Rabu, 17 Julai 2013

:)..Ramadan sarat ganjaran





Ramadan sarat ganjaran


Rasulullah SAW 
bersabda bermaksud: 





"Barang siapa
 yang gembira dengan datangnya
 bulan Ramadan, Allah
 haramkan jasadnya daripada
 sentuhan api neraka." 







Safwak Sa'adallah al-Mukhtar
 menceritakan, pada suatu hari ada
 sepasang suami isteri yang kaya raya 
sedang makan bersama-sama di rumah mereka.

Tiba-tiba pintu rumah diketuk seseorang. 
Setelah dibuka ternyata seorang 
pengemis meminta-minta. 






Melihat pengemis itu, isterinya
 sangat kasihan dan hiba dan
 ingin memberikan sesuatu.

Dia meminta izin daripada
 suaminya bolehkan dia memberikan
 sesuatu kepada pengemis itu.






Suaminya dengan
 suara kasar berkata:
 "Usir sahajalah, tutup pintu itu
 dan mari makan." 






Setelah masa berlalu,
 kehidupan keluarga itu 
mengalami masa suram. 
 Perusahaan makin merosot dan 
menanggung banyak hutang. 
Keluarga itu jatuh miskin,
 rumah tangga mereka kelam kabut 
sehingga berlaku perceraian. 






Kata Safwak, suaminya
 sangat menderita dan bekas isterinya
 itu berkahwin pula dengan seorang 
pengusaha kaya dari daerah lain. 







Pada suatu hari, 
ketika pasangan suami isteri 
yang baharu itu sedang makan 
bersama-sama, tiba-tiba pintu
 rumah diketuk.

Setelah dibuka, ternyata yang
 datang itu seorang pengemis 
yang meminta belas kasihan. 







Wanita (isterinya) masuk 
dan meminta izin pada suaminya: 
"Bolehkah saya memberikan 
sesuatu kepada pengemis itu?"

Lalu dijawab suaminya:
 "Boleh, boleh... berilah dia makan. 
Mana tahu dia sangat lapar dan 
berjalan dari daerah yang jauh." 







Setelah pengemis itu diberi makan, 
alangkah terkejutnya si isteri, 
 kerana ternyata yang dia beri
 makan itu adalah bekas suaminya.

Dia menangis kerana merasa
 prihatin dan hiba. Melihat keadaan itu,
 si suami dengan hairan lalu bertanya: 
"Mengapa engkau menangis isteriku,
 adakah saya salah kalau menyuruhmu 
memberi makan kepada pengemis itu?"






Isterinya menggeleng kepala
 dengan nada sedih teresak-esak
 lantas berkata: 
"Saya sangat beruntung mendapatkan 
suami yang baik sepertimu. 
Namun saya sedih melihat perjalanan
 takdir hidup bagi seseorang yang
 sungguh menakjubkan hati,
 maafkan saya." 






Akhirnya si isteri berkata:
 "Tahukah engkau suamiku, 
siapa pengemis yang kita beri 
makan di luar itu? Dia adalah
 bekas suamiku yang pertama dahulu."

Mendenar kata-kata itu, 
suaminya terkejut namun tetap
 memperlihatkan sikap arif. 






Beberapa saat kemudian,
 suaminya bertanya: 
"Tahukah engkau, siapa saya
 yang saat ini menjadi suamimu ini?"
 Isterinya menjawab, 
"Tidak tahu."






Kemudian suaminya berkata:
 "Suamimu ini adalah pengemis
 yang pernah diusir dahulu oleh 
bekas suamimu dan Allah berikan
 kepadaku rezeki hingga aku punya
 harta dan memberi pula rezeki-Nya 
hingga kita pun dipertemukan Allah 
dalam satu ikatan akad sebagai
 suami isteri yang insya-Allah 
mawaddah wa rahmah." 






Kisah di atas mengajar kita 
bahawa hidup dan kehidupan ini 
sesungguhnya seperti roda. 






Kerap kali kita menyangka
 bahawa apa yang kita peroleh
 hari ini tidak akan berubah esok atau
 lusa tetapi tidak mustahil juga 
hilang dalam sekelip mata.






Hanya kerana kecuaian dan
 keangkuhan kita terhadap 
sesama insan, kita menutup pintu
 pada orang yang miskin dan kelaparan. 
Natijahnya, tertutup pintu
 rezeki rezeki kita.







Dalam al-Quran dinyatakan: 



"Dalam harta kamu ada 
hak peminta-minta (sedekah)."







Ibadat puasa mendidik kita 
bahawa sesuatu yang diberikan,
 waima seteguk air, sesuap nasi atau 
seulas kurma akan menjadikan kita
 tetap kaya dalam erti nilaian pahala
 berlipat kali ganda di sisi Allah SWT.

Ibadat puasa dapat menambah
 apa yang ada, menutupi kekurangan
 serta membuka pintu rahmat, rezeki,
 berkat dan hikmah Allah SWT. 





Untuk mendapatkan apa
 yang kita perlukan, maka berpuasalah
 untuk mendapat kemaafan Allah.






 Berpuasalah untuk 
memperoleh syurga. 
Bahkan untuk memohon
 segala hajat
 kepada Allah
 maka berpuasalah.



Ibnu Abbas RA berkata:




 "Aku pernah mendengar 
Rasulullah SAW bersabda 
 bermaksud 'andai umatku
 tahu tentang rahsia yang 
terkandung dalam Ramadan,
 pasti mereka mengharap 
seluruh bulan dalam setahun
 menjadi bulan Ramadan, 
sebab Ramadan menghimpun
 segala kebaikan, doa-doa 
yang mustajab (dipenuhi), 
dosa mereka diampunkan dan
 syurga merindukan mereka."


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_JZ-yT1Z9p-DFcrNlis6oFh5O38QTkCrfWpL5WEuvB_jT6qKjgJOpVLkMlxXHjXf9FixLVRgEqJSahOIzOXZ3MjMnJEI8xAah83q0t_BsaIL8BRp8vTZR3hG72rYM_L8uiDM0cfE-nq8U/s320/animasi+ramadhan1.gif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.