Hadis:
Daripada Abu Hurairah RA
bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda:
"Sesiapa yang
mendirikan solat (Tarawih)
pada malam bulan Ramadhan
dengan
penuh keimanan dan
keikhlasan, maka Allah ampunkan
segala dosanya yang telah
lalu."
Huraian Hadis:
1.
Solat
Terawih adalah solat yang dilakukan
pada setiap malam di bulan Ramadhan
selepas
menunaikan solat Isyak dan
sebelum solat witir dan disunatkan
kepada kaum
lelaki dan juga wanita.
2.
Nabi
Muhammad SAW menggalakkan
kaum muslimin para sahabat dan tabi’in
selepas
baginda supaya mengerjakannya.
Ia adalah antara syi’ar di bulan Ramadhan
yang
mempunyai fadhilat yang
amat besar di sisi Allah.
3.
Bilangan
rakaat solat Tarawih
ialah 11 rakaat termasuk witir.
Pada zaman Umar bin
al-Khattab RA
orang ramai menunaikan solat Tarawih
sebanyak 23 rakaat
(ia
itu 20 rakaat Tarawih
dan 3 rakaat Witir).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.