Cara mengerjakan Solat Hari Raya Aidilfitri
oleh U. Azizi
Cara mengerjakannya:
Sebelum menunaikan solat hari raya
kita disunatkan mandi Hari Raya:
Lafaz Niatnya:
نويت الغسل لعيد الفطر/لعيدالاضحى/ سنة لله تعلى
NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI / I’DIL ADHA /SUNNATALLILAHI TAA’LA
“Sahaja aku mandi sunat
hari raya fitrah/ hari raya adha (korban)
kerana Allah S.W.T. Taa’la”.
1. Lafaz Niat Solat Hari Raya Aidilfitri :
أُصَّلِي سُنَّةَ لِعيدِ الْفِطْرِ/لعيدالاضحى/ رَكْعَتَيْنِ أدأً مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى . الله اكبر
USSALLI SUNNATA LII’DIL FITRI /LI I’DIL ADHA/
RAKA’TAINI ADAAN MA’MUMAN LILLAHI TAA’LA. ALLAHU AKBAR.
“Sahaja aku sembahyang sunat i’dil fitri/hari raya adha (korban)
dua rakaat maa’ mum kerana Allah Taa’la”
2. Pada rakaat pertama :-
i) Baca doa Iftitah
ii) Bertakbir tujuh kali
iii) diselangi dengan Tasbih sebanyak enam kali:
Bacaannya:
سبحان الله والحمد الله ولآ إله إلا الله والله اكبر
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH
WALAA ILA HA ILLALLAH WALLAHU AKBAR
“ Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah,
tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar”
iv) Baca Surah Al Fatihah, Surah Al Qaf, atau Surah Al- Aa’la
3. Pada Rakaat Kedua :-
i) Takbir Lima Kali
ii) Diselangi dengan tasbih sebanyak empat kali :-
سبحان الله والحمد الله ولآ إله إلا الله والله اكبر
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH
WALAA ILA HA ILLALLAH WALLAHU AKBAR
“ Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah,
tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar”
iii) Baca Surah Al Fatihah, surah Al Ghasiyah
4. Khutbah hari Raya
89c1aec4-a8cb-4a56-b179-da8ede16f5d8
1.03.01
1 ulasan:
Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin
Catat Ulasan