Khutbah Jumaat:
Ramadan ruang buat kebajikan
Masa sesuai tarbiah diri
lakukan perubahan
Kita sudah menghampiri
pertengahan Ramadan yang
penuh keberkatan. Pastinya
kita
telah mengorak langkah dan
mencapai kenikmatan mengerjakan
ibadah
termasuk solat sunat Tarawih.
Namun, langkah yang telah
dimulakan harus
sentiasa
dikemas kini.
Firman Allah yang bermaksud:
“Oleh itu bertakwalah kamu
kepada Allah sedaya upaya kamu;
dan dengarlah serta taatlah;
dan membelanjakan harta kamu
(di jalan kebaikan) adalah baik
untuk diri kamu. Dan sesiapa
yang menjaga dirinya daripada
dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya,
maka merekalah orang
yang berjaya.”
(Surah at-Taghaabun, ayat 16)
Apakah kita semakin berasa
kelazatan dalam beribadah dan
kehidupan semakin berubah
mengikut panduan Ramadan
yang berkat,
seterusnya mendapat
maghfirah dan rahmat Allah SWT.
Selari keberkatan
bulan penuh
rahmat ini, Allah SWT menjanjikan
ganjaran pahala berlipat
ganda
untuk mereka yang sentiasa mencari
dan mendekatkan diri
kepada
Allah SWT.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Sesiapa yang beramal
salih,
dari lelaki atau perempuan
sedang ia beriman, maka sungguh
Kami
akan menghidupkan dia
dengan kehidupan yang baik;
dan sesungguhnya Kami
akan
membalas mereka, dengan pahala
yang lebih baik dari apa yang
mereka
telah kerjakan.”
(Surah an-Nahl, ayat 97)
Bagaimanakah untuk meraih
ganjaran pahala yang hebat itu?
Kita hendaklah mempunyai
keinginan
dan keazaman kuat. Keinginan ini
harus disokong dengan
pengetahuan
yang benar dan penghayatan terhadap
nilai sesuatu amalan
berlandaskan ajaran Islam.
Contohnya, bagi
menggalakkan umat
Islam
berpuasa Ramadan, kita dituntut
menunaikannya dengan iman dan
ihtisab iaitu menjiwai ganjarannya.
Menjalani latihan dalam
tempoh masa berterusan. Sedarlah,
kita sebenarnya diberi satu tempoh
yang mencukupi untuk faedah
jasmani
dan rohani. Latih tubi
pelbagai aktiviti sama ada
yang fardu atau sunat
yang kita
jalani setiap waktu perlu
dilaksanakan dengan semangat.
Yakinlah hasil daripada
latihan ini, kita diberikan bekalan
dan
tenaga yang mampu untuk
dimanfaatkan dalam mengharungi
liku-liku
kehidupan. Jika nikmat
dikecapi tanpa henti itu adalah
maghfirah dan
keampunan Allah,
sudah pasti tiada ruang untuk
tabiat buruk menguasai
diri seseorang.
Puasa Ramadan mengandungi
didikan untuk setiap
lapisan masyarakat
merangkumi tarbiah zahir dan batin.
Umat Islam yang
ingin melakukan
perubahan sebenarnya bukan bersendirian,
tetapi bersama
orang lain yang inginkan
perubahan ke arah kebaikan.
Keprihatinan satu pihak
terhadap pihak lain dalam ujian
yang dihadapi
dapat meringankan
bebanan seterusnya membantu mereka
merebut rahmat
Allah dan keampunanNya
pada bulan mulia ini.
Ketahuilah takwa adalah hasil
yang diharapkan daripada amalan
pada Ramadan. Ia akan
menjadi
bekalan orang beriman dan
perisai supaya manusia tidak
terjebak
dalam jurang maksiat
serta kejahatan.
Usahlah kita lalai dan leka
daripada memanfaatkan bulan
yang hanya tiba sekali dalam setahun
ini kerana kita tidak tahu bila ajal akan
menjemput. Bayangkanlah,
apakah nasib
dan balasan yang akan diterima jika kita
menemui ajal dalam
keadaan lalai
serta tidak sempat bertaubat.
Maka, bagi orang yang
bertakwa kepada Allah SWT,
ia akan melaksanakan ajaran Islam
secara
menyeluruh.
Dia tidak akan melihat, mendengar,
mengucapkan dan
melakukan perkara
yang diharamkan. Dia juga
tidak akan membiarkan
maksiat berterusan.
Takwa bukan perkara mudah dicapai
Percayalah, takwa yang menjadi
tujuan utama kita berpuasa bukan
perkara mudah yang hendak dicapai.
Bahkan sahabat pun melahirkan
kerisauan membentuk sebenar-benar
takwa sehingga turun ayat al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud:
“Oleh itu
bertakwalah kamu kepada Allah
sedaya upaya kamu; dan
dengarlah serta taatlah; dan
membelanjakan harta
kamu
(di jalan kebaikan) adalah baik
untuk diri kamu. Dan sesiapa
yang
menjaga dirinya daripada
dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya,
maka
merekalah orang
yang berjaya.”
(Surah at-Taghaabun, ayat 16)
Walaupun bulan impian ini
kelihatan memberi kesukaran dan
ujian berat
kepada umat Islam,
tetapi ia adalah anugerah Allah
kepada hamba-Nya
untuk mencari
maghfirah sebagai satu inspirasi kehidupan.
Penuhilah
ruang dan masa sepanjang
bulan ini dengan perkara kebajikan,
kebaikan
dan berpahala.
.. picture from google :)..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.