Ahad, 3 Jun 2012

Cincin Raja




Al-Ghazali bercerita dalam Ihya' Ulum al-Din

bahawa seorang raja meminta penasihatnya

untuk membuatkan sebuah alat dengan fungsi khas.





Alat ini mestilah dapat menghilangkan

kesedihan baginda apabila ditimpa musibah,

dan menghalang baginda daripada

berlagak sombong apabila mendapat kesenangan.




Tidak lama kemudian,

penasihat yang bijaksana itu mempersembahkan

sebentuk cincin dan meminta baginda

untuk selalu memakainya.




Beliau juga berpesan agar baginda memandang

cincin itu setiap kali berada

dalam kesenangan mahupun kesedihan.

Kata beliau,

jika baginda melakukannya, kesedihan itu

pasti hilang dan kesombongan

tidak akan pernah datang.





Tiada keistimewaan pada cincin itu

dari segi bahan ataupun bentuknya.

Ia hanya cincin biasa yang dibuat daripada

besi. Namun kalimat

yang terukir di atasnya sungguh

luar biasa.



" INI PASTI BERAKHIR "






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.