Rabu, 31 Disember 2014
Isnin, 22 Disember 2014
:)
Dari Anas bin Malik,
beliau berkata bahawa :-
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa,
wa anta taj’alul hazna
idza syi’ta sahlaa.”
(Ya Allah!
Tiada kesenangan kecuali
yang Dikau
permudahkan;
Dan Dikaulah
menjadikan kesedihan (kesukaran),
jika Dikau mengkehendakinya pasti akan
menjadi mudah.)”
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya (3/255).
Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi ‘Umar, Ibnus Sunni dalam ‘Amal Yaum wal
Lailah’. (Jaami’ul Ahadits, 6/257, Asy Syamilah). Sanad hadis ini sahih sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Syu’aib Al
Arnauth dalam tahqiqnya terhadap Sahih Ibnu Hibban.
bahawa sesiapa yang sentiasa
bertawakkal pada Allah سبحانه وتعالى,
maka
Allah سبحانه وتعالى akan
memudahkan setiap urusannya.
Hati
seharusnya bersandar pada
Yang Maha Khaliq iaitu
Allah سبحانه وتعالى.
Sabtu, 20 Disember 2014
:)
Sabda Rasulullah saw :
“Barangsiapa
yang beriman pada ALLAH
dan hari akhirat maka hendaklah
berkata baik atau lebih baik diam.”
(HR Bukhari dan Muslim)
“Seorang yang beriman
dengan orang beriman yang lain
adalah ibarat binaan yang saling
mengukuhkan antara satu sama lain.”
(Al-Bukhari dan Muslim)
Nabi SAW bersabda :
“Doa itu adalah ibadah”
(Sahih. Abu Dawud dan Al-Tirmizi).
Maka jangan sesekali kita berdoa
kecuali hanya kepada Allah SWT.
Seperti mana perintah Allah
di dalam Al-Quran :
“Dan Tuhanmu berfirman:
“Berdoalah kepadaKu,
nescaya akan Aku
perkenankan bagimu.”
(Surah Ghafir: 60)
Ketahuilah, yang mampu menolong kita hanyalah
Allah SWT kerana Dia adalah Tuhan sekalian alam yang telah
menciptakan langit dan bumi, bahkan segala urusan tadbir
di dalam alam ini adalah di bawah kekuasaanNya.
Tiada Tuhan yang lain, tiada kuasa yang lain melainkan
kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,
Rasulullah SAW bersabda :
“Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu.”
Jagalah hubungan kita dengan Allah;
maksudnya hendaklah di dalam urusan ibadah,
hanya kita berikan kepada yang selayaknya iaitu Allah,
tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain.
Rasulullah SAW mengatakan kalau kita menjaga
hubungan kita dengan Allah, nescaya Allah akan
menjaga hubunganNya dengan kita.
Rasulullah melanjutkan,
“Jika kamu memohon, maka mohonlah daripada Allah.
Dan jika kamu meminta pertolongan, maka mintalah
pertolongan daripada Allah.”
Rasullah mengatakan lagi dalam hadis yang sama,
“Dan ketahuilah,
sekiranya semua manusia
di permukaan bumi ini berkumpul untuk
memberikan
kamu satu manfaat nescaya mereka
tidak akan dapat memberikan manfaat
itu
melainkan dengan sesuatu yang Allah
tetapkan bagimu. Dan sekiranya
semua manusia
berkumpul untuk memberikan kamu satu mudarat,
mereka tidak
akan dapat memudaratkanmu kecuali
dengan sesuatu yang telah Allah
tetapkan ke atasmu.”
(Sahih. Riwayat Ahmad)
Nabi SAW mengajarkan doa
yang dibaca pada pagi dan petang,
meminta kepada Allah supaya jangan
menyerahkan urusan kita kepada diri kita sendiri.
“Wahai (Allah) Yang Maha Hidup,
Yang Maha Terjaga,
dengan rahmatMu
Aku meminta pertolongan,
perbaikilah urusanku seluruhnya,
dan janganlah Engkau serahkan aku
kepada diriku sendiri
walau sekelip mata.”
(Sahih. Al-Hakim)
Langgan:
Catatan (Atom)