Khutbah Jumaat:
Gaya hidup berhemah bebas belenggu
hutang
Boros belanja bawa
kemudaratan kepada
diri, masyarakat dan negara
Islam menganjurkan umatnya mengamalkan sikap bersederhana dalam setiap tindakan iaitu tidak berlebihan dan tidak pula melampau terutama dalam berbelanja. Agama Islam menetapkan beberapa peringkat keperluan iaitu keperluan mendesak, dihajati, lebih baik dan lengkap.
Namun, dalam mengurus kehidupan, Islam
mewajibkan kita mengatur perbelanjaan kepada perkara asas dan keperluan yang
benar-benar mendesak iaitu al-Dharuriat. Menurut Imam as-Syatibi, al-Dharuriat
adalah sesuatu yang harus dilakukan demi kemaslahatan di dunia dan akhirat.
Mengamalkan sikap berjimat cermat akan mendatangkan banyak
faedah kepada diri, mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT, terselamat
dari muflis akibat hutang dan berbelanja berlebihan menurut hawa nafsu. Kita
juga akan mempunyai simpanan di saat menghadapi kesusahan.
Jika al-Dharuriat ini tidak dilaksanakan maka kemaslahatan tidak akan ada, tetapi yang timbul adalah kerosakan, kesengsaraan serta kerugian yang besar. Prof Dr Yusuf Qardhawi mengatakan sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara kurang penting berbanding yang penting.
Perkara penting adalah urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Perkara itu ada yang besar, penting dan utama, ada pula yang kecil, ringan, kurang penting, kurang utama, cabang (furu’) dan rukun.
Nikmat tidak terhitung
Sebagai umat Islam tentunya kita menyedari Allah SWT telah mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya sama ada dalam bentuk keamanan, kesejahteraan, kesihatan, kebahagiaan, kekayaan, umur yang panjang dan sebagainya.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah
kamu dapat menghitungnya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”
(Surah an-Nahl, ayat 18)
Namun, ada kala nikmat melimpah ini menyebabkan seseorang itu lupa dan lalai bahawa sebahagian itu adalah ujian daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Sebagai umat Islam, kita dituntut supaya mensyukuri segala pemberian daripada Allah SWT.
Kita hendaklah mengurus segala perbelanjaan untuk keperluan hidup dengan sebaik-baiknya setiap masa sama ada pada waktu senang, lebih-lebih lagi pada waktu susah. Jika kita mengabaikan perkara itu, dikhuatiri kita menjadi generasi yang mundur menyebabkan negara terkebelakang.
Bayangkanlah, jika fenomena ini berterusan ia pasti mendatangkan beban kewangan pada diri dan keluarga umat Islam yang seterusnya akan melahirkan sejumlah besar penghutang dalam kalangan umat Islam.
Akhirnya, kadar kemiskinan makin bertambah dan ini membuka ruang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan seterusnya menindas umat Islam. Justeru, tidak mustahil boleh tergadai agama, bangsa dan tanah air jika umat Islam terus dibelenggu hutang.
Agama Islam tidak melarang umatnya berbelanja, tetapi hendaklah secara berhemat dengan memberi keutamaan dan mendahului perkara yang penting saja. Gaya hidup berhemah berkait rapat dengan sifat berjimat cermat dan tidak membazir.
Islam menyifatkan perbelanjaan boros dan pembaziran adalah perbuatan keji kerana ia tidak memberi faedah kepada masyarakat serta menjauhkan lagi jurang golongan kaya dan miskin. Jika dasar berhemah ini diambil kira, maka hak serta kebajikan orang fakir dan miskin dapat ditunaikan.
Masalah kewangan meningkat
Berdasarkan kajian Bank Negara Malaysia, peratusan rakyat negara ini terbabit dengan masalah kewangan semakin meningkat. Kebanyakan masalah berpunca daripada kegagalan membuat perancangan bijak di samping kurangnya pengetahuan berhubung teknik pengurusan berhemah.
Kurang peka kepada akibat yang bakal ditanggung apabila seseorang itu gagal menguruskan kewangan dengan baik. Ia sering berlaku apabila individu itu mengambil pinjaman berlipat ganda dari jumlah pendapatan dan gagal membuat bayaran balik hingga membawa kepada kemuflisan.
Beberapa saranan telah dinyatakan oleh Bank Negara antaranya berbelanja mengikut kemampuan, berurusan dengan institusi yang sah seperti bank, koperasi dan pemberi pinjaman berlesen yang disahkan oleh kementerian.
Umat Islam juga dinasihatkan berhati-hati membuat pelaburan dan menyemak dulu dengan pihak berwajib bagi memastikan skim pelaburan dipilih itu sah serta selamat. Minta nasihat dan khidmat jika mengalami masalah kewangan.
Mengamalkan sikap berjimat cermat akan mendatangkan banyak faedah kepada diri, mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT, terselamat dari muflis akibat hutang dan berbelanja berlebihan menurut hawa nafsu. Kita juga akan mempunyai simpanan di saat menghadapi kesusahan.
Janganlah kita menunggu hanya apabila hidup susah dan gawat baru hendak memulakan hidup bersederhana serta berjimat cermat.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah
telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di
bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-Nya yang zahir dan yang batin?
Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat)
Allah dengan tidak sebarang pengetahuan atau petunjuk; dan tidak berdasarkan
Kitab Allah yang menerangi kebenaran.”
(Surah Luqman, ayat 20)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan