:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Jumaat, 30 Ogos 2013

Rahmat, Rezeki.....Kemerdekaan




Kemerdekaan menurut Islam 
ditakrifkan apabila seseorang, 
sesuatu bangsa atau umat 
mendapat kemerdekaan daripada 
penjajahan dalam segala bentuk,
 baik penjajahan lahir atau batin. 
Umat yang merdeka, mereka dapat 
berfikir dengan bebas apa yang baik
 dilakukan untuk diri, bangsa atau 
untuk kepentingan umat seluruhnya 
 tanpa khuatir kepada makhluk
 yang menghalangi, tiada yang
 ditakuti kecuali Allah SWT dan
 segala tindakannya berpandukan
 al-Quran dan sunnah 
Nabi Muhammad SAW.






Menurut pendeta Za’aba,
 erti kemerdekaan ialah
 “berubah daripada kepercayaan 
bodoh yang melemahkan akal dan
 ikhtiar kepada kepercayaan yang
 cerdik yang membebaskan fikiran;
 daripada ajaran yang mematikan
 hati kepada ajaran yang menghidupkan
 dan menyuburkan dia; daripada 
i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan
 terpesong kepada i‘tiqad yang 
subur dan merdeka; daripada 
kezaliman pemerintahan 
berdasarkan hawa nafsu
 kepada kesalehan; 
dan daripada 
fikiran-fikiran yang menahankan 
dan menyekat
 kemajuan kepada fikiran 
yang membebaskan kemajuan 
dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik 
dan mulia.” Kemerdekaan sebenar adalah 
 kemerdekaan jiwa dan minda. 
Tanpa kemerdekaan jiwa dan minda 
kemerdekaan fizikal tidak berguna. 
Ramai cendekiawan 
Muslim telah menyedari bahawa
 cabaran utama setelah
 kemerdekaan fizikal adalah 
membina jiwa dan minda merdeka.






Kemerdekaan yang sebenar 
menurut Islam terkandung di dalam 
kata-kata Rub'ie bin A'mir ketika
 bertemu Panglima Tentera Rom
 yang bernama Rustum:
 
 
 
 
 
الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة:






Maksudnya:  
 
 
 
 
" Allah mengutuskan kami 
(orang-orang islam), untuk kami 
merdekakan manusia, daripada 
 mengabdikan diri sesama manusia 
kepada mengabdikan diri kepada Allah,
 daripada kezaliman agama kepada 
keadilan Islam dan daripada
 kesempitan dunia kepada 
keluasan dunia dan akhirat. "
 
 
 
 
 

Rub'ie bin Amir menyimpulkan
 kefahaman Islam yang 
diperolehinya daripada pentarbiyahan
 Nabi SAW bahawa penjajahan 
bukan sahaja boleh berlaku
 melalui penguasaan bangsa asing 
terhadap sesuatu kaum, tetapi
 ia juga boleh berlaku melalui 
penguasaan bangsa sendiri.
 
 
 
 
 

Jika kemerdekaan bererti 
kebebasan daripada penguasaan
 bangsa asing, kenapa Rasulullah saw
 berjuang membebaskan diri dan manusia
 daripada kekuasaan musyrikin Makkah
 yang sebangsa dan seketurunan 
dengan nabi?
 
 
 
 

Ini bermakna: 
kemerdekaan yang sebenar ialah:
 
 
 
 
 

Memerdekakan manusia daripada 
perhambaan sesama manusia sama ada:
 Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, 
bermuamalah dan seumpamanya.
 
 
 
 
 

Kebebasan tadi mestilah dibatasi 
oleh hukum allah swt bagi
 memastikan tiada ruang untuk
 penjajahan melalui sistem dan 
undang-undang ciptaan manusia.
 
 
 
 
 

Memerdekakan manusia daripada 
ikatan agama yang direka oleh
 manusia sama ada :
 
 
 
 
 

1. Agama yang dicipta oleh manusia
yang dijadikan sembahan, fahaman
dan anutan.
 
 
 
 
 
 

2. Agama yang diturunkan oleh Allah
 tetapi ditafsirkan mengikut akal 
tanpa kaedah yang dibenarkan
 oleh Syariat.
 
 
 
 
 

Membebaskan manusia daripada
 dibelenggu oleh matlamat dunia
 yang sempit melalui:
 
 
 
 

1. Menyedarkan manusia bahawa
 dunia adalah sementara yang
 menjadi tempat persinggahan.
 
 
 
 

2. Menjadikan manusia bekerja 
di dunia untuk akhirat yang
 merupakan kehidupan yang sebenar.
 
 
 
 

Justeru, 
kemerdekaan yang sebenar ialah :
 
 
 

Membebaskan jasad dan material
 daripada penjajahan manusia.
Membebaskan akal fikiran serta 
mentaliti daripada dibelenggu oleh
 doktrin-dokrin yang bercanggah
 dengan Islam.
 
 
Wallahu‘Alam
 
 
 
http://ibnismail.files.wordpress.com/2009/08/merdeka02.gif?w=604 
 
 
 
 
 
 
MUTIARA HADIS ;



Dari Abu Hurairah r.a.
 katanya Rasulullah SAW
 bersabda: 



"Belum terjadi
 kiamat sebelum 
api menyala di 
bumi Hijaz sehingga 
menyinari leher unta
 di Bushra."


Erti kemerdekaan hakiki



Erti kemerdekaan hakiki


ESOK genaplah ulang tahun ke-56 negara tercinta kita Malaysia. Laungan merdeka, merdeka, merdeka yang bergema di setiap pelosok negara pastinya perlu dihayati sepenuhnya agar semangat laungan tidak tinggal laungan semata-mata. 





Alhamdulillah, pencapaian rakyat Malaysia kini sudah semakin dikenali dan diiktiraf, sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Malah ada antara lakaran kejayaan-kejayaan ini perlu dibanggakan semua warganya.





Pun begitu dalam keghairahan menyambut kemerdekaan ini, perlu ditanyakan dalam diri setiap daripada kita, adakah kita benar-benar memahami serta menguasai erti kemerdekaan itu? Ataupun ia sekadar rutin melepasi tarikh 31 Ogos yang ditempoh setiap tahun. 





Hakikatnya, sebuah negara boleh dikatakan merdeka secara hakiki apabila kemerdekaan tersebut terjadi secara menyeluruh dalam semua bidangnya. Kemerdekaan tersebut bukan hanya dalam konteks negara semata-mata tetapi juga individu dan masyarakat yang menjadi pengisi sebuah negara. 





Dalam konteks individu, kemerdekaan bererti terbebasnya seseorang itu daripada tekanan hawa nafsunya dalam melakukan segala aktiviti yang membinasakan dirinya.




Pengertian individu yang merdeka ialah seorang yang ketika ia bersikap dan berperilaku selalu didasarkan kepada pertimbangan rasional. 





Bagi orang yang beriman, pertimbangan rasionalnya adalah apabila ia melandaskan segala perbuatan dan tingkah lakunya bermatlamat kepada undang-undang dan sunnatullah. 





Saidina Ali mengibaratkan hal
 tersebut dalam satu ungkapan:




 "Seorang hamba beramal 
kerana takut hukuman, 
pedagang beramal 
kerana menginginkan keuntungan 
dan orang merdeka beramal 
kerana mengharap 
keredaan Allah SWT."





Jika ada seorang manusia dalam kehidupannya yang sentiasa dikendalikan hawa nafsunya, maka bererti dia belum menjadi orang yang merdeka sebenarnya. Kerana ia terbelenggu oleh hawa nafsunya yang sentiasa memaksanya untuk melakukan perbuatan yang tidak sesuai dengan akal sihat manusia. 






Kehidupannya yang selalu terjajah oleh hawa nafsunya sendiri sehingga mengakibatkan dirinya sendiri terjerumus ke jurang kebinasaan di dunia mahupun di akhirat. 






Allah SWT berfirman
 yang bermaksud:  






" Adapun orang
 yang melampau batas dan 
lebih mengutamakan
 kehidupan dunia, maka 
sesungguhnya nerakalah 
tempat tinggalnya. "

 (an-Naazi'at: 37-39)





Dalam Tafsir Fathul Qadir, Imam as-Syaukani menyatakan, orang yang melampau batas adalah dalam kekufuran dan maksiat kepada Allah. Lebih mengutamakan dunia berbanding akhirat. 






Manakala Imam al-Baidhawi menyebutkan, maksud ayat di atas adalah orang yang melampaui batas hingga dia kufur serta memilih kehidupan dunia dan tidak mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat dan membersihkan diri daripada hawa nafsu, maka tempat kembalinya adalah neraka.





Sedangkan dalam konteks masyarakat pula, erti kemerdekaan adalah apabila mereka tidak lagi menjadi pengikut pemikiran dan budaya bahkan agama penjajah. Masyarakat yang merdeka memiliki pemikiran, budaya dan agama yang khas yang membezakan mereka dengan masyarakat lain. 






Kita boleh mencontohi masyarakat Madinah (Madani) sebagai masyarakat yang merdeka secara hakiki. Setelah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Baginda mulai membina masyarakat di sana dengan kehidupan yang Islamik jauh berbeza dengan sebelumnya. 





Kemudian diubah Nabi SAW menjadi berlandaskan agama yang kukuh serta memunculkan ketenteraman dan keselamatan. 





Budaya yang dahulunya jahiliah yang diwarisi daripada nenek moyang, dipenuhi tahyul dan khurafat diganti menjadi budaya yang Islamik, rasional dan bernilai luhur.





Adakah masyarakat kita memiliki 
pemikiran dan budaya yang terlepas
 daripada budaya para penjajah?





Jawapannya kita sendiri yang perlu menilaikannya di sekeliling kita hari ini. Mulai dari cara berpakaian, makan, bergaul, berjiran dan lain-lainnya. Apa lagi jika disebut hal-hal jenayah, tembak sana sini, rompak, bunuh, ragut, buang bayi, rempit, rasuah, dadah, pecah rumah, curi kenderaan, pergaulan bebas dan macam-macam lagi, masyarakat kita sangat jauh daripada ciri khas masyarakat Madani dan Islam.







Ternyata kita baru terlepas daripada belenggu penjajahan secara fizikal sahaja walaupun sudah 56 tahun merdeka. Mengapa hal ini terjadi? Kerana racun yang ditinggalkan oleh para penjajah terus kita 'minum' dan kita 'makan' setiap hari. Bahkan, seolah-olah kita masih ketagihan meminum racun tersebut. 





Racun itu bermakna pemikiran dan budaya para penjajah. Kebebasan berekspresi, pornografi dan pornoaksi, sikap individualistik, hedonisme dan seumpamanya adalah sederet pemikiran penjajah yang masih membudaya, malah seperti telah menjadi ciri khas masyarakat kita.






Padahal masyarakat kita adalah masyarakat yang kuat beragama, memiliki budaya luhur yang berlandaskan kepada agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
Semua itu diresap oleh badai dan gelora budaya asing penjajah sehingga kita tidak lagi memiliki identiti yang unik dan kental sebagai sebuah masyarakat yang berlandaskan agama.





Negara yang merdeka adalah yang terbebas daripada penjajahan secara fizikal, politik, ekonomi, sosial dan budaya. Negara tersebut bebas menerapkan undang-undang yang tegas serta peraturannya dan hukum-hukumnya dalam melindungi rakyat dan tanah air daripada pencerobohan luar dan dalam. Tidak ada tekanan dari negara-negara penjajah dan luar.





Bagi umat Islam tentu sahaja negara tersebut haruslah sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW iaitu sebuah negara yang menerapkan peraturan Allah dalam berbagai dasar dan kebajikannya. 





Ini kerana dengan menjalankan peraturan Allah mereka akan menjadi umat yang selamat, maju dan dinamik serta tidak boleh dijajah oleh negara mana sekalipun jua di dunia ini. Hal ini telah dibuktikan oleh kaum muslimin di masa lalu. 





Inilah kemajuan dan kebangkitan umat
 yang dijanjikan Allah dengan
 firman-Nya bermaksud :





" Dan Allah
 telah berjanji kepada 
orang-orang yang beriman
 di antara kamu dan mengerjakan
 amalan soleh, bahawa Dia
 sungguh-sungguh akan
 menjadikan mereka berkuasa
di muka bumi, sebagaimana 
Dia telah menjadikan 
 orang-orang sebelum 
mereka berkuasa. "



(an-Nur: 55)


 


Jumma Mubarak

http://sphotos-b.xx.fbcdn.net/hphotos-ash3/p480x480/58944_578077532217147_84888227_n.jpg

Khamis, 29 Ogos 2013

Allah SWT Is Great :)




ketika menggali Parit Khandaq; “


..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……

(Hadis riwayat Imam Ahmad)





Berikut, saya paparkan semula sejarah ringkas kehidupan Sultan Muhammad al Fatih & pembebasan Constantinople. Sebelum itu, setinggi-tinggi penghargaan buat penulis asal artikel ini. Semoga dapat terus dimanfaatkan oleh umat Islam dalam menghayati sirah dan seterusnya meningkatkan semangat dalam perjuangan Islam yang tercinta ini.






Apabila Nabi Muhammad s.a.w. menyebut bahawa Constantinople akan dibuka oleh raja dan tentera terbaik, kerajaan Islam sepanjang zaman telah berusaha menjadikannya kenyataan. Selepas cubaan selama 800 tahun, barulah ia berlaku. 






Bahagia Sophia (Aya Sofiya) di Istanbul simbol kejayaan Sultan Muhammad Al Fatih membuka Constantinople. Sekalipun tentera Islam telah menduduki pusat pemerintahan Byzantine itu, monumen berharga seperti Hagia Sophia tidak dimusnahkan, sebaliknya mengekalkannya sebagai masjid.






SULTAN MUHAMMAD AL FATIH






Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT di dalam Hadis Rasulullah tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Diantaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman  Kerajaan Uthmaniyyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”.Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam Hadis tersebut.






PENGENALAN





Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih dan Muhammad The Conqueror kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.






Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481. Ada ahli sejarah berpendapat
baginda mangkat diracun.







PENDIDIKAN





Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.





Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, 





Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.







KEPERIBADIAN





Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, 




mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.






PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE






Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.






Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople dimana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.








Menara Bergerak






Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.





Bantuan Dari Pope Vatican





Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.





Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia




oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.




Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.





Karisma Seorang Pemimpin






Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.






Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah AllahuAkbar.





Penawanan Constantinople





Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . 






Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya
membebaskan Constantinople.




SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA






Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.




Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.




Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...