SAJAK
ANTARA KESERONOKAN DUNIA DAN AKHIRAT
Manusia terlalu memikirkan
Kesusahan yang sedikit
Terjadilah keluh kesah,
tidak tentu arah
Hingga lupa Allah Taala
dan melanggar perintah
Kesusahan yang sedikit
belum tentu terhibur
Maka mereka akan menempah kesusahan
Yang maha besar yang tidak berkesudahan
Terpesona dengan kesenangan dan kemewahan
Yang sedikit di dunia
Lupakan Tuhan,
derhaka kepadaNya,
Sombong dan takbur tiba
Mereka menolak kesenangan dan kemewahan
Yang tidak ada taranya,
yang tidak berkesudahan
Kerana pujian, nama dan glamour
Buat apa sahaja yang sia-sia dan melalaikan,
tidak takut lagi dengan kemurkaan Tuhan
Manusia sanggup menolak pujian Tuhan
di dalam syurga yang berpanjangan
Kerana keseronokan yang sedikit,
manusia pun berfoya-foya, kepit betina
Berhibur-hiburan dengan perbuatan syaitan,
mereka tidak kira lagi dosa pahala,
laknat dan derhaka
Mereka sanggup menolak
keseronokan dan hiburan
dengan bidadari di dalam syurga
yang tidak ada bandingan
Yang setia, tidak makan tua
Dan tidak sedikit pun yang menjijikkan
Kerana itulah ramai di kalangan
manusia di waktu hendak sakaratul maut terkejut
Dan terbeliak biji mata
apatah lagi diwaktu dicampakkan di dalam neraka
Penyesalan pun tiba,
tidak berkesudahan
Di waktu itu mereka merayu-rayu
kepada Tuhan
Agar dihidupkan semula
Tiada ulasan:
Catat Ulasan