adam 
membaca ayat Sajdah, lalu ia sujud,
 maka syaitan akan melarikan diri 
serta menangis dan berkata,
 “celaka, ia diperintahkan untuk 
sujud lalu ia sujud dan baginya syurga.
 Dan aku pernah diperintahkan
 untuk sujud, aku enggan 
dan bagiku neraka.”









Sujud tilawah hukumnya sunat bagi orang yang membaca ayat Sajdah dan juga mendengarnya, sama ada ia qashad (niat) untuk sujud tilawah atau tidak.








Menurut Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam kitabnya Sabilal Muhtadin, ayat Sajdah dalam al-Quran ada 14 selain dari Sajdah dalam surah ‘Shad’ kerana ia termasuk sujud syukur seperti mana diterangkan dalam hadis riwayat an-Nasa’I daripada Ibn Abbas yang bererti: 





“Nabi Daud melaksanakan sujud
 kerana bertaubat dan kita
 melakukan sujud kerana
 bersyukur.”










Dimaksudkan bersyukur di sini kerana diterima taubatnya dan kerana itu orang yang mengerjakan sujud sajdah pada surah Shad hendaklah ia berniat sujud syukur kerana taubat Nabi Daud diterima Allah.









Ayat Sajdah yang dimaksudkan itu adalah  ayat 15 surah ar-Ra’du,  ayat 50 surah an-Nahl, ayat 109 surah al-Isra’, ayat 58 surah Maryam,  ayat 18 surah al-Haj, ayat 77 surah al-Haj, akhir ayat 26 surah an-Naml,  ayat 15 surah as-Sajdah,  ayat 38 surah Fushilat, ayat 62 surah an-Najm,  ayat 21 surah al-Insyiqaq dan ayat 19 surah al-Alaq.







Sujud tilawah sunat dalam solat dan di luar solat. Sujud tilawah di luar solat ada empat rukun, iaitu takbiratul ihram, niat sujud tilawah ketika takbir seperti dalam solat, sujud sekali dan memberi salam sesudah sujud seperti salam dalam solat.








Sunat membaca dalam sujud tilawah dalam solat dan di luar solat iaitu “Sajada wajhiya lil lazi khalaqahu wa sawwarahu wa syaqqa sam’ ahu wa basharahu bi haulihi wa quwwatihi fatabarakallahu ahsanul khaliqiin.”








Berbeza dengan sujud syukur, hendaklah dilakukan di luar solat dan tidak boleh dalam solat kerana jika dilakukan dengan sengaja dalam solat, maka batallah solat.






Cara pelaksanaan sujud syukur adalah sama dengan sujud tilawah di luar solat iaitu berniat melakukan sujud, takbiratulihram, sujud dan salam. Sujud syukur sunat dilaksanakan ketika memperoleh nikmat yang diharapkan seperti memperoleh anak, pangkat, kemuliaan dan harta.








Sunat juga melakukan sujud syukur ketika terhindar daripada musibah yang tidak diduga, baik musibah yang menimpa dirinya, anak cucunya atau salah seorang dari umat Islam seperti selamat daripada karam, kebakaran atau rumah runtuh.







Sujud syukur tidak dilakukan lagi kerana dipisahkan oleh waktu yang cukup lama antara sujud dan sebabnya. Demikianlah secara ringkas berkaitan sujud tilawah dan sujud syukur.


.











Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...