:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 29 Mei 2011

Kubur Pun Berkata-kata..



KUBUR BERKATA

SEWAKTU SEWAKTU JENAZAH

FATIMAH AZ-ZAHRA

HENDAK DIKEBUMIKAN





Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a.

meninggal dunia maka jenazahnya

telah diusung oleh 4 orang, antaranya:-


1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)


2. Hasan (anak Fatima r.a)


3. Husin (anak Faimah r.a)


4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a



Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."



Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."



Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-



1. Hendaklah ia menjaga solatnya.


2. Hendaklah dia bersedekah.


3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an.


4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.



Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-



1. Jangan berdusta.


2. Jangan mengkhianat.


3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).


4. Jangan kencing sambil berdiri.



Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud,


"Bersucilah kamu semua dari kencing,

kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu

berpunca dari kencing."



Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.



Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."



Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.




Khamis, 26 Mei 2011

Kumpulan Kebaikan



Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW

bersabda maksudnya:

“Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya. Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah dari rumah-rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama-nama) mereka di sisi-Nya. Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak akan dapat menyempurnakannya.”



(Muslim)



Huraian:


Masyarakat Islam adalah seperti satu jasad yang setiap anggota akan merasai apa yang dirasai oleh orang lain malah mereka juga bersama-sama berkongsi kegembiraan. Maka antara yang menjadi kewajipan penting seorang Muslim ialah agar segera melepaskan kesempitan yang dialami oleh saudaranya.

Dengan cara ini masyarakat yang sempurna dan tolong-menolong dapat diwujudkan. Sebaliknya mencari-cari keburukan orang lain dan menyebarkannya pula adalah satu tanda kemunafikan kerana disebabkan perkara tersebut sesuatu kejahatan yang dilakukan itu boleh menjadi pemangkin kepada orang yang sepertinya agar lebih agresif dan liar dengan kejahatan hingga seluruh masyarakat menjadi rosak. Sesungguhnya balasan Allah SWT kepada makhluk-Nya adalah dalam bentuk yang menyerupai amalan yang dilakukan itu.




_§1_______________________ ____________1§§¶¶_ _________1¶¶¶¶¶§¶¶1_____________________ ________¶¶¶¶§§§§§¶¶§____________________ _______¶¶§§§§§§§§§¶¶§___________________ _______1¶¶§§§§§§§§§¶¶1__________________ ________¶¶§§§§§§§§§§¶¶¶_________________ _________¶¶§§§§§§§§§§¶1_________________ __________¶¶§§§§§§§§¶¶§_________________ ___________¶¶§§§§§§§¶¶¶_________________ ____________¶§§§§§§¶¶___________________ ____________¶§§§§§§¶_________________¶1_ _________1¶¶§§§§§§§¶J_______________§¶¶_ ________§¶¶¶§§§§§§§¶¶_____________¶¶¶¶1_ _______¶¶§§§§§§§§§§§¶¶__________1¶¶¶¶___ ______¶¶§§§§§§§§§§§§§¶1______§¶¶¶¶¶¶____ _____1¶§§§§§§§§§§§§§§¶§_____¶¶¶§¶§¶1____ _____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶¶§1§¶¶§§§§¶§_____ _____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶§§§§¶¶§______ _____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1_______ _____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1________ _____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶__________ _____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1___________ _____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶§_____________ _____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶1________________ _____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶________________ _____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶_______________ ____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1_____________ ____§¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶1__________ ____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_______ _____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1____ ______¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_ _____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1 ____¶¶¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶ ___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶§¶§§§§§§§§§§§¶§ _1¶1_____________11111111§§§§§§§§§§§§§JJ_



YA ALLAH AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU,

amin..(-_-)






Selasa, 24 Mei 2011

Tuhan Melihat Hatimu




Tuhan Melihat Hatimu



Pada suatu hari, Hasan Al-Basri

pergi mengunjungi Habib Ajmi,

seorang sufi besar lain.

Pada waktu solatnya,

Hasan mendengar Ajmi banyak melafazkan

bacaan solatnya dengan keliru.




Oleh kerana itu,

Hasan memutuskan untuk

tidak solat berjamaah dengannya.

Ia menganggap kurang pantaslah

bagi dirinya untuk solat bersama

orang yang tidak boleh

mengucapkan bacaan solat dengan benar.



Di malam harinya,


Hasan Al-Basri bermimpi.


Ia mendengar Tuhan berbicara kepadanya.



“Hasan,

jika saja kau berdiri

di belakang Habib Ajmi

dan menunaikan solatmu,

kau akan memperoleh keredhaan-Ku,

dan solat kamu itu akan

memberimu manfaat

yang jauh lebih besar daripada

seluruh solat dalam hidupmu.

Kau mencuba mencari kesalahan

dalam bacaan solatnya,

tapi kau tidak melihat

kemurnian dan kesucian hatinya.

Ketahuilah,

Aku lebih menyukai

hati yang tulus

daripada pengucapan tajwid

yang sempurna.





Isnin, 23 Mei 2011

Wherever You Are .. Pray To ALLAH ;)









Rasulullah s.a.w bersabda :

"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim




Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" H.R.Attabrani



Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani





Ahad, 22 Mei 2011

Syaitan Dan Al-Quran



Saat Anda membawa Al-Quran,


syaitan biasa biasa saja...tengok jer..


Saat Anda membukanya,


syaitan mulai curiga.


Saat Anda membacanya,


ia resah dan gelisah.


Saat Anda memahaminya,


ia kejang kejangan.


Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an


dalam kehidupan sehari-hari .


Ia stroke. ............


Teruskan membaca dan mengamalkannya


agar syaitan terus stroke .

Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini,


syaitan pun mencegahnya.


Syaitan kata "jangan SEBARKAN,


kerana ia tidak penting langsung !"



~~SEBAR-SEBARKANLAH~~


Jangan dengar bisikan syaitan……



Sabtu, 21 Mei 2011

Tujuh perkara ganjil


Tujuh perkara ganjil


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."



" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.



Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"



Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.



" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."



" Golongan kelima, kulihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.



" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.



" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."



Ingatlah................


Sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang

dan kepadaNya jualah kita akan kembali.

Kita akan dipertanggungjawabkan

atas setiap amal yang kita lakukan,

hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam..

Rabu, 18 Mei 2011

Rasulullah SAW dan sebiji limau.


Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW
didatangi oleh seorang wanita kafir.
Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.
Wanita itu membawa beberapa biji buah limau
sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik sungguh buahnya.
Siapa yang melihat pasti terliur.
Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW
seulas demi seulas dengan tersenyum.



Biasanya Rasulullah SAW akan makan
bersama para sahabat, namun kali ini tidak.
Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan.
Setiap kali dengan senyuman,
hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang,
diiringi ucapan terima kasih dari baginda.



Sahabat-sahabat agak hairan
dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya.
Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

"Tahukah kamu,
sebenarnya buah limau itu
terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.
Kiranya kalian turut makan bersama,
saya bimbang ada di antara kalian
yang akan mengenyetkan mata
atau memarahi wanita tersebut.
Saya bimbang hatinya akan tersinggung.
Sebab tu saya habiskan semuanya."



Begitulah akhlak Rasulullah SAW.
Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan
pemberian seseorang biarpun
benda yang tidak baik,
dan dari orang bukan Islam pula.
Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.
Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin
mempermain-mainkan Rasulullah SAW
dan para sahabat baginda
dengan hadiah limau masam itu.
Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya di'tewas'kan oleh
akhlak mulia Rasulullah SAW.


Sabtu, 14 Mei 2011

Illahi , pandanglah aku yang tiada daya ini.




"dan sesiapa

yang mengerjakan amal soleh,

dari lelaki atau perempuan,

sedang ia beriman,

maka mereka itu

akan masuk syurga,

dan mereka pula

tidak akan dianiaya

(atau dikurangkan balasannya)

sedikitpun".

(an-Nisaa' : 124)







1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."








Akhlak Wanita


Dari Asma’ binti Yazid, bahwa Rasulullah SAW keluar menemui para wanita di dalam masjid. Aku juga ada ditengah mereka. Beliau mendengar perkataan mereka. Lalu beliau bersabda,

“Wahai para wanita, kalian adalah mayoritas kayu bakar neraka.”

Aku berseru kepada beliau, dan aku termasuk wanita yang berani berkata dihadapan beliau,

“Wahai Rasulullah, mengapa begitu?”

Beliau menjawab,

“Sebab kalian tidak bersyukur jika diberi,
kalian tidak sabar jika tidak ditimpa musibah
dan kalian mengeluh jika tidak diberi rezeki.
anganlah kalian mengingkari orang-orang
yang telah memberi nikmat.”

Aku bertanya,
“Wahai Rasulullah,
bagaimana mengingkari orang-orang
yang telah memberi nikmat itu?”

Beliau menjawab,
“Seorang wanita menjadi isteri seorang laki-laki
dan sudah melahirkan dua atau tiga anaknya,
lalu dia berkata kepada suami,
’Aku tidak melihat satu kebaikan pun pada dirimu’.”
(Diriwayatkan Ath-Thabrany, di dalamnya ada
Syahr bin Hausyab,
dia dha’if dan sebagian ada yang mentsiqatkanya).



Berbuat Baik kepada Wanita



Rasulullah SAW bersabda,
“Siapa yang mempunyai tiga anak putri lalu dia bersabar atas cubaan, kesempitan dan kelapangan mereka,
maka Allah memasukkannya ke dalam surga,
kereana kasih sayangnya kepada mereka.”

Seseorang bertanya,
“Bagaimana dengan dua anak puteri wahai Rasulullah?”

Beliau menjawab,

“Begitu pula dengan dua anak puteri.”

Ada pula yang bertanya,

“Bagaimana dengan satu anak puteri ".
(Diriwayatkan Al-Hakim dan dia menshahihkannnya).

Ibnu Hiban meriwayatkan di dalam Shahih-Nya,
bahwa Rasulullah SAW bersabda,

“Siapa yang mengasuh dua atau tiga orang anak puteri,
dua atau tiga orang saudara puteri,
hingga mereka menikah atau dia mati meninggalkan mereka,
maka aku dan dia berada disyurga seperti dua jari ini”,
Lalu beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah.

Ath-Thabrany dan Asy-Syaikhany mentakhrij yang serupa dengan ini,

“Tangan yang diatas
(yang memberi)
lebih baik daripada tangan
yang dibawah (yang diberi),
dan mulailah dari orang-orang
yang seharusnya engkau
cukupi keperluannya,
iaitu ibumu, ayahmu, saudaramu laki-laki dan wanita,
orang yang lebih dekat dengan dirimu,
lalu berikutnya lagi.”

Abu Daud dan Al-Hakim meriwayatkan,
“Siapa yang memiliki anak puteri dan dia tidak menguburnya hidup-hidup
dan tidak mendahulukan kepentingan anak laki-laki daripada dirinya,
Maka Allah memasukkannya kedalam surga.”
(Az-Zawajir, 2/54)



Wasiat Rasulullah tentang Wanita




Rasulullah SAW bersabda,



" Carilah nasihat tentang wanita,
kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk,
dan sesungguhnya yang paling bengkok dari
tulang rusuk ialah yang paling tinggi.
Jika engkau berkeras meluruskannya,
tentu engkau akan mematahkannya
dan jika engkau membiarkannya,
maka ia tetap saja bengkok.
Maka carilah nasihat tentang wanita.”
(Diriwayatkan Al-Bukhary dan Muslim)




Dalam riwayat Muslim disebutkan,



“Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk.
Sekali-kali engkau dapat meluruskannya dengan cara apapun.
Jika engkau merasa puas dengannya, maka engkau akan merasa puas dengannya dan pada dirinya tetap ada yang bengkok,
dan jika engkau berkeras meluruskannya,
tentu engkau akan mematahkannya,
dan patahnya ialah talaknya.”





Dalam riwayat Ibnu Majah disebutkan,



“Ingatlah
carilah nasihat yang baik bagi manusia,
kerana mereka merupakan tawanan disisi kalian.
Kalian tidak berkuasa sedikit pun terhadap mereka
selain yang demikian itu,
kecuali jika mereka melakukan kekejian secara nyata.
Jika mereka melakukannya,
maka hindarilah mereka di tempat tidur
dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan.
Jika mereka mentaati kalian,
maka janganlah kalian mencari-cari jalan
untuk menyempitkan mereka.
Ingatlah,
sesungguhnya kalian mempunyai hak
atas isteri kalian dan isteri kalian
mempunyai hak atas kalian.
Hak kalian atas mereka,
janganlah mereka membawa
orang yang tidak kalian sukai
ke tempat tidur kalian,
dan tidak diperkenankan bagi orang
yang kalian benci berada di rumah kalian.
Ingatlah,
hak mereka atas kalian,
ialah hendaknya kalian berbuat baik
kepada mereka dalam
pakaian dan makanan mereka.”




Dalam riwayat At-Thirmidzy disebutkan,



“Siapa yang mempunyai dua isteri

lalu dia tidak berbuat adil di antara mereka berdua,

maka dia datang pada hari kiamat,

sedang lambungnya dalam keadaan turun.”

(Az-Zawajir, Ibnu Hajar, 2/32).






Isnin, 2 Mei 2011

Iman Tanpa Amal



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikJqkpFNbRLy85Zs8xfN1_K31hMYD1S4Lwz8o136mzoNc2Biyf96AtW1XUp2VASoljYIU7wiWz5pBPB5yKvtZhLkQJ-Q6Hcbav8OZCkbwlF0dZH7pPrLIBfovd1azNSNcAI-GhaSvjXTLg/s1600/124.jpg




Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz,

"Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :


· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh

di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.

· Bacalah Al-Qur'an

· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau

tanggungkan dosamu kepada orang lain.

· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.


· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.

· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia

ke dalam amal perbuatan akhirat.

· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu

supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.


Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud,

"Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."



Sabda Rasulullah S.A.W.,

"Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka

yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati)

dengan lisannya, dan anjing itupun merobek

serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz,

" Ya Rasulullah,

siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu,

dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"


Sabda Rasulullah S.A.W.,

"Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan

bagi orang yang telah dimudahkan

serta diringankan oleh Allah S.W.T."





Amal Perbuatan


1. Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman. (HR. Ath-Thabrani)


2. Barangsiapa melakukan amal perbuatan yang bukan atas perintah kami maka itu tertolak. (HR. Muslim)


Penjelasan:


Yang dimaksud adalah amal perbuatan

yang berhubungan dengan pelaksanaan peribadatan.


3. Seorang yang melakukan perbuatan di dalam batu besar yang tidak ada pintu maupun lubang anginnya, pasti akan diketahui manusia apapun yang terjadi . (HR. Al Hakim)


4. Dunia dihuni empat ragam manusia.

Pertama,

seorang hamba diberi Allah harta kekayaan dan ilmu pengetahuan lalu bertakwa kepada Robbnya, menyantuni sanak-keluarganya dan melakukan apa yang diwajibkan Allah atasnya maka dia berkedudukan paling mulia.


Kedua,

seorang yang diberi Allah ilmu pengetahuan saja, tidak diberi harta, tetapi dia tetap berniat untuk bersungguh-sungguh. Sebenarnya jika memperoleh harta dia juga akan berbuat seperti yang dilakukan rekannya (kelompok yang pertama). Maka pahala mereka berdua ini adalah (kelompok pertama dan kedua) sama.


Ketiga,


seorang hamba diberi Allah harta kekayaan tetapi tidak diberi ilmu pengetahuan. Dia membelanjakan hartanya dengan berfoya-foya tanpa ilmu (kebijaksanaan). Ia juga tidak bertakwa kepada Allah, tidak menyantuni keluarga dekatnya, dan tidak mempedulikan hak Allah. Maka dia berkedudukan paling jahat dan keji.


Keempat,


seorang hamba yang tidak memperoleh rezeki harta maupun ilmu pengetahuan dari Allah lalu dia berkata seandainya aku memiliki harta kekayaan maka aku akan melakukan seperti orang-orang yang lalai dengan wang dan membabi-buta (kelompok yang ketiga), maka timbangan keduanya sama. (HR. Tirmidzi dan Ahmad)



5. Seorang yang kurang amalan-amalannya maka Allah akan menimpanya dengan kegelisahan dan kesedihan. (HR. Ahmad)


6. Seorang sahabat bertanya,

“Ya Rasulullah, yang bagaimanakah orang yang baik itu?”

Nabi Saw menjawab,

“Yang panjang usianya dan baik amal perbuatannya.”

Dia bertanya lagi,

“Dan yang bagaimana orang yang paling buruk (jahat)?”

Nabi Saw menjawab,

“Adalah orang yang panjang usianya dan jelek amal perbuatannya.”

(HR. Ath-Thabrani dan Abu Na’im)


7. Lakukan apa yang mampu kamu amalkan. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu sendiri jemu. (HR. Bukhari)


8. Amalkan semua yang diwajibkan (fardhu) Allah, nescaya kamu menjadi orang yang paling bertakwa. (Ath-Thahawi)


~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~


Saat seorang hamba
menjalani proses perhitungan amal,

ia tidak akan dapat mengingkari satu pun
amal keburukan yang ia kerjakan.

Ia juga tidak akan dapat mengklaim
telah melakukan amal ini dan itu

yang sebenarnya tidak ia kerjakan.





Pada hari itu
Allah membongkar segalanya,
menunjukkan klaim palsunya,
mengunci mulutnya rapat-rapat,
dan menjadikan para malaikat pencatat amal
anggota tubuh si hamba
sebagai saksi yang memberatkan atasnya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...