Syukuri nikmat merdeka
Oleh
Ahmad Tajuddin bin Idris al-Manhaji
Susah payah nenek moyang kita
bermandi darah, air mata dan kesengsaraan
agar insan mendatang dapat
menikmati segala apa yang
mereka usahakan.
bermandi darah, air mata dan kesengsaraan
agar insan mendatang dapat
menikmati segala apa yang
mereka usahakan.
Janganlah kita
memperlekehkan usaha mereka,
belum tentu lagi jika kita
berada
di zaman mereka
kita mampu menghadapi
keadaan demikian.
Dalam hal kehidupan ini
apa yang penting bagi
seseorang insan adalah
bebas jiwa
daripada segala belenggu,
bebas daripada cengkaman,
bebas daripada ketakutan
dan
bebas daripada segala macam
yang boleh membataskan kehidupannya.
Itulah
keinginan setiap insan.
Cuba kita lihat
rakyat di Palestin, adakah
mereka bebas untuk melaksanakan
kewajipan solat? Tidakkah mereka
diganggu dan diancam oleh orang
yang menguasai
mereka iaitu Yahudi.
Lihat masyarakat Rohingya di Burma,
adakah mereka mampu
untuk terus
menjamin keturunan mereka.
Masyarakat Patani pula sentiasa
terganggu kehidupan mereka,
hidup sentiasa diintip.
Pernah masyarakat Patani
berangan-angan mengatakan
alangkah baiknya jika Patani
sebahagian daripada
Malaysia.
Tidak kurangnya rakyat Syria,
yang berbunuhan sesama sendiri
demi
kepentingan peribadi.
Bahkan ramai lagi di luar sana
menginginkan kenikmatan seperti
keamanan dimiliki
oleh Malaysia
dan rakyatnya. Mereka memandang
tinggi terhadap pencapaian
Malaysia
dalam menjaga kestabilan politik,
ekonomi dan keamanan.
Sehinggakan
rakyat Mesir
yang baru menukar presiden
terpaksa mengaku kehebatan
mantan
Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad
dalam membangunkan Malaysia
daripada
pelbagai segi, sehingga
ada di kalangan pemuda yang mahu
Dr Mahathir menjadi
penasihat ekonomi mereka.
Apakah rahsia agaknya,
negara kita berjaya mengekal
kenikmatan keamanan ini?
Sebenarnya di antara
tanda-tanda kemakmuran
sesebuah negara itu bermula
daripada keadilan pemimpinnya.
Pemimpin yang adil Allah akan
mencampakkan
segala nikmat
kepada rakyatnya.
Seperti kisah pelantikan
Umar Abdul Aziz menjadi khalifah Islam,
di mana
masyarakat di kampung
yang tidak tahu menahu siapa
khalifah mereka kerana
keterbatasan maklumat.
Mereka bertanya kepada orang
yang melalui perkampungan mereka
dengan berkata,
“Adakah sudah bergantinya khalifah?”
Sebenarnya mereka kehairanan
berikutan
rezeki bertambah dengan
peningkatan hasil pertanian yang
diusahakan. Itu adalah
antara
tanda-tanda kesan pemerintahan
yang adil Umar Abdul Aziz.
Satu lagi tanda yang
menyebabkan negara kita ini
sentiasa aman damai adalah
ketaatan orang Melayu
terhadap agama Islam.
Orang Islam dalam negara ini
dapat kita lihat mereka menjaga
agama Allah ini
daripada sudut
akidah, syariah dan akhlak sesuai
dengan tuntutan al-Quran.
Maka, selagi mana ciri-ciri
yang dimiliki oleh bangsa Melayu
terhadap Islamnya
ini,
insya-Allah selagi itu Allah
menjaga kita ini.
Dengan syarat beriman dan
bertakwa nescaya Allah
bukakan pintu keberkatan
dari langit dan bumi.
Seperti firman Allah yang bermaksud:
“Sekiranya penduduk negeri ini
beriman dan
bertakwa, nescaya kami
bukakan keberkatan kepada mereka
yang keluar dari langit
dan
keluar dari bumi.”
(Surah Al-A’raf: 96)
Adakah kita tidak mendapat
nikmat sejak kemerdekaan
sehingga hari ini?
Kepada
kakitangan kerajaan,
adakah gaji dan pendapatan
berkurang setiap tahun?
Pasti
tidak, yang berlaku ia
sentiasa naik setiap tahun barangkali
yang kurangnya
syukur kita saja.
Kepada peniaga, adakah perniagaan
yang dijalankan tidak beroleh keuntungan.
Sudah ramai yang berjaya, malah
menjadi kaya raya, jutawan serta
mengaut
keuntungan yang banyak
hasil keamanan yang kita miliki.
Janganlah kita membutakan diri
dan memekakkan telinga.
Hasil kejayaan tersebut
tidak datang
dengan sendirinya,
maka bersyukurlah.
Kita juga boleh saksikan
kemewahan dan kesenangan yang
dimiliki setiap keluarga
tidak kira
bangsa dan agama. Jika di congak
secara kasar pun setiap keluarga
sekurang-kurangnya memiliki
sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Adakah nikmat Allah yang nak kita
nafikan wahai rakyat Malaysia.
Syukurlah
dengan nikmat yang Allah
berikan kepada kita.
Sesungguhnya jika kita bersyukur
nescaya pasti Allah tambahkan nikmatnya.
“Jika kalian bersyukur maka
sungguh Aku akan tambahkan
untuk kalian, dan jika
kalian kufur,
sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih”
(Surah Ibrahim: 7)
Dalil al-Quran ini memberitahu kita
andai kita kufur dan tidak mensyukuri
nikmat
Allah sesungguhnya
azab Allah amat pedih.
Pernah Nabi Ibrahim berdoa
kepada Allah seperti dinyatakan
dalam al-Quran yang
bermaksud:
“Ya Rabb-Ku,
jadikanlah negeri ini (Makkah)
negeri yang aman sentosa
dan
berikanlah rezeki berupa
buah-buahan kepada penduduknya
yang beriman di
antara mereka
kepada Allah dan hari kemudian.”
(Surah Al-Baqarah: 126)
Perhatikan doa Nabi Ibrahim ini
dengan baginda memohon kepada
Allah agar
diberikan keamanan
kepada penduduk Makkah sebelum
disusuli dengan memohon
rezeki
untuk penduduknya.
Hal ini kerana faktor keamanan
membawa kepada limpahan rezeki
tidak terhingga
banyaknya.
Mana mungkin peperangan dan
huru-hara boleh membawa kepada limpa
han
rezeki dan kesenangan.
Justeru, sebarang bentuk kekacauan
boleh mendatangkan
kemudaratan
yang merugikan negara.
Kepada Allah kita berdoa agar
kemerdekaan negara kita ini
sentiasa berkekalan
sehingga tiba hari kiamat.
Penulis lulusan
Syariah Fiqh dan Usul
Universiti Malaya (UM)
adalah Ketua Biro
Sekretariat ILMU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan