Doa Untuk Seseorang
Yang Berbuat Baik Kepada Kita
Bersabda Rasulullah SAW
yang bermaksud :
“ Barangsiapa
diberikan orang kepadanya
sesuatu kebajikan lalu
ia
mendoakan orang itu
dengan menyebut :
jazaka ‘lllahu khairan
(mudah-mudahan
Allah
membalasi engkau
dengan kebajikan
yang lebih baik),
maka sesungguhnya
orang itu
telah memenuhi
hak sanjungan.”
(HR. At-Tirmizi)
“ Dan barangsiapa
membuat
suatu kebajikan
(makruf) kepadamu,
maka balasilah kebajikan itu
jika engkau
tidak sanggup membalasnya,
maka berdoalah kamu
untuknya sehingga
terasa olehmu
bahawa
kamu telah membalas
kebajikan orang dengan
sesempurnanya.”
(HR. Bukhary)
“ Berkata Umar
Ibnul Khattab ra. :
“ Pada suatu ketika
aku
meminta izin
kepada Nabi SAW
untuk pergi umrah.
Nabi memperkenankan
permintaanku seraya berkata :
Janganlah engkau
melupakan kami dalam
doa-doa kamu,
wahai saudaraku.
“ Jawab
Umar Ibnul Khattab ra :
“ Ucapan Nabi itu
lebih menyenangkan
diriku dari itu.”
(HR Tirmizi)
“ Doa seseorang Muslim
(untuk kemaslahatan)
saudaranya (Muslim)
yang jauh daripadanya
(umpamanya orang yang
tinggal di perantauan atau
perjalanan),
diperkenankan Allah.”
(HR Muslim)
“ Tidak ada sesuatu
yang paling mulia dalam
pandangan Allah
selain daripada berdoa
kepada Nya sedang kita
dalam keadaan lapang.”
(HR Al-Hakim)
Sabda baginda SAW :
“ Doa itu
senjata orang yang beriman,
tiang agama,
sinar cahaya
langit
dan bumi.”
“ Tuhanlah yang melepaskan
kamu dari bencana-bencana
yang
disebabkan oleh
musuh-musuhmu dan Dia
pulalah yang mencurahkan
rezeki kepada
kamu sekalian.”
(HR Abu Ya’la)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan