"SEMBAHYANG
adalah
amalan pertama
yang dihisab Allah
pada akhirat nanti.
Jika sembahyang seseorang
baik,
baiklah pula seluruh amalannya
dan begitu sebaliknya.
Sembahyang perlu
dipelihara sebaik-baiknya."
Antara kesalahan yang selalu
dilakukan berkaitan sembahyang adalah:
1. Meninggalkan sembahyang.
Hal ini adalah suatu kekufuran
berdasarkan al-Quran,
sunnah dan ijmak.
Allah
berfirman bermaksud:
"Apakah
yang membuat kalian
masuk ke dalam
Neraka
Saqar?'
Mereka menjawab:
"(Kerana) kami dulu
tidak termasuk orang
yang
mendirikan solat."
(Surah al-Muddatstsir, ayat 4)
Rasulullah saw bersabda:
"Perjanjian
antara kami
dengan mereka adalah solat,
barang siapa meninggalkannya
maka dia
kafir."
(Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).
2. Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah bermaksud :
"Sesungguhnya solat itu
wajib atas orang beriman
dalam
waktu yang
sudah ditentukan."
(Surah an-Nisa, ayat 103)
Oleh itu,
melengah-lengahkan
solat tanpa uzur yang dibolehkan
syarak adalah berdosa
besar.
Rasulullah bersabda:
"Itu adalah solat orang munafik.
Dia duduk
menunggu matahari,
sampai jika matahari sudah
berada antara dua tanduk syaitan
(hendak tenggelam) dia berdiri
dan menukik empat rakaat,
sedangkan dia tidak
mengingat
Allah dalamnya kecuali sedikit."
(Hadis riwayat Muslim).
3. Meniggalkan solat berjemaah.
Solat berjemaah adalah wajib
kecuali bagi orang yang memiliki
uzur yang dibolehkan
syarak.
Sabda Rasulullah bermaksud:
"Siapa yang mendengarkan
seruan azan
tetapi tidak
memenuhinya maka tidak ada
solat baginya, kecuali kerana
uzur."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).
Allah berfirman, maksudnya:
"Dan
rukuklah bersama
orang yang rukuk."
(Surah al-Baqarah, ayat 43).
Rasulullah
bersabda:
"Kemudian aku mengutus
(utusan) kepada orang yang
tidak solat
berjemaah, hingga
aku bakar rumah mereka."
(Muttafaq Alaih).
4. Tidak thuma'ninah dalam solat
Thuma'ninah adalah rukun solat
dan tidak sah solat tanpanya.
Thuma'ninah
ertinya tenang
ketika sedang rukuk, iktidal, sujud
dan duduk antara dua sujud.
Tenang maksudnya sampai
tulang kembali pada posisi dan
persendiannya, tidak
tergesa-gesa
dalam penggantian dari satu
rukun ke rukun lainnya.
5. Tidak khusyuk dan banyak
gerakan dalam solat.
6. Mendahului atau
menyelisihi imam.
Hal ini boleh
menyebabkan solat batal.
Makmum hendaklah mengikuti imam,
tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah
bersabda:
"Sesungguhnya diadakannya
imam itu untuk diikuti, kerana
itu
jika dia bertakbir, bertakbirlah,
dan jangan kalian bertakbir
sampai dia
bertakbir, dan
jika dia rukuk, maka rukuklah
dan jangan kalian rukuk
sampai dia
rukuk... "
(Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim).
7. Bangun dari duduk untuk
menyempurnakan rakaat sebelum
imam selesai dari
salam kedua.
8. Memandang ke langit (atas)
atau menoleh ke kiri dan ke
kanan ketika
solat.
Hal ini diperkatakan
Rasulullah dalam sabdanya:
"Hendaklah olehmu
berhenti
daripada mendongakkan pandangannya
ke langit ketika solat atau
Allah
tidak mengembalikan
pandangannya kepada mereka."
(Hadis riwayat
Muslim).
"Dan jauhilah orang
yang menoleh dalam solat
kerana sesungguhnya
ia adalah
suatu kebinasaan."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)
9. Mengenakan pakaian nipis
yang tidak menutupi aurat.
Hal ini membatalkan solat
kerana menutup aurat adalah
syarat sah solat.
10. Tidak memakai tudung dan
menutupi telapak kaki bagi
wanita kerana
aurat wanita
dalam solat adalah seluruh
tubuhnya kecuali wajah dan
telapak
tangan.
Ummu Salamah ditanya
mengenai pakaian solat wanita.
Beliau menjawab:
"Hendaknya dia solat
dengan kerudung, dan
baju kurung panjang yang
menutupi kedua-dua
telapak kakinya."
11. Melintas di depan
orang yang sedang solat.
Rasulullah bersabda:
"Seandainya orang
yang lalu di depan
orang solat
itu
mengetahui dosanya, tentu
berhenti (menunggu)
empat puluh (tahun)
lebih
baik baginya daripada
melintas di depannya."
(Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim).
12. Tidak melakukan
takbiratul ihram ketika
mendapati imam sedang rukuk.
Takbiratul ihram adalah
rukun solat dan wajib dilakuka
n dalam keadaan
berdiri, baru
kemudian mengikuti imam
yang sedang rukuk.
13. Tidak langsung mengikuti
keadaan imam ketika masuk masjid.
Orang yang masuk masjid
hendaknya langsung mengikuti imam,
baik ketika itu
sedang duduk,
sujud atau lainnya.
Rasulullah bersabda:
"Jika kalian
datang
untuk solat dan kami
sedang sujud, maka sujudlah!"
(Hadis riwayat
Abu Daud).
14. Melakukan sesuatu yang
melalaikan daripada solat
seperti menonton
televisyen
dan bersembang.
Allah berfirman, maksudnya:
"Wahai orang beriman,
janganlah hartamu dan
anak-anakmu melalaikanmu
daripada mengingat Allah,
barang siapa melakukan
demikian
maka mereka itulah
orang yang rugi."
(Surah al-Munafiqun, ayat
9).
15. Makruh memejamkan mata
ketika solat tanpa keperluan.
Seperti diriwayatkan
Ibnu Qayyim berkata,
Nabi tidak mencontohkan solat
dengan memejamkan mata.
Tetapi, jika memejamkan mata
diperlukan, misalnya,
kerana
di hadapannya ada lukisan
atau sesuatu yang menghalangi
kekhusyukannya
maka
hal itu tidak makruh.
16. Tidak melurus atau
merapatkan barisan
ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Kalian mahu meluruskan
barisan kalian
atau Allah
akan membuat perselisihan
antara hati kalian."
(Hadis riwayat
Bukhari
dan Muslim).
17. Tidak memperhatikan
sujud dengan tujuh anggota.
Nabi Muhammad saw bersabda:
"Kami diperintahkan
untuk sujud dengan tujuh
anggota; kening dan beliau
mengisyaratkan dengan
tangannya sampai ke
hidungnya,
dua tangan, dua lutut da
n dua telapak kaki."
(Muttafaq Alaih)
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan