Khutbah Jumaat:
Solat lima waktu anugerah
paling berharga untuk mukmin
Israk peristiwa besar dan bersejarah dalam Islam satu bukti
kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Sebagai orang beriman,
kita wajib meyakini Allah SWT memperjalankan Nabi Muhammad SAW pada
waktu malam dari bumi Masjid al-Haram di Makkah al-Mukarramah ke Masjid
Al-Aqsa di Palestin.
Al-Mi’raj pula adalah perjalanan yang dimulakan dari Masjid al-Aqsa ke langit ketujuh ditemani Malaikat Jibril.
Ulama dalam kalangan salafussoleh, khalafussoleh, ahli hadis, ahli
kalam, ahli tafsir, ahli fiqih dan ulama Islam bersepakat peristiwa
agung ini berlaku dengan roh dan jasad dalam keadaan Baginda sedar,
bukanlah mimpi.
Bahkan, tidak ada sebarang perselisihan dalam kalangan ulama berhubung peristiwa itu kerana terdapat nas al-Quran yang jelas mengenainya.
Seperti ayat yang dibacakan pada permulaan khutbah yang bermaksud:
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-Israk, ayat 1)
Dalil bagi peristiwa mi’raj tidak dapat dipastikan secara jelas daripada al-Quran melainkan terdapat pendapat menyatakan dalil peristiwa itu melalui firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Muhammad telah melihatnya (Jibril dalam rupanya yang asal) pada waktu yang lain, di Sidratul Muntaha.”
(Surah al-Najm, ayat 13-14)
Hikmah di sebalik Israk dan Mikraj
Hikmah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj ini, Allah SWT mengurniakan satu perkara yang amat bernilai iaitu kewajipan bersolat lima waktu. Percayalah, solat adalah tangga kejayaan seorang Mukmin di dunia mahupun akhirat terutama bagi mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkan khusyuk.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”
(Surah al-Mukminun, ayat 1-2)
Inilah kejayaan paling besar bagi seorang Mukmin sejati kerana ia tidak akan dapat dicapai jika kita masih lagi beranggapan solat itu hanya sekadar tuntutan yang wajib ditunaikan walhal Allah SWT telah menjanjikan ganjaran sangat berharga kesan dari solat yang khusyuk.
Sedarlah, amat malang bagi mereka yang mendirikan solat, tetapi tidak mendapat apa-apa hasil daripada solatnya bahkan hanya penat lelah semata-mata.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Bolehkah aku tunjukkan kepada kamu sekalian perkara yang menghapuskan segala kesalahan yang kamu kerjakan dan mengangkat darjatmu? Mereka berkata: Silakan wahai Rasulullah. Sabda Rasulullah: Melakukan wuduk dengan sempurna, memperbanyakkan langkah menuju ke masjid, menunggu-nunggu solat fardu yang seterusnya setelah menunaikan solat, maka ini adalah pengikat (yang mengikat dirinya dengan ketaatan).”
Percayalah, solat adalah jalan terbaik bagi orang yang bertakwa mengadu dan menyerah diri kepada ketentuan dan petunjuk Allah SWT. Yakinlah, Allah SWT pasti memberi jalan penyelesaian atau memberi kekuatan dan kesabaran.
Hikmah di sebalik tuntutan solat
Hikmah di sebalik tuntutan solat, hati tenang menghadapi ujian. Solat yang didirikan semata-mata kerana Allah, akan memberi ketenangan. Hati yang tenang tidak akan mudah kecewa, bosan, putus asa dan marah ketika berhadapan dengan kegagalan, kesakitan atau kekurangan dalam hidup.
Sesungguhnya hanya Allah SWT yang memberi rezeki kepada hamba-Nya. Rezeki bukan hanya dilihat kepada harta ia merangkumi setiap aspek kehidupan seperti ahli keluarga yang soleh dan solehah, umur panjang, kehidupan bahagia di dunia serta akhirat.
Berdasarkan situasi dan cabaran masa kini, inilah ketikanya kita semua perlu sedar dan jadikanlah solat terutama solat berjemaah sebagai penawar, sumber kekuatan serta jalan keluar bagi sebarang masalah.

Khutbah Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan