:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Ahad, 6 Mac 2011

Kesempatan taubat tanda kasih Allah








Kesempatan taubat


tanda kasih Allah





MANUSIA sememangnya diketahui tidak akan lepas daripada melakukan kesilapan hingga mendatangkan dosa, sama ada kecil mahupun besar.

Ini kerana, walaupun diberikan akal untuk menilai dan berfikir baik serta buruk sesuatu perkara, pada masa sama manusia turut dikurniakan dengan nafsu.


Kisah antara akal dan nafsu ini dapat dilihat menerusi hadis riwayat Muslim yang menerangkan bagaimana Allah SWT mencipta kedua- duanya dan berfirman kepada akal dan nafsu.

Firman Allah SWT: “Wahai akal! Mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap ke depan Allah SWT yang kemudian berfirman: “Wahai akal! Siapakah aku dan siapa pula engkau?” Lalu akal berkata: “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.” Lantas Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai akal! Tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.” Setelah itu, Allah SWT menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya yang bermaksud: “Wahai nafsu, mengadaplah kamu.” Nafsu tidak menjawab, sebaliknya mendiamkan diri.


Kemudian Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?” Lalu nafsu berkata: “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.” Kerana jawapannya itu, Allah SWT mencampakkan nafsu ke dalam neraka Jahim dan mengeluarkannya selepas 100 tahun diseksa lalu Allah berfirman: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?” Dijawab oleh nafsu: “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.” Lalu Allah SWT menyeksa nafsu dalam neraka Juu’ (lapar) selama 100 tahun tanpa makanan dan minuman.


Setelah dikeluarkan, Allah SWT berfirman: “Siapakah engkau dan siapakah Aku?” Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata: “Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku.” Kita dituntut berpuasa kerana ia satu-satunya cara untuk mengekang nafsu daripada menguasai diri manusia.


Bagaimanapun jelas di sini, nafsu memang banyak memainkan peranan dalam perbuatan manusia tetapi selagi roh tidak berpisah daripada badan, manusia diberi peluang untuk bertaubat sebagai tanda betapa kasihnya Allah pada hamba-Nya.


Atas sebab itu juga, syarat utama taubat adalah memohon keampunan daripada dosa dilakukan, yakni meninggalkan segala dosa, berazam tidak mengulangi dosa itu lagi dan menyesali segala dosa dilakukan.

Jika ada dosa berhubung dengan manusia, hendaklah diminta maaf daripada orang berkenaan. Jika hak orang diambil, hendaklah dikembalikan.


Seandainya sukar melakukan demikian, hendaklah didoakan orang dianiaya itu dengan memohon ampun baginya.


Sebagai orang Islam, apabila melakukan dosa besar, menjadi kewajipan baginya untuk bertaubat.


Hukum bertaubat adalah wajib, iaitu berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat sebenarnya.” (Surah An-Nur, ayat 31) Bagi orang yang bertaubat nasuha menurut syarat yang ditetapkan, taubatnya akan diterima Allah SWT selagi kesempatan bertaubat masih diberikan kepadanya (selagi pintu taubat terbuka).


Sesungguhnya Allah SWT cinta kepada orang yang bertaubat dan segala dosanya akan diampunkan, seperti mana firman-Nya: “Allah cintakan orang yang bertaubat dan cintakan orang bersuci.” (Surah Al-Baqarah, ayat 22) Rasulullah SAW turut menekankan perkara ini dengan sabdanya yang bermaksud: “Orang yang bertaubat daripada dosanya samalah seperti orang yang tidak berdosa.”




Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Pedoman_KesempatantaubattandakasihAllah/Article/artikelMA

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...