::Cahaya muka Nabi s.a.w::
Telah diriwayatkan
daripada Siti Aishah
bahawa ia telah berkata :
"Sedang aku menjahit baju
pada waktu sahur (sebelum subuh)
maka jatuhlah jarum daripada tanganku,
tiba-tiba kebetulan lampu pun padam,
lalu masuklah Rasulullah s.a.w.
Ketika itu juga
aku dapat mengutip jarum itu
kerana cahaya wajahnya,
lalu aku berkata,
"Hai Rasulullah .
Alangkah bercahayanya wajahmu!
Seterusnya aku bertanya:
" Siapakah yang tidak akan
melihatmu pada hari kiamat?"
Jawab Rasulullah :
"Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi :
"Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda :
"Orang yang
ketika disebut namaku
di depannya,
dia tidak mengucap selawat
ke atasku."
Berkata Al-Barra' r.a.
bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Segala doa itu terdinding
(terhalang untuk dikabulkan)
daripada langit sehingga orang
yang berdoa itu
mengucapkan selawat untuk
Muhammad dan keluarga Muhammad."
Diriwayatkan oleh Abu Na'im
di dalam kitab 'Al-Hilyah'
bahawa seorang lelaki lalu
di sisi Nabi s.a.w.
dengan membawa seekor kijang
yang ditangkapnya,
lalu Allah Taala
(Yang berkuasa menjadikan
semua benda-benda bercakap)
telah menjadikan kijang
itu bercakap kepada Nabi s.a.w. :
"Hai Pesuruh Allah,
Sesungguhnya aku ada
mempunyai beberapa ekor anak
yang masih menyusu,
dan sekarang aku sudah ditangkap
sedangkan mereka sedang kelaparan,
oleh itu
haraplah perintahkan orang ini
melepaskan aku supaya aku
dapat menyusukan anak-anakku itu
dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulullah s.a.w.
" Bagaimana kalau engkau
tak balik ke mari semula?"
Jawab kijang itu:
"Kalau aku tidak balik ke mari,
nanti Allah Taala akan melaknatku
sebagaimana Ia melaknatkan
orang yang tidak mengucapkan selawat
bagi engkau apabila disebut
nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda
kepada orang itu :
"Lepaskan kijang itu
buat sementara waktu dan aku
jadi penjaminnya."
Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian
ia kembali ke situ semula.
Maka
turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata :
"Hai Muhammad,
Allah Taala mengucapkan salam
kepada engkau dan Ia (Allah)berfirman:
" Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu,
sesungguhnya Aku lebih kasihkan
umat Muhammad daripada kijang itu
kasihkan anak- anaknya dan Aku
akan kembalikan mereka kepada engkau
sebagaimana kijang itu
kembali kepada engkau."
Alhamdulillah......
Perbanyakkan bersyukur dan berselawat
kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.
Hai orang-orang yang beriman,
masuklah ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu
turut langkah-langkah syaitan,
Sesungguhnya
syaitan itu
musuh yang nyata bagimu
(Surah Al-Baqarah ayat : 208)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan