:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Khamis, 11 Ogos 2011

Solat dalam keadaan mengantuk





Diriwayatkan dari Anas r.a:

“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

“Apabila seseorang mengantuk

ketika sedang mengerjakan solat

hendaklah ia tidur terlebih dahulu

hingga ia mengerti

apa yang ia katakan

(atau ia bacakan).”


(al-Bukhari)


Huraian:

Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika. Selepas itu bangun dan ambillah wudhu’ dan tunaikan solat.


Ingat!


Jangan terus tertidur.


Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan. Solat seperti ini boleh membawa kepada batal.



Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu’ semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.




“Bahawasanya Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam melihat seorang

lelaki yang tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam

sujudnya, sedang dia lagi bersolat. Maka berkatalah Rasulullah

s.a.w.:"Sekiranya orang ini mati dalam keadaan begini, matilah

dia di luar agama Muhammad.





Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam berkata: "Perumpamaan orang yang

tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam

sujudnya, adalah seumpama orang lapar memakan sebiji atau

dua biji kurma yang tiada mengenyangkan

(tiada memberi faedah apa-apa baginya).”






Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...