:)

Zikrullah Photobucket http://memyselfanis.files.wordpress.com/2010/07/380103_298x412.gif

Sahabat Maya

" Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan itu menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hal akhirat itu adalah menyinarkan hati "

Sabtu, 4 Januari 2014

Mengimarahkan ucapan salam



Mengimarahkan ucapan salam


 



KEHIDUPAN manusia 
tidak dapat tidak, memerlukan
 penghormatan. Sikap hormat-menghormati
sesama insan adalah asas kepada 
pembentukan masyarakat harmoni 
dan sejahtera. Ia juga adalah tunjang
 untuk melahirkan masyarakat yang
 makmur dan utuh tali persaudaraan.




Firman Allah SWT dalam 
surah an-Nisaa 
ayat 80 yang bermaksud: 



" Dan apabila kamu 
diberikan penghormatan
 dengan sesuatu ucapan
 (memberi salam) maka
 balaslah penghormatan itu
 dengan yang lebih baik 
daripadanya dengan 
cara yang sama. 
Sesungguhnya Allah
 sentiasa menghitung 
tiap-tiap sesuatu. "





Pada era jahiliah, masyarakat
 pada masa tersebut memberi 
 penghormatan dengan ucapan 
hayyakallah apabila berjumpa
 sesama mereka. Perkataan ini
 bermaksud "Moga Tuhan memelihara
 hidup kamu dan memanjangkan 
umur kamu."





Fadilat ucapan salam telah
 banyak kali dirakamkan di
 dalam al-Quran, antaranya
 firman Allah SWT di dalam 
surah ar-Ra’d ayat 23 dan 24 
yang bermaksud: 




" Syurga-syurga yang kekal,
 yang akan mereka masukinya
 bersama-sama orang-orang 
yang beramal soleh
 daripada ibu bapa, isteri 
dan anak-anak mereka, 
sedang para malaikat pula
 akan masuk kepada mereka 
dari tiap-tiap pintu
 (memberi hormat dengan berkata):
 Selamat sejahteralah kamu
 dengan berpanjangan
 disebabkan 
kesabaran kamu. "





Allah SWT melihat segala
 tindak-tanduk dan perilaku
 hamba-hamba-Nya termasuklah
 dalam etika perhubungan dan pergaulan 
sesama mereka. Semuanya tidak 
terlepas daripada mendapat hitungan
 Allah SWT. Ayat di atas memberi 
penekanan agar kita mengambil berat 
tentang cara kita berhubungan dengan
 cara lebih baik, berkesan dan diberi 
pula ganjaran daripada-Nya.






Posisi istimewa







Salam berada pada posisi istimewa
 dalam amalan hidup umat Islam. 
Rasulullah SAW pernah menyatakan
 hal ini melalui sebuah hadis riwayat
 Abdullah bin Salam yang
 bermaksud: 




" Wahai manusia, 
sebarkanlah salam, 
 berilah makan, 
hubungkanlah silaturrahim dan
 bangunlah solat malam 
pada masa manusia sedang
 nyenyak tidur, nescaya kamu 
akan masuk syurga dengan 
 selamatnya. "




Hukum mengucapkan salam 
adalah sunat, manakala menjawabnya
 adalah wajib. Seseorang Islam
 yang tidak menjawab salam
 dianggap sebagai satu penghinaan
 kepada orang yang memberi salam.
 Menjauhkan diri daripada
 perbuatan hina adalah
 wajib di sisi Allah SWT. 














Ahad, 29 Disember 2013

Beribadat ikut kemampuan diri

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOpJwrdB_bdx4eIj7emlrhJSd4GsJRvxpDz4ioq7vvMHFx0zT28GKEtzcC-wdjfbR-oVbhP7NY6p-yCzqgB36HRMvBOV_owm1cnfQDCnAICxq9HAGKnlk1xM85nl8Lj47NSCEKrLIrKqk/s1600/ikrarku.JPG

Beribadat ikut kemampuan diri

Abu Juhaifah, nama sebenarnya Wahab bin Abdullah berkata, "Nabi Muhammad mempersaudarakan antara Salman dengan Abu Darda’. Salman melawat Abu Darda' dan dia melihat Ummu Darda' (isteri Abu Darda') berpakaian selekeh. Dia bertanya: Mengapa puan? Ummu Darda’ menjawab: Saudara kamu Abu Darda’ itu tidak mahukan dunia lagi.
 
 
 


Kemudian Abu Darda’ datang lalu menyediakan makanan untuk Salman. Abu Darda’ berkata kepadanya: Makanlah, saya puasa. Salman berkata: Saya tidak makan sehinggalah saudara makan. Abu Darda’ pun makan. 
 
 
 
 
 

Apabila tiba waktu malam, Abu Darda’ hendak bangun. Salman berkata kepadanya: Tidurlah. Abu Darda’ pun tidur semula. Kemudian Abu Darda’ hendak bangun lagi. Salman berkata kepadanya: Tidurlah. Abu Darda’ pun tidur semula. 
 
 
 

Nabi Muhammad SAW bersabda:



“Agama Islam mudah.Sesiapa yang menyusahkan agama, dia pasti kalah. Oleh itu, saudara bersederhanalah, buatlah yang paling hampir jika tidak mampu buat yang paling sempurna, berilah berita gembira dan mintalah pertolongan Allah dengan beribadat waktu pagi, petang dan akhir waktu malam.”



(Riwayat Bukhari)






Apabila tiba waktu penghujung malam, Salman berkata kepada Abu Darda’: Bangunlah sekarang. Mereka berdua bersembahyang jemaah bersama.
 
 
 
 


Kemudian Salman berkata kepadanya:
 Saudara ada tanggungjawab kepada Tuhan yang mesti saudara tunaikan, saudara ada tanggungjawab kepada diri saudara yang mesti saudara tunaikan, dan saudara ada tanggungjawab kepada keluarga saudara yang mesti saudara tunaikan. Oleh itu, saudara tunaikanlah tanggungjawab kepada setiap yang berhak itu.
 
 
 


" Kemudian Salman datang
 berjumpa Nabi Muhammad
 dan memberitahu baginda
 apa yang berlaku. 
Nabi Muhammad berkata:
 Salman betul.”
 
 (Riwayat Bukhari)
 
 


Agama Islam mudah
 
 
 

Abu Hurairah berkata, 
Nabi Muhammad SAW bersabda:
 
 
 
 “Agama Islam mudah.
 Sesiapa yang
 menyusahkan agama,
 dia pasti kalah. Oleh itu,
 saudara bersederhanalah,
 buatlah yang paling hampir
 jika tidak mampu buat 
yang paling sempurna,
 berilah berita gembira dan
 mintalah pertolongan Allah
 dengan beribadat waktu pagi, 
petang dan akhir waktu malam.” 
 
(Riwayat Bukhari) 
 
 
 
 


Perselisihan yang berlaku disebabkan wujud kumpulan yang cenderung menekan pihak lain yang tidak sefahaman dengan mereka dalam ibadat sedangkan umat Islam dinasihatkan supaya bersederhana dalam melakukan ibadat mengikut kemampuan diri.
 
 
 
 


Allah SWT berfirman
 yang bermaksud:
 
 
 
 “Allah menghendaki kamu
 beroleh kemudahan dan Dia 
tidak menghendaki kamu
 menanggung kesukaran.” 
 
 
(Surah al-Baqarah, ayat 185) 
 
 
 
 
 
 
Sumber



 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...