Waktu yang sesuai dan makbul
untuk kita berdoa, sebagaimana
di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-
ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر
والمسافر حتى يرجع
Ertinya
:
" Tiga yang menjadi
hak Allah
untuk tidak menolak
doa mereka,
orang
berpuasa
sehingga berbuka,
orang yang dizalimi
sehingga dibantu,
dan
orang bermusafir
sehinggalah ia pulang"
(Riwayat Al-Bazaar)
Hadis lain yang
hampir sama maksudnya menyebutkan :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم
Ertinya
:
" Tiga yang tidak ditolak
doa mereka, orang berpuasa
sehingga berbuka,
pemerintah yang adil dan
doa orang yang dizalimi"
( Riwayat At-Tirmizi,
Ibn Majah,
Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ;
Hadis Hasan menurut
Imam
At-Tirmidzi dan Ibn Hajar,
sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.