HIBURAN ORANG MUKMIN
Hiburan orang mukmin itu
adalah beribadah
mengingat Tuhan dan mengagungkan-Nya
Berkhidmat dengan manusia
Memberi, bersedekah, menolong
dan membantu hamba-hamba Allah
Mengagih-agihkan harta
di kalangan yang patut menerimanya
Kalau dia tidak dapat menolong orang,
hatinya susah
Kerana menolong orang itu
adalah hiburannya
Mendamaikan orang yang berbalah, hobinya
Dia terhibur dengan mendamaikan orang
yang bermusuhan
Kalau ada orang yang memberi nasihat
Atau ada orang mengingatkannya,
suka sungguh hatinya
Lantas dia sayang kepada orang itu
Kalau dia tidak boleh berkhidmat
dengan orang
Lebih-lebih lagi di waktu orang perlukan khidmatnya,
susah hatinya
Dia terasa sangat bersalah dan berdosa
Kerana hiburan terputus atau tidak bersambung
Kalau didapati ada orang lain mendapat nikmat
Dia pula yang terhibur
Jika ada orang yang mendapat kesusahan
Hatinya susah, jiwanya derita dan gelisah
Dia bersungguh-sungguh cuba mengatasinya
Dia merasa penderitaan orang lain itu
adalah penderitaannya
Kesenangan orang lain
adalah kesenangannya
Begitulah hati orang mukmin
terhibur dengan berkhidmat kepada orang lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan