Daripada Abu Hurairah,
katanya Nabi SAW bersabda:
"Sesiapa yang
tidak
meninggalkan percakapan
bohong dan berkelakuan buruk
sedangkan ia
berpuasa,
baginya tidak ada kelebihan
(pahala) di sisi Allah selain
daripada
lapar dan dahaga
saja didapatinya.”
(Riwayat al-Bukhari)
Daripada Abu Hurairah,
katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila
seseorang kamu berpuasa,
janganlah ia bercakap
perkara-perkara yang
kotor dan sia-sia,
dilarang juga bertengkar
dan memaki hamun.
Apabila ia dimaki hamun
oleh seseorang atau pun
diajak bermusuhan
maka hendaklah ia berkata:
Sesungguhnya aku
berpuasa hari ini.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.