Kelebihan membaca, hafal al-Quran
Kita diperintahkan
sentiasa membaca al-Quran
supaya boleh
menghafalnya.
Jika meninggalkan bacaan al-Quran
nanti terlupa hafalan
itu.
Abu Musa berkata,
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Hendaklah
saudara semua
sentiasa membaca al-Quran.
Demi Allah, sebenarnya al-Quran
lebih mudah terlepas daripada
ingatan saudara berbanding
seekor unta
yang sedang
ditambat.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Orang
yang menghafal
al-Quran umpama seekor unta
yang ditambat. Jika terus
ditambat, ia tidak lari.
Jika talinya
penambat dilepaskan,
unta itu pun
lari.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang mahir
membaca al-Quran bersama
dengan malaikat yang mulia,
manakala orang yang
membaca al-Quran dengan
tergagap-gagap dan
bersusah payah mempelajarinya
mendapat dua pahala.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Musa al-Asy’ari berkata,
Rasulullah SAW bersabda:
“Orang
beriman
yang suka membaca al-Quran
ibarat seperti buah utrujah.
Ia
berbau wangi dan
sedap rasanya.
Orang beriman yang
tidak suka membaca
al-Quran
pula umpama buah kurma.
Ia tidak berbau,
tetapi manis rasanya.
Orang munafik yang suka
membaca al-Quran tidak ubah
seperti minyak
wangi.
Ia berbau wangi tetapi
rasanya pahit, manakala
orang munafik yang
tidak suka
membaca al-Quran pula
sama seperti rumput hanzhalah.
Ia
tidak berbau dan
pahit rasanya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Barra’ bin ‘Azib berkata:
“Ada seorang lelaki
sedang membaca surah
al-Kahfi.
Di sisinya ada seekor kuda
yang diikat dengan dua utas tali.
Kelihatan awan melindunginya.
Tiba-tiba bayangan awan
menghampiri kuda
itu.
Kuda itu cuba melarikan diri
daripada bayangan awan.
Pagi esoknya
lelaki berkenaan
menceritakan peristiwa itu
kepada Nabi Muhammad SAW.
Selepas mendengar
cerita lelaki itu,
Nabi Muhammad SAW berkata:
Awan itu
menggambarkan
ketenangan yang diturunkan
oleh Allah kepada saudara
kerana saudara
membaca al-Quran.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Aisyah berkata,
Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang mahir
membaca
al-Quran bersama
dengan malaikat yang mulia,
manakala orang yang membaca
al-Quran dengan tergagap-gagap
dan bersusah payah mempelajarinya
mendapat dua pahala.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.