:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Selasa, 24 Mei 2011

Tuhan Melihat Hatimu




Tuhan Melihat Hatimu



Pada suatu hari, Hasan Al-Basri

pergi mengunjungi Habib Ajmi,

seorang sufi besar lain.

Pada waktu solatnya,

Hasan mendengar Ajmi banyak melafazkan

bacaan solatnya dengan keliru.




Oleh kerana itu,

Hasan memutuskan untuk

tidak solat berjamaah dengannya.

Ia menganggap kurang pantaslah

bagi dirinya untuk solat bersama

orang yang tidak boleh

mengucapkan bacaan solat dengan benar.



Di malam harinya,


Hasan Al-Basri bermimpi.


Ia mendengar Tuhan berbicara kepadanya.



“Hasan,

jika saja kau berdiri

di belakang Habib Ajmi

dan menunaikan solatmu,

kau akan memperoleh keredhaan-Ku,

dan solat kamu itu akan

memberimu manfaat

yang jauh lebih besar daripada

seluruh solat dalam hidupmu.

Kau mencuba mencari kesalahan

dalam bacaan solatnya,

tapi kau tidak melihat

kemurnian dan kesucian hatinya.

Ketahuilah,

Aku lebih menyukai

hati yang tulus

daripada pengucapan tajwid

yang sempurna.





2 ulasan:

Maiyah berkata...

assalam..

sy suka bingkisan ni.. terkesan krn prnh dlu ada peristiwa camni

trm ksh

read quran berkata...

mashaALLAH a great post keep the good work up ma ALLAH bless u

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...