Kelebihan bulan Sya`ban.
(Dari Kitab Kelebihan Rejab,
Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud:
Apabila masuk bulan sya`ban,
baikkanlah niatmu padanya,
kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan
seperti kelebihanku atas kamu.
(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari
pada bulan sya`ban,
diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka .
Dia akan menjadi teman nabi
Allah Yusuf a.s. di dalam syurga.
Diberi pahala oleh Allah
seperti pahala nabi Allah Ayob a.s
dan nabi Daud a.s.
Jika dia sempurnakan puasanya
sebulan bulan sya`ban,
dimudahkan Allah atasnya sakratul maut
dan ditolakkan (terlepas)
daripadanya kegelapan di dalam kubur,
dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir,
ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat,
dan
diwajibkan Syurga baginya.
(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa
pada awal hari Khamis
pada bulan sya`ban dan akhir Khamis
daripada sya`ban,
dimasukkan dia ke dalam Syurga.
(Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h,
bulan yang lebih dikasihi
oleh Rasullullah s.a.w
ialah bulan Sya`ban.
5. Sabda Nabi s.a.w:
Sya`ban adalah bulanku,
dan Ramadhan adalah bulan umatku.
Sya`ban ialah mengkifaratkan
(menghapuskan) dosa
dan
Ramadhan ialah menyucikan dosa
(jasmani rohani).
(Al-Hadis).
6. Sabda Nabi s.a.w :
Bahawa puasa Sya`ban
kerana membesarkan Ramadhan,
siapa yang berpuasa tiga hari
daripada bulan Sya`ban,
kemudian dia berselawat atasku
beberapa kali sebelum berbuka puasa,
maka diampunkan oleh Allah
dosanya yang telah lalu,
diberkatkan rezekinya.
Antara lain sabdanya lagi:
Bahawa Allah ta`ala membukakan
pada bulan itu
tiga ratus pintu rahmat.
(Al-Hadis).
7. Sabda Rasullullah s.a.w:
Dinamakan Sya`ban kerana
padanya terdapat kebajikan
yang amat banyak, dan puasa
yang lebih afdal sesudah (selain)
Ramadhan ialah
puasa bulan Sya`ban.
(Al-hadis).
8. Sabda Nabi s.a.w:
Bahawa kelebihan Rejab
atas bulan -bulan yang lainnya
seperti kelebihan Quran
ke atas segala Qalam.
Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan
yang lainnya seperti kelebihan
atas segala ambia(nabi-nabi).
Kelebihan Ramadhan atas
bulan yang lain seperti kelebihan Allah
atas segala makhluknya.
(Al-hadis)
9. Bulan Sya`ban,
keagungan malamnya
dengan malam nisfu Sya`ban,
sepertimana keagungan Rejab
dengan malam Israk Mikrajnya,
dan keagungan Ramadhan
dengan malam Lailatul Qadarnya.
Maka pada malam Nisfu Sya`ban
telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w
lalu katanya:
Angkat kepalamu ke langit,
itulah malam yang dibukakan Allah
padanya tiga ratus pintu rahmat
dan diampunkan Allah
sekalian orang yang tiada
menyekutukan (syirik)
dengan-Nya sesuatu,
kecuali tukang nujum,
kekal di dalam zina,
kekal minum arak,
durhaka terhadap ibubapa.
(Al-hadis)
10. Sabda Nabi s.a.w:
Allah menilik kepada hamba-Nya
pada malam Nisfu Sya`ban
maka diampunkan dosa
segala makhluknya
melainkan orang syirik
dan
orang yang tiada
bertutur dengan saudaranya.
(Al-hadis)
11. Sabdanya lagi:
Apabila pada malam Nisfu Sya`ban
maka berjagalah kamu
pada malamnya bersembahyang,
beribadah, dan puasa kamu
pada siangnya.
Allah berfirman:
Adakah orang yang meminta ampun
maka Aku ampunkannya,
adakah orang yang ditimpa bala`
Aku a`fiatkannya.
Adakah orang yang meminta rezeki
maka Aku rezekikannya,
demikianlah pertanyaan lainnya
sehingga keluar fajar subuh.
(Al-hadis)
12. Tersebut dalam kitab Al-berkat:
Bahawa jin, burung,
binatang-binatang buas,
ikan di laut
berpuasa mereka
pada hari
nisfu Sya`ban.
13. Tersebut di dalam kitab:
Bahawa Jibril bersungguh-sungguh
pada malam Nisfu Sya`ban
menunaikan segala hajat.
Maka datanglah Jibril
kepada Rasullullah s.a.w
kali keduanya, katanya:
Ya Muhammad,
gembirakanlah kamu
bahawa Allah ta`ala telah
mengampunkan segala umatmu
orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu.
Angkatkan kepalamu,
lalu Rasullullah s.a.w pun
mengangkatkan kepalanya,
tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.
Dalam riwayat yang lain pula
menyatakan terbuka segala pintu langit.
Pada pintu langit pertama
malaikat menyeru kemenangan
bagi orang yang rukuk
pada malam ini.
Pada pintu langit yang kedua,
malaikat menyeru kemenangan
bagi orang yang sujud pada malam ini.
Pada langit yang ketiga,
malaikat menyeru kemenangan
bagi orang yang minta
doa pada malam ini.
Pada pintu langit keempat,
malaikat menyeru kemenangan
bagi orang yang berzikir
pada malam ini.
Pada pintu langit kelima,
malaikat menyeru kemenangan
bagi orang yang menangis
takutkan Allah subhanahuwa ta`ala
pada malam ini.
Pada pintu langit keenam,
malaikat menyeru kemenangan
bagi orang yang mengerjakan
amal kebajikan pada malam ini.
Dan pada pintu langit yang ketujuh,
malaikat menyeru kemenangan
bagi orang yang meminta,
maka dikurniakan permintaannya itu,
dan pada
pintu langit yang ke lapan
malaikat menyeru:
Adakah orang
yang meminta ampun
maka diampunkan baginya.
Bertanya aku kepada Jibril,
sampai bilakah terbukanya
semua pintu ini (diterima doa),
Jibril menjawab:
Sehingga naik fajar subuh.
Dan katanya lagi:
Pada malam ini
dimerdekakan hamba-Nya
yang mukmin lelaki perempuan
dari api neraka sebanyak
bulu kambing bani kalab
(bani kalab diantara orang-orang arab
yang paling banyak memelihara kambing).
Dalam satu riwayat yang lain pula
bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya
daripada neraka sebanyak
bintang-bintang dilangit
dan sebanyak hari dunia
dan malamnya.
Pada malam inilah
dihantarkan Allah akan jibril
ke Syurga
untuk menghiasi syurga.
14. Barangsiapa membaca,
Tiada tuhan melainkan Allah,
tiada kami sembah melainkan Dia,
dengan ikhlas lagi teguh
atas dasar agama (tauhid)
walaupun dibenci oleh orang-orang kafir
ditulis Allah baginya
ibadat seribu tahun
dan
dihapuskan daripadanya
dosa seribu tahun,
dan keluarnya dari kubur
mukanya seperti bulan purnama
dan
ditulis pada Allah taa`la
orang benar siddiq
(orang yang benar).
15. Allah tidak akan mengampunkan dosa
pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya
dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang
supaya kelahi.
(Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman,
Sabda baginda Rasullullah s.a.w:
Pada malam nisfu Sya`ban
setelah berlaku 1/3 malamnya,
Allah turun ke langit dunia
lalu berfirman:
Adakah orang-orang yang meminta
maka Aku perkenankan permintaannya,
adakah orang yang meminta ampun
maka Aku ampunkannya,
adakah orang yang bertaubat
maka Aku taubatkan akannya,
dan diampunkan bagi sekalian orang
mukmin lelaki perempuan,
melainkan orang yang berzina
atau
orang yang berdendam
marah hatinya kepada saudaranya.
(Al-hadis)
17. Sabda Nabi s.a.w:
Ya A`isyah!
Adakah engkau izinkan aku
sembahyang pada malam ini?
Jawab A`isyah:
Ya, aku izinkan.
Lalu nabi pun
bersembahyanglah
sepanjang malam nisfu Sya`ban itu,
beliau sujud terlalu lama masanya,
sehingga aku sangka beliau
telah diambil ruhnya (mati),
lalu aku tutupkannya dengan kain,
aku letakkan tanganku di atas
dua tapak kakinya.
Maka
bergerak ia,
gembiralah aku
kerana
beliau masih bernafas lagi,
dan
aku dengar beliau membaca
di dalam sujudnya:
(Aku berlindung dengan kemaafan
Engkau daripada siksa Engkau,
dan
aku berlindung
dengan keredhaan Engkau
daripada kehinaan Engkau,
dan
aku berlindung dengan Engkau
daripada kejahatan
yang datang daripada Engkau,
aku tiada terhingga memuji Engkau
sepertimana Engkau memuji diri Engkau).
Nabi menyuruh A`isyah
mengamalkan doa
ini dalam sujud.
(Al-hadis)
18. Sesiapa sembahyang
pada malam nisfu Sya`ban
daripada umat Muhammad s.a.w
terlebih afdal daripada ibadatnya
400 tahun.
Demikian Allah memberi tahu
kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun
berdoa kepada tuhan:
"Mudah-mudahan aku
daripada
umat Muhammad s.a.w".
(Nabi Isa akan diturunkan
di akhir zaman
untuk menegakkan syiar Islam
menentang orang musyrikin, Insyaallah).
19. Telah disebut
empat malam istimewa
tentang beribadah
(berbuat amal kebajikan),
iaitu
malam Nisfu Sya`ban,
malam Aidil Fitri pertama,
malam Aidil Adha pertama,
dan
malam Arafah.
Disambungkan malam Lailatul Qadar
kerana
bahawasanya malam rahmat
dan
merdeka daripada api neraka.
Sesiapa sepanjang
malam Ramadhan atau sepanjang
sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan
umat Muhammad s.a.w
berlumba-lumba dalam ibadah
dengan berjaga malamnya.
Demikian pula
saat mustajab doa
pada hari Jumaat.
Demikian pula
disambungkan Asma Allah Al Azdhim
(nama Allah yang teragung)
di dalam Asmaul Husna
yang amat mustajabkan doa padanya.
Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.
Apabila
telah selesai sembahyang Maghrib,
hendaklah dibaca surah "Yaa Sinn"
dengan niatkan
mohon panjangkan umur
dalam mentaati Allah,
kemudian dibaca doa-doanya.
Kemudian
dibacakan surah "Yaa Sinn" pula
kali keduanya dengan diniatkan
diluaskan Allah rezekinya
yang halal dan diberkati-Nya.
Kemudian lalu
dibacakan doa-doanya.
Kemudian dibacakan
surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula
serta diniatkan minta ditetapkan
iman dan mati dalam iman,
kemudian dibacakan doa-doanya.
-------------------
KELEBIHAN BULAN SYABAAN
Sabda Nabi s.a.w. :
Apabila masuk bulan Sya'aban,
baikkanlah niatmu padanya,
kerana kelebihan Sya'aban
atas segala bulan
seperti kelebihanku
atas kamu.
Barangsiapa berpuasa sehari
pada bulan Sya'aban,
diharamkan Allah tubuhnya
dari api neraka.
Dia akan menjadi tauladan
Nabi Allah Yusuf a.s di dalam syurga.
Diberi pahala oleh Allah
seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s.
dan
Nabi Daud a.s.
Jika dia sempurnakan puasanya
sebulan di bulan Sya'aban,
dimudahkan Allah atasnya
Sakratulmaut dan ditolakkan (terlepas)
daripadanya kegelapan di dalam kubur,
dilepaskan daripada huru-hara
Munkar dan Nakir,
ditutup Allah
keaibannya di hari kiamat
dan
diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa
pada awal hari Khamis
pada bulan Sya'aban
dan
akhir Khamis daripada Sya'aban,
dimasukkan dia ke dalam syurga.
(dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a.:
Bulan yang lebih dikasihi
oleh Rasululah s.a.w. ialah
bulan Sya'aban.
Sabda Nabi s.a.w:
Sya'aban adalah bulanku
dan
Ramadhan adalah bulan umatku.
Sya'aban ialah
mengkifaratkan (menghapuskan) dosa
dan
Ramadhan ialah
menyucikan dosa (jasmani rohani).
Sabda Nabi s.a.w.:
Bahawa puasa Syaba'an
kerana membesarkan Ramadhan.
Siapa yang berpuasa tiga hari
daripada bulan Sya'aban,
kemudian dia bersalawat atasku
beberapa kali sebelum berbuka puasa
maka
diampunkan oleh Allah dosanya
yang telah lalu,
diberkatikan rezeki baginya.
Antara lain sabdanya lagi:
Bahawa Allah Ta'ala
membukakan pada bulan itu
tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Dinamakan Sya'aban kerana padanya
terdapat kebajikan yang
amat banyak dan puasa
yang lebih afdhal sesudah Ramadhan
ialah puasa bulan Syaaban.
Pengertian Sya'aban
Kemuliaan, Ketinggian,
Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bahawa
kelebihan Rejab
atas bulan-bulan yang lainnya
seperti
kelebihan Qur'an atas segala kalam.
Kelebihan Sya'aban
atas bulan-bulan yang lainnya
seperti
kelebihanku atas
segala Anbia' (Nabi-nabi).
Kelebihan Ramadhan
atas bulan-bulan yang lain
seperti
kelebihan Allah
atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya'aban,
keagungan malamnya
dengan Nisfu Sya'aban
seperti
keagungan Ramadhan
dengan Lailatul Qadarnya.
Maka
pada malam Nisfu Sya'aban
telah datang Jibril
kepada Rasulullah s.a.w
lalu katanya:
Angkat kepalamu ke langit,
itulah malam yang Allah
padanya tiga ratus rahmat
dan
diampunkan Allah sekelian orang
yang syirik denganNya sesuatu,
kecuali:
tukang nujum,
kekal dalam zina,
kekal minum arak,
derhaka terhadap ibubapa.
Allah menilik kepada hambaNya
pada malam Nisfu Sya'aban
maka
diampunkan dosa segala makhlukNya
melainkan orang syirik dan orang yang tidak
bertutur dengan saudaranya.
Apabila pada malam Nisfu Sya'aban
maka berjagalah kamu pada malamnya
bersembahyang, beribadat
dan
puasa kamu pada siangnya.
Allah berfirman yang bermaksud:
Adakah orang
yang meminta ampun
maka
Aku ampunkannya,
adakah orang
ditimpa bala
Aku afiatkannya.
Adakah orang
yang meminta rezeki
maka
Aku rezekikannya,
demikianlah pertanyaan lainNya
sehingga keluar
fajar subuh.
Tersebut dalam kitab Al-Barakah:
Bahawa jin, burung,
binatang-binatang buas,
ikan dilaut
berpuasa mereka
pada hari Nisfu Sya'aban
Tersebut di dalam Kitab Iqna' :
Bahawa Jibril
bersungguh-sungguh
pada malam Nisfu Sya'aban
menunaikan segala hajat.
Maka
datanglah Jibril
kepada Rasulullah s.a.w.
kali keduanya katanya:
Ya Muhammad!
Gembirakanlah kamu
bahawa Allah Ta'ala
telah mengampunkan
segala umatmu
orang yang tidak syirikkan Nya sesuatu,
angkatkan kepalamu.
Lalu Rasulullah
mengangkatkan kepalanya,
tiba-tiba terbuka
segala pintu syurga.
Bahawa
malam Nisfu Sya'aban
adalah hari raya Malaikat,
begitu juga pada
malam Lailatul Qadar
mereka tidak tidur,
dipenuhi dengan amal dan ibadat
sepanjang malamnya.
Dan
bagi anak-anak Adam
berhari raya pada siang hari
dengan berpuasa dan ibadat,
kerana
mereka tidur pada malamnya.
Barang siapa
membaca pada
bulan Sya'aban, ayat dibawah ini.
Allah hapuskan
daripadanya dosa seribu tahun
dan
keluarkan dari kuburnya
mukanya seperti
bulan purnama
yang bermaksud:
Allah tidak akan
mengampunkan dosa
pada malam Nisfu Sya'aban
enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan
perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan
orang supaya berkelahi.
Pada malam Nisfu Sya'aban
setelah berlalu 1/3 malamnya,
Allah turunkan ke langit dunia
lalu berfirman yang bermaksud:
Adakah orang-orang yang meminta
maka
Aku perkenankan permintaanya,
adakah orang yang meminta,
maka Aku perkenankan permintaanya,
adakah orang yang meminta ampun
maka Aku ampunkannya,
adakah orang bertaubat
maka aku Taubatkannya
dan diampunkan bagi sekelian
orang mukmin lelaki dan perempuan
melainkan orang yang berzina
atau orang yang berdendam
marah hatinya kepada saudaranya.
Sabda Nabi s.a.w.:
Hai Aisyah! adakah engkau izinkan
aku sembahyang pada malam ini?
Jawab Aisyah:
Ya, aku izinkan.
Lalu Nabi pun bersembahyanglah
sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu,
beliau telah diambil ruhnya (mati),
lalu aku tutupkannya dengan kain.
Daku letakankan tanganku
di atas dua tapak kakinya.
Maka gembira aku
kerana beliau masih bernafas lagi
dan aku dengar beliau membaca
di dalam sujudnya
yang bermaksud::
AKU BERLINDUNG DENGAN
KEMAAFAN ENGKAU
DARI SIKSA ENGKAU
DAN
AKU BERLIDUNG DENGAN
KEREDAAN ENGKAU
DARIPADA KEHINAAN ENGKAU
DAN
AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU
DARIPADA
KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU,
AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGKAU
SEPERTIMANA ENGKAU MEMUJI DIRI ENGKAU.
Nabi menyuruh Aisyah
mengamalkan doa ini dalam sujud.
Sesiapa sembahyang
pada malam Nisfu Sya'aban
daripada umat Muhammad s.a.w.
terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun.
Demikian Allah memberitahu kepada Nabi `Isa a.s,
lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan:
Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.
Telah disebut empat malam istimewa
tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu
malam Nisfu Sya'aban,
malam Raya Fitrah yang pertama
dan malam Arafah.
Disembunyikan malam Lailatul Qadar
kerana bahawasanya
malam rahmat dan merdeka daripada api neraka,
supaya sepanjang malam Ramadhan
atau sepanjang sepuluh yang akhir
daripada Ramadhan
umat Muhammad berlumba-lumba
dalam ibadat dengan berjaga malamnya.
Demikian pula saat mustajab doa
pada hari Jumaat.
AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:
Selesai sembahyang Maghrib
hendaklah dibaca YASIN.
Dengan niat panjangkan umurnya
dalam mentaati Allah.
Kemudian berdoalah.
Kemudian dibacakan pula YASIN
dengan diniatkan
diluaskan Allah rezekinya yang halal
dan
diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya.
Kemudian dibacakan pula YASIN
dengan diniatkan minta mati dalam iman,
kemudian lalu dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Sya'aban
sangat baik dibanyakan beristighfar
(memohon keampunan) dan taubat
dari dosa-dosa besar dan kecil
serta meminta diampunkan Allah
ibubapa kita dan keluarga kita.
(Ya Allah, Engkau Tuhanku,
tiada ada Tuhan melainkan Engkau,
Engkau telah menjadikan aku
dan aku adalah hambaMU,
sentiasa berada dalam
genggamanMu dan ketetapanMU,
tiada ada kesanggupanku.
Aku mengaku padaMU nikmatMu
atasku dan aku mengaku kepadaMu
dengan dosa-dosaku,
maka ampunilah aku.
Sesungguhnya tiada apa
yang akan mengampun dosa
melainkan Engkau jua.
Aku berlindung dengan Engkau
daripada kejahatan
apa yang telah aku lakukan.
Memohon keampunan dua ibubapa.
Maksudnya:
YA TUHANKU
AMPUNILAH AKU
DAN
KEDUA IBUBAPAKU
DAN
RAHMATILAH DUANYA
SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK
AKU DI WAKTU KECIL.
Memohon keampunan dan taubat diri:
(70/100 kali pagi petang)
Maksudnya:
AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH
DAN
AKU BERTAUBAT KEPADANYA.
Membaca:
(beberapa kali -
pahala seperti ibadat seribu tahun).
Maksudnya:
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
DAN
TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA,
DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA,
LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID,
WALAU PUN MEMBENCI
OLEH ORANG-ORANG KAFIR.
Membaca Al-Qur'an.
Membaca Tasbih:
(Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.
Maksudnya:
Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya.
Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Maksudnya:
Maha Suci Allah dan segala kepujian
bagi Allah
tiada Tuhan melainkan Allah
dan
Allah Maha Besar (Agong)
tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan
melainkan dengan
Allah Yang Maha Agong.
Membaca Selawat Atas Nabi:
( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah:
(100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)
Sembahyang-sembahyang sunat:
Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq,
sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu,
Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud,
Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat
di tengah malam
sebaik-baiknya
memohon hajat sesuatu.
--------------------
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2003/ic41_2003.htm
Persediaan Di Ambang Ramadhan
Setiap bulan dalam sepanjang tahun
mengikut kiraan taqwim Hijriyyah
mempunyai kelebihan tertentu
dan keistimewaan beribadat
di dalamnya.
Sesungguhnya
Allah Subhanahu wa Ta‘ala
menciptakan hari atau bulan itu
ada yang baik
dan
ada yang lebih baik.
Sebagaimana yang disebutkan
oleh hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
mengenai kelebihan bulan
Muharram, Rejab,
Sya‘ban, Ramadhan,
Syawal dan Zulhijjah
sebagai bulan-bulan yang istimewa.
Begitu juga
dengan hari-hari tertentu seperti
Juma‘at, Khamis dan Isnin
mempunyai
pelbagai fadhilat.
Bulan Sya‘ban Dan Galakkan Beribadat Di Dalamnya
Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban.
Bulan Sya‘ban juga mempunyai
keistimewaan tersendiri di dalam Islam.
Keadaan ini
samalah juga dengan bulan-bulan
yang lain yang mempunyai
fadhilat tersendiri,
sehingga menyebabkan
kehadirannya sentiasa
ditunggu-tunggu
oleh mereka yang ahli ibadat
sebagai masa
mengaut pahala.
Bulan Sya‘ban
adalah antara bulan
yang paling dicintai oleh
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
di mana
Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam
akan lebih banyak
berpuasa di bulan ini.
Pernah diriwayatkan bahawa
Baginda tidak pernah
berpuasa sunat dalam sebulan,
lebih banyak daripada
puasanya di bulan Sya‘ban.
Dalam makna yang lain
Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
memperbanyakkan puasa sunat
di bulan Sya‘ban
dibandingkan bulan-bulan yang lain.
Oleh kerana itu
amatlah dituntut
bagi umat Islam mencontohi
apa yang dilakukan oleh Baginda itu
kerana selain memperbanyak
amal kebajikan di bulan ini,
ia juga merupakan
suatu latihan rohani
ke arah mempersiapkan diri
menyambut kedatangan
bulan Ramadhan.
Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban
Keistimewaan bulan ini
bahawa amalan seluruh manusia
diangkat untuk dihadapkan kepada
Allah Subhanahu wa Ta‘ala,
maka sewajarnyalah
sepanjang bulan ini
diisikan dengan amal
ibadah dan kebajikan.
Maka
antara amalan
yang digalakkan pada bulan
Sya‘ban adalah:
1. Memperbanyak puasa sunat.
Bahawa
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
lebih gemar berpuasa sunat
dalam bulan Sya‘ban
berbanding dengan
bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan beristiqhfar
Taubat ialah
pembersihan rohani
kerana taubat itu menjadi tuntutan
dalam agama supaya
setiap diri individu
yang sememangnya tidak ma‘shum ini
melakukan taubat pada
setiap masa dan ketika.
Tegasnya hukum taubat itu
adalah wajib dari segi syara‘.
Walau bagaimanapun
sebenar-benar taubat itu ialah
yang dikatakan
taubat nasuha.
Taubat nasuha tidak akan tercapai
tanpa mendatangkan terlebih
dahulu syarat-syarat yang ditentukan.
Umpamanya jika dosa itu
antara hamba dengan Tuhan.
1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Hendaklah dia benar-benar
menyesali dan merasa dukacita
atas perbuatan maksiatnya itu.
3. Hendaklah dia berjanji dan berazam
untuk tidak akan kembali
mengulangi melakukannya.
Manakala jika dosa itu
bersangkut paut
dengan hak orang lain,
maka selain syarat-syarat
sebagaimana yang disebutkan di atas,
ditambah lagi satu syarat iaitu
hendaklah membersihkan dirinya
daripada hak orang itu
atau
orang yang melakukan dosa itu
memohon maaf
kepada orang berkenaan.
Selain daripada itu,
peranan taubat itu
sendiri tidak terhenti setakat
membersihkan diri daripada
segala dosa dan maksiat.
Lebih daripada itu
ia juga merupakan suatu cara
untuk kita sentiasa berlindung diri
kepada
Allah subhanahu wa Ta‘ala
memohon keberkatan ketika kita
memulakan dan membuat sesuatu
pekerjaan yang
berfaedah dan mengharapkan kurnia,
taufiq serta diselamatkan
daripada ditimpa musibah,
kesusahan, kesulitan dan sebagainya.
Adapun istighfar itu pula
ialah pernyataan memohon ampun
kepada Allah daripada semua dosa.
Lafaz istighfar itu
di antaranya ialah
bererti:
“Aku memohon ampun kepada
Allah yang Maha Agung”.
3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah
ucapan yang dilakukan
dengan lidah atau mengingati Allah
dengan hati,
dengan ucapan atau ingatan
yang mempersucikan Allah
dan
membersihkanNya dari sifat-sifat
yang tidak layak
untukNya.
Terdapat banyak
ayat al-Qur'an dan hadis
yang memerintahkan agar manusia
mengambil berat tentang zikir.
Banyak faedah yang diperolehi
hasil daripada berzikir.
Antaranya ialah:
i. Menenangkan hati:
Ini bersesuaian dengan janji
Allah Subhanahu wa Ta‘ala
bahawa orang-orang yang beriman itu
tenang hati mereka dengan zikrullah.
Ini kerana berzikir
(mengingati Allah) itu
mententeramkan hati manusia.
ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:
Seseorang itu
merasa terkawal kerana Allah
sentiasa menyertainya
di mana sahaja dia berada.
Akibatnya paling minima
dia takut hendak berbuat maksiat
dan
bersedia pula untuk
melakukan ketaatan.
Bahkan dia juga
mendapat kawalan sepenuhnya
daripada malaikat.
Bagi orang yang sekadar duduk
di majlis zikir sekalipun
tidak bersama berzikir
akan mendapat juga rahmat Allah
dan
kawalan malaikat.
iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.
iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:
Untuk meningkatkan
kecintaan kepada Allah,
mestilah memahami dan menghayati
bacaan tasbih, doa dan istighfar
yang diucapkan itu.
Antara keistimewaan
amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan
bila-bila masa walaupun sedang
melakukan pekerjaan tanpa terikat
dengan waktu.
Ia juga boleh dilaksanakan
dalam keadaan duduk,
tidur, berdiri dan baring.
ii. Boleh dilaksanakan
walaupun dalam keadaan
berhadas sama ada
hadas kecil mahu pun hadas besar.
Walau bagaimanapun
makruh berzikir secara lisan
ketika berada di dalam tandas.
Begitu juga dengan perkara doa.
Doa boleh dilakukan
tanpa mengira tempat dan masa.
Doa ialah
memohon
sesuatu hajat atau perlindungan
daripada
Allah Subhanahu wa Ta‘ala
dengan cara merendahkan diri
dan
tawadhu‘ kepadaNya.
