:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 3 Julai 2010

“Iman, Kamu Cuti hari Ini..?”



“Iman, Kamu Cuti hari Ini..?”




Iman : Assalamualaikum.




Diri : Waalaikumussalam.
Oh,Encik Iman!
Saya rasa dah dua tiga minggu
kamu tak datang ke pejabat.
Kamu cuti ke?





Iman : Apa pulak cuti bos.
Saya kan diberikan cuti.






Diri :Oh ye,lupa.
Itu la, saya ingatkan segala urusan
akan lebih
terurus dan keuntungan syarikat
akan bertambah lepas ambil
En.Nafsu bekerja.
Tapi jadi kelam-kabut lak.
Lepas terdengar ustaz
kat tv berceramah hari itu,
saya teringatkan kamu.








Iman : Jadi, saya boleh
kembali bekerja la bos?
Saya boleh ambik balik
jawatan saya dari En.Nafsu?








Diri : Eh,tak boleh,tak boleh,tak boleh!
Saya sayang sangat
nak pecat En.Nafsu.
Walaupun saya terpaksa
bayar gaji yang tinggi,
tapi dia berjaya
menghiburkan saya.
(sambil tersenyum..)








Iman : Kalau macam tu,
lebih baik saya berundur.
(dengan nada sedih)








Diri : Eh,jangan! Tolonglah saya.
Saya tak boleh kehilangan kamu.
(sambil merayu)





Iman : Tapi bos,
kami tak mungkin boleh bersama
dalam satu syarikat.
Perbezaan antara kami sangat besar.
Saya tengok En.Nafsu tu macam
anti sangat je dengan saya.









Diri : Aduh, rasa serba salah la
pulak saya.(keliru)









Iman : Macam ni la bos.
Bos boleh pilih satu je.
Bos perlu bermujahadah untuk
pecat En.Nafsu, bos.








Diri : Saya tahu.
Jauh dalam lubuk hati saya,
saya amat memerlukan kamu, En. Iman.
Rasa iri hati saya tengok syarikat
sebelah ustaz kat sebelah.
Mereka boleh maju sebab
ada orang macam kamu.
Baiklah, saya kena pecat
juga En.Nafsu, tak kiralah
apa yang berlaku, En.Iman.
Saya mahu kamu tubuhkan balik
jabatan solat, puasa,
zikir, al-qur’an dan apa-apa
yang patut.








Iman : Alhamdulillah,
syukur sangat.
Nampaknya bos dah
buat keputusan
yang bijak lagi bernas.
Kalau bos teruskan
prestasi cemerlang ni,
saya yakin
bos akan dinaikkan pangkat
oleh ceo (Allah S.W.T)
sebagai muttaqin.









Pengajaran:





Kitalah bos kepada diri sendiri.
Dan kitalah yang menguruskan
semua tentang diri, makan, minum,
pakaian, pelajaran dan pekerjaan.
Apa yang penting adalah
bagaimana kita menguruskan iman kita
(macam planner).
Oleh itu,
lakukanlah keputusan terbaik
dan pilihlah agenda dan aktiviti
yang dapat menyuburkan iman.
Malahan,
jangan sesekali ditendang keluar
amalan soleh dan jangan melambai-lambai
palit dosa masuk ke dalam diri.






Sumber: Majalah Solusi Isu No.13 (2009)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...