:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 11 Oktober 2013

Khutbah Jumaat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCuqORbgy2gIj25XmwxmfRO8qoeaRExaTUnGDMoSHi29IEGzY7febJQl0KBLxIJvZ486d5UKSJuLNeYCtdo04zGMolLXxs3kuVMDZ-JwH4vapfxZXFYBF9Qwg5pHi7iouo6vSm9bpuSJI/s1600/have_a_beautiful_day_moon_rose_reflection.png


Khutbah Jumaat: 



Kebebasan berpaksi Barat
 perancangan musuh Islam



Ketika ini umat Islam dari seluruh pelusuk dunia sedang menunaikan ibadah haji dan berada dalam ihram serta mematuhi segala peraturan sama ada secara fizikal ataupun spiritual. Secara ringkasnya mimbar ingin menjelaskan bahawa ihram simbol kepatuhan ummah kepada agamanya.

Seseorang yang berihram perlu menahan diri daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah SWT selama memakai ihram meskipun sebelumnya ia dibenarkan oleh syarak. Larangan ini bertujuan supaya kita menjadi umat yang bertakwa.


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Demikianlah ajaran Allah dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka termasuklah dia orang yang bertakwa.”

 (Surah al-Hajj, ayat 32)

Firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.” 

(Surah al-Maidah, ayat 72)

Kenapa Allah SWT meletakkan sempadan tertentu sebagai pantang larang bagi umat Islam? Kenapakah perlunya pantang larang dan peraturan kepada kehidupan umat Islam?


Hak asasi manusia

Percayalah, kebebasan tanpa sempadan dan hak asasi manusia yang berpaksikan Barat adalah perancangan musuh Islam di negara ini yang sedang direncanakan untuk menyuburkan fahaman bercanggah dengan Islam.
Timbullah fahaman liberal, menyemai pluralisme agama, menghalalkan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LBGT) yang akhirnya akan lahirlah generasi dalam kalangan umat Islam yang mendokong perjuangan mereka dan sanggup menggadaikan agama Islam serta negara.

Perkembangan ini sangat berbahaya kerana cukup jelas mempengaruhi umat Islam atas dasar hak asasi manusia. Perbuatan menyokong ideologi asing seperti kapitalisme, komunisme, sosialisme, libralisme dan menganggap ideologi itu lebih baik daripada ajaran Islam boleh membawa kepada syirik.

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan atau iktiqad iaitu dengan menjadikan sesuatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sebagai sekutu Allah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, ayat 13)

Isu kalimah Allah akan didengar sekali lagi di Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober ini. Justeru, umat Islam yang patuh kepada agamanya, marilah sama-sama kita bersatu demi menolak apa juga usaha yang menafikan hak kita sebagai umat Islam.

Percayalah Allah SWT menyatukan umat Islam pada hari ini dalam ibadah haji dengan berpakaian ihram, niat dan perbuatan yang sama. Ingatlah bahawa kesatuan umat Islam di atas satu akidah tanpa mengira latar belakang dan kedudukan.

Pertahan kalimah Allah

Mempertahankan kalimah Allah daripada disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang tidak dibenarkan oleh syarak hendaklah dipertahankan. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik.

Jika terdapat unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah itu, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Percayalah mempertahankan kesucian Islam dengan tidak membenarkan pihak lain menghinanya adalah sesuatu yang dituntut.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.” (Surah al-Maidah, ayat 72)

Di tangan kitalah letaknya tanggungjawab dan kuasa untuk mempertahankan kesucian agama Islam Umat Islam memerlukan penghayatan Islam secara menyeluruh. Berdasarkan maqasid syariah, tanggungjawab setiap umat Islam menjaga lima perkara, agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Salah satu prinsip penting yang mesti dilaksanakan umat Islam bagi memastikan kedaulatan agama kekal terpelihara ialah dengan menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jugalah kesudahan segala urusan.” 

(Surah al-Hajj, ayat 41)

Ihram haji mengajar kita mematuhi peraturan dan bersikap insaf diri. Apabila kita insaf dan beramal dengan falsafah ini, maka kita telah sanggup melutut dengan kerendahan batin. Tiada lagi sifat takbur di hadapan Allah SWT.

Kita sentiasa mengawal diri, ahli keluarga dan sesama manusia untuk menentukan kecemerlangan agama Islam dan ummah. Marilah bersama berdoa supaya tetamu Ilahi yang berada di kota suci Makkah dipermudahkan menunaikan rukun Islam yang kelima ini.

1 ulasan:

seri.selaseh berkata...

Ilmu manusia tu sikit kalau nak dibandingkan dgn ilmu Allah. Apa yg Allah larang tu sudah pasti ada sebabnya. Dan sebab itu semestinya utk kebaikan kita juga.

Hak asasi manusia ni bnyk bersandarkan kpd logical thinking yg tak semestinya betul sbb ilmu manusia tu sikit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...