Selain daripada itu
banyak lagi amal kebajikan
yang boleh dilaksanakan di
bulan Sya‘ban ini
sebagai persiapan menyambut
kedatangan Ramadhan
seperti
memperbanyakkan selawat
atas junjungan besar
Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam,
bersembahyang sunat
terutama di waktu malam,
banyak bersedekah dan sebagainya.
Maka
rebutlah peluang dan kelebihan
yang ada di bulan Sya‘ban ini
untuk mempertingkatkan
keimanan dan ketaqwaan kita.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
pernah ditanya,
mengapa Baginda melebihkan
berpuasa sunat di bulan Sya‘ban
berbanding bulan-bulan yang lain?
Baginda bersabda:
Maksudnya:
“Bulan itu (Sya‘ban)
yang berada di antara
Rejab dan Ramadhan
adalah
bulan yang dilupakan
manusia dan ia adalah
bulan yang diangkat padanya
amal ibadah kepada
Tuhan Seru Sekalian Alam,
maka
aku suka supaya amal ibadahku
di angkat ketika
aku berpuasa”.
(Hadis riwayat an-Nasaie)
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban
Adapun kelebihan
Malam Nisfu Sya‘ban itu
telah disebutkan di dalam
hadis shahih daripada
Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu,
bersabda
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang
kepada semua makhlukNya
di Malam Nisfu Sya‘ban,
maka
diampunkan dosa sekalian makhlukNya
kecuali orang yang menyekutukan Allah
atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah,
at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
Di Malam Nisfu Sya‘ban juga,
adalah di antara malam-malam
yang dikabulkan doa.
Berkata Imam asy-Syafi‘e
dalam kitabnya al-Umm:
“Telah sampai pada kami
bahawa dikatakan:
Sesungguhnya
doa dikabulkan
pada lima malam iaitu:
Pada malam Jumaat,
malam Hari Raya Adha,
malam Hari Raya ‘Aidil fitri,
malam pertama di bulan Rejab
dan
malam nisfu Sya‘ban.”
Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban
Nisfu Sya‘ban
ialah hari ke lima belas
daripada bulan Sya‘ban.
Malam Nisfu Sya‘ban
merupakan malam yang penuh
rahmat dan pengampunan
daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Kenyataan ini dapat direnung
kepada hadis yang diriwayatkan oleh
Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan
Malam Nisfu Sya‘ban
sebagaimana yang dilakukan sekarang ini
tidak berlaku pada zaman
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
dan zaman para sahabat.
Akan tetapi
ia berlaku pada zaman tabi‘in
dari penduduk Syam.
Menyebut al-Qasthalani
dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,
bahawa para tabi‘in
daripada penduduk Syam
seperti Khalid bin Ma‘dan dan Makhul,
mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh
pada Malam Nisfu Sya‘ban.
Maka
dengan perbuatan mereka itu,
mengikutlah orang ramai
pada membesarkan malam tersebut.
Para tabi‘in tersebut
menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban
dengan dua cara:
1. Sebahagian mereka
hadir beramai-ramai ke masjid
dan berjaga di waktu malam (qiamullail)
untuk bersembahyang sunat
dengan memakai harum-haruman,
bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
2. Sebahagiannya lagi
melakukannya dengan cara bersendirian.
Mereka menghidupkan malam tersebut
dengan beribadat seperti
sembahyang sunat dan berdoa
dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini
menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban
dengan membaca Al-Qur'an seperti
membaca surah Yasin, berzikir
dan
berdoa dengan berhimpun
di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian
sama ada secara berjemaah
atau
perseorangan adalah tidak jauh berbeza
dengan apa yang dilakukan
oleh para tabi‘in itu.
Amalan-Amalan Bid‘ah Dalam Bulan Sya‘ban
Dalam keghairahan kita
menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban itu
dengan berbagai cara ibadat,
kita perlu berhati-hati
agar tidak melakukan
perkara-perkara bid‘ah.
Di antara perkara bid‘ah itu
ialah bersembahyang sunat Nisfu Sya‘ban.
Sembahyang ini sebenarnya
tiada tsabit dalam ajaran Islam.
Imam an-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar
telah menafikan
adanya sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban
kerana suatu sembahyang itu
disyariatkan cukup dengan
sandarannya sama ada dari
nash Al-Qur'an atau pun hadis.
Jika seseorang itu
masih juga ingin
untuk melakukan sembahyang,
maka
sayugialah dia
mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat
yang lain seperti
sunat Awwabin
(di antara waktu maghrib dan Isya'),
sembahyang tahajjud,
akhirnya
sembahyang witir
atau
sembahyang sunat muthlaq
bukan
sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban.
Sembahyang sunat muthlaq ini
boleh dikerjakan
pada bila-bila masa sahaja
sama ada pada Malam Nisfu Sya‘ban
atau
pada malam-malam yang lain.
Adalah mendukacitakan
pada malam yang penuh
berkat dan keampunan itu,
wujud perkara-perkara
yang tidak selari dengan syara‘,
iaitu
adanya orang yang membuat
hiburan atau mengadakan konsert
pada Malam Nisfu Sya‘ban.
Apatah lagi jika
hiburan atau permainan
yang diadakan itu
melibatkan ramai orang Islam
sehingga terlepas untuk merebut
peluang beribadat dan berdoa
pada malam tersebut.
Perbuatan seumpama ini
setentunya menyumbang
kepada maksiat.
Sesunguhnya
bulan Sya‘ban itu
adalah bulan di mana
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
lebih banyak berpuasa sunat
dibandingkan
pada bulan-bulan yang lain,
iaitu
sebagai persiapan dan persediaan
untuk
menghadapi bulan Ramadhan.
Amalan Baginda itu
sewajarnya dicontohi oleh
sekalian umat Islam
disamping bulan Sya‘ban itu sendiri
mempunyai kelebihan yang tersendiri
seperti
Malam Nisfu Sya‘ban.
*********
FADHILAT SYA'BAN
sumber: http://members.tripod.com/~DarulUlum/BH2
1. Telah memberitahu kepada kami
Abdullah bin Yusuf
Telah memberitahu kami
Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah
daripada Sayyidatina 'Aishah telah berkata :
Rasulullah S.A.W
berpuasa sehingga kita mengatakan
dia tidak berbuka dan baginda S.A.W
berbuka sehingga kami berkata
dia tidak berpuasa.
Dan
aku tidak pernah melihat
Rassulullah S.A.W
menyempurnakan puasa sebulan penuh
melainkan pada bulan Ramadhan
dan
aku tidak pernah melihat baginda S.A.W
banyak berpuasa melainkan
pada bulan Sya'ban.
( Diriwayatkan oleh Imam Bukhari
di dalam sohihnya dan Imam Muslim
di dalam sohihnya )
2. Telah memberitahu kami
Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami
Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah
sesungguhnya Sayyidatina 'Aishah
telah memberitahunya dengan berkata :
Nabi S.A.W
tidak banyak berpuasa
melainkan pada bulan Sya'ban,
dan
baginda S.A.W
telah berpuasa sebulan penuh
pada bulan Sya'ban.
Dan
adalah baginda S.A.W bersabda :
Lakukanlah amalan
yang mana kamu mampu
membuatnya
maka
sesungguhnya
Allah tidak
membebankan ( mewajib )kamu
sehingga kamu merasa berat
dengan bebanan.
Dan
apa yang disukai oleh
Rasulullah S.A.W
adalah sembahyang(sunat)
yang sentiasa dibuat
sekalipun sedikit.
Dan
adalah baginda S.A.W
apabila mendirikan sembahyang
maka
baginda S.A.W
sentiasa berterusan
di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh Imam Bukhari
di dalam sohihnya dan Imam Muslim
di dalam sohihnya)
3. Telah memberitahu kami
Sufian bin 'Uyainah daripada Ibn Abi Labid
daripada Abi Salamah telah berkata :
Aku telah bertanya Sayyidatina 'Aishah
tentang puasa Rasulullah S.A.W
maka dia menjawab :
Adalah baginda S.A.W
berpuasa sehingga kami berkata :
Sesungguhnya
baginda S.A.W telah berpuasa
dan
baginda S.A.W berbuka
sehingga kami mengatakan :
Telah baginda S.A.W berbuka.
Aku tidak pernah melihat
baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja
lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W
pada bulan Sya'ban.
Kadang-kadang
baginda S.A.W berpuasa Sya'ban
sebulan penuh dan kadang-kadang
baginda S.A.W
berpuasa sedikit daripadanya.
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim
di dalam sohihnya)
4. Telah memberitahuku
Muawiyah bin Soleh daripada
Abdullah bin Abi Qais
sesungguhnya dia telah mendengar
Sayyidatina 'Aishah berkata :
Bulan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W
yang mana baginda S.A.W
berpuasa padanya adalah
bulan Sya'ban
kemudian disambung puasa
pada bulan Ramadhan.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan
diriwayatkan oleh Abu Daud,
An-Nasaei, Ibn Khuzaimah,
Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)
5. Telah memberitahuku
Al-Maqburi daripada Abu Hurairah
daripada Usamah bin Zaid
telah berkata:
Aku telah berkata :
Wahai Rasulullah!
Sesungguhnya
Aku telah melihat engkau berpuasa
pada bulan yang mana
aku tidak melihat engkau berpuasa
pada bulan yang mana
engkau puasa padanya.
Soal Rasulullah S.A.W :
Bulan apa?
Aku telah berkata:
Sya'ban bulan diantara
Rejab dan Ramadhan
yang mana melupai manusia
mengenainya(diangkat kepadaNya)
segala amalan semua hamba
maka aku lebih suka
amalanku tidak diangkat
melainkan bersamanya aku berpuasa.
Maka aku berkata lagi:
Aku melihat engkau berpuasa
pada hari Isnin dan Khamis
dan tidak mengabaikan
kedua-dua hari itu.
Sabda baginda S.A.W :
Sesungguhnya
segala amalan semua hamba
akan diangkat pada
kedua-dua hari itu
maka aku lebih suka
tidak diangkat amalanku
melainkan bersamanya
aku berpuasa.
( Hadis ini sanadnya Hasan
dan telah dikeluarkan oleh An-Nasaei,
Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi )
HADIS MENGENAI KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN
1. Daripada Makhul daripada
Malik bin Yakhamir daripada
Muaz bin Jabal daripada
Nabi S.A.W telah bersabda:
Sesungguhnya Allah ta'ala
memerhati makhlukNya
pada malam nisfu(pertengahan)
daripada Sya'ban
maka
Dia akan mengampuni
semua makhlukNya
melainkan orang yang syirik
atau
orang yang bermusuhan.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan
dikeluarkan oleh Ibn Habban,
Al-Baihaqi dan At-Thobarani )
2.Daripada Hisham bin Hassan
daripada ( Al-Hasan daripada)
Usman bin Abi Al-'As daripada
Nabi S.A.W telah bersabda :
Apabila tibanya malam nisfu (pertengahan)
daripada bulan Sya'ban,
pemanggil akan memanggil :
Adakah daripada mereka
yang memohon keampunan
maka nescaya diampun baginya ?
Adakah daripada kalangan mereka
yang meminta maka akan diberi?
Maka
tidak ada seseorang
yang memohon sesuatu
melainkan akan diberi
melainkan penzina dengan kemaluannya
ataupun
orang syirik.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan
dikeluarkan oleh Al-Kharaiti,
Al-Baihaqi dan imam Sayuti)
Penerangan Hadis:
1. Hadis-hadis ini
menjelaskan kepada kita
bagaimana kelebihan bulan Sya'ban
yang mana Rasulullah S.A.W
sentiasa berpuasa
bahkan
melebihi bulan-bulan yang lain.
2. Hadis-hadis ini juga
menerangkan bagaimana hukum
berpuasa pada bulan Sya'ban
iaitu sunat bukannya wajib.
Oleh itu
baginda S.A.W
kadang-kadang berpuasa penuh
sebulan pada bulan ini
dan
pada suatu ketika
baginda tidak berbuat demikian.
Kita perlu ingat
bahawa setiap perbuatan
Rasulullah S.A.W
merupakan sunnah fi'liyyah
(sunnah yang berasaskan perbuatan)
yang boleh dijadikan hujjah
di dalam mengeluarkan
sesuatu hukum.
3. Baginda S.A.W juga
menggalakkan kita agar
di dalam melakukan sesuatu
yang baik terutama dalam
ibadat khusus seperti
solat sunat, puasa sunat
dan
sedekah maka ia
mestilah dilakukan secara
berterusan walaupun sedikit.
Kita kadang-kadang
melakukan perkara ini
secara banyak tetapi
tidak berterusan dan ia dilakukan
apabila timbulnya
perasaan rajin sahaja.
Ini menyebabkan kita
kurang merasai hikmat dan kesan
daripada amalan tersebut.
Ini kerana
apabila ia dilakukan
secara berterusan
akan mendatangkan kepada kita
perasaan untuk menghisab
dan
menghitung diri sendiri
secara berterusan
dan
ini akan melahirkan individu
yang sentiasa berada
dalam ibadat dan mengingati Allah
setiap masa
dan
tempat sama ada
ditikar sembahyang,
ketika belajar
mahupun
ketika bekerja.
4. Galakan ini juga bertujuan
untuk melatih dan membiasakan kita
dengan berpuasa sebelum masuknya
bulan Ramadhan yang memang
kita mesti berpuasa padanya.
5. Baginda juga menekankan
bagaimana seseorang muslim
mesti percaya bahawa
setiap amalan yang dilakukan
bukanlah sia-sia
malah ia akan diangkat kepada Allah
untuk dihisab kualitinya.
Apabila perasaan ini timbul
sepanjang kehidupan
dan
peribadatan kita seharian
akan menyebabkan kita
semakin yakin kepada balasan Allah
terhadap apa yang telah kita
sama-sama tunaikan.
Ini dapat menghindarkan diri
daripada melakukan sesuatu ibadat
sambil lewa dan penuh dengan
perasaan malas dan juga mampu
memberi peringatan agar jangan
mendekati segala maksiat
kerana setiap gerak laku kita
diperhati dan dihisab oleh
Allah Subhanahu wa Ta'ala.
6. Baginda S.A.W juga menjelaskan
bagaimana adanya waktu-waktu tertentu
yang mempunyai kelebihannya tersendiri
seperti pada hari
Isnin dan Khamis
serta pada
bulan Sya'ban terutama pada
malam pertengahan bulannya.
Baginda S.A.W juga
mengajar kita agar
menggunakan kesempatan yang ada
dengan berdoa dan beribadah
kepada Allah.
7. Islam mengajar kita agar
menjaga masa dan menggunakan
peluang yang ada untuk beribadat
bukannya dihabiskan begitu sahaja
disebabkan kita tidak merasa berdosa
apabila tidak mempedulikan masa.
Orang kafir mapu menjaga masa
dan
menggunakan masa untuk perkara berfaedah
serta tidak kurang juga digunakan
untuk mengatur strategi di dalam
menyerang Islam.
Adakah kita terus hanyut
dibuai mimpi sedangkan musuh Islam
telah lama merancang untuk
menghancurkan kita.
8. Islam mahu melahirkan umat
yang berkualiti dalam ibadat,
masa dan pekerjaan yang mana
ia tidak menyuruh kita sekadar
menunaikan ibadat khusus seperti
sembahyang, puasa dan bersedekah sahaja
tetapi juga menekankan agar
setiap ibadat yang dilakukan
mampu melahirkan umat yang sedar
siapa mereka dan apa
tanggungjawab mereka.
Ingatlah
bahawa Rasulullah S.A.W pernah
memarahi sahabat yang hanya mahu
beribadat khusus sahaja
sedangkan baginda S.A.W
sendiri bukan sahaja merupakan
orang yang kuat beribadat khusus,
memohon keampunan malah baginda juga
sebagai bapa, suami, ahli masyarakat
dan
juga yang paling besar
dan
berat adalah sebagai pemimpin negara.
Semuanya dikira ibadat
jika dilakukan mengikut landasan Islam.
Kita jangan termakan
dengan dakyah sesat golongan kuffar
yang menyatakan
ibadat adalah perkara
yang berkaitan dengan
sembahyang, puasa,
haji dan ibadat khusus yang lain sahaja
tanpa mempedulikan kewajipan kita
yang besar seperti tanggungjawab terhadap kerja,
keluarga, masyarakat setempat
dan
juga pemerintahan negara.
9. Islam mencela mereka yang syirik,
berzina dan bermusuhan
yang mana doa mereka
tidak dimakbulkan.
Biografi
Sumber:
1. Fathul Bari syarah sohih Bukhari
oleh Ibnu Hajar jilid 4
cetakan Maktabah Al-Risalah Al-Hadisah.
2. Syarah Sohih Muslim
oleh imam An-Nawawi jilid 15/16
cetakan Darul Makrifah.
3. Kitab Fadahailul Auqat
oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi
di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi
cetakan Maktabah Al-Manarah
Makah Mukarramah.