
Reda ibu bapa penentu bahagia anak
Seorang lelaki datang menemui
Rasulullah SAW dan bertanya:
“Siapakah manusia yang berhak
untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?
Baginda berkata: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa?
Baginda berkata:
Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa?
Baginda
berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi:
Kemudian siapa?
Baginda berkata:
Ayahmu.”
(Sahih al-Bukhari).
Kasih sayang dan cinta seorang ibu
kepada anaknya tidak akan terbalas serta tidak ternilai dengan apa pun.
Perjuangan seorang ibu untuk anak sangat luar biasa. Ketulusan dan
kesabarannya menjaga anak sejak dalam kandungan hingga dewasa tidak
terbalas.
Ibu rela mempertaruhkan nyawa untuk kehidupan anaknya. Ketika
melahirkan, ibu meletakkan nyawanya, bertarung maut demi kelahiran
anaknya. Bahkan, untaian doanya tidak pernah terputus untuk seorang anak
sejak dalam kandungan lagi.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan
rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih
sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua
sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Surah
al-Israa, ayat 24)
Mereka selalu berharap dan memohon kepada Allah SWT supaya
anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah. Siapa lagi yang memberi
kasih sayang paling mendalam serta pengorbanan tinggi. Itulah kasih
sayang yang Allah SWT pinjamkan ke dalam hati seorang ibu.
Tidak dinafikan kasih sayang ibu mengatasi segala-galanya, tidak hilang
di hati seorang ibu perasaan rindu terhadap anaknya walaupun sesaat. Ada
kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulut dan melelapkan mata
kerana teringatkan anak-anaknya.
Memberi kasih sayang kepada
ibu bukan sekadar memberi hadiah. Gembirakan mereka dan carilah keredaan
mereka serta perbanyak doa keampunan kepada mereka. Sentiasa memuliakan
dan menghormati ibu bapa.
Perlu kita insafi, jika ibu bapa
tidak reda dengan perbuatan anak mereka, ia akan mengundang kemurkaan
Allah SWT. Selama mana kita tidak diredai oleh ibu bapa, selama itu juga
kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah SWT.
Justeru, manfaatkan peluang yang ada untuk berkhidmat kepada
kedua ibu bapa, membalas pengorbanan mereka dengan mencurahkan kasih
sayang serta membahagiakan hari-hari tua mereka.
Allah SWT
berfirman yang bermaksud:
“Dan rendahkanlah dirimu
kepada keduanya
kerana belas kasihan
dan kasih sayangmu, dan doakanlah:
Wahai Tuhanku!
Kasihanilah
mereka berdua sebagaimana mereka
telah memelihara dan
mendidikku
semasa kecil.”
(Surah al-Israa, ayat 24)
Sumber
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
“Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya
Wa Lil Mu’miniina Yauma Yaquumul-hisaab”
“Ya Tuhan kami,
berilah keampunan
kepadaku dan
kedua-dua ibu bapaku dan sekalian
orang-orang mukmin pada
hari
terjadinya hisab (hari kiamat)”
“O Our Lord!
forgive me, and my parents,
and all the Muslims on the day when
the account will be established.”