"dan sesiapa
yang mengerjakan amal soleh,
dari lelaki atau perempuan,
sedang ia beriman,
maka mereka itu
akan masuk syurga,
dan mereka pula
tidak akan dianiaya
(atau dikurangkan balasannya)
sedikitpun".
(an-Nisaa' : 124)
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
Akhlak Wanita
Dari Asma’ binti Yazid, bahwa Rasulullah SAW keluar menemui para wanita di dalam masjid. Aku juga ada ditengah mereka. Beliau mendengar perkataan mereka. Lalu beliau bersabda,
“Wahai para wanita, kalian adalah mayoritas kayu bakar neraka.”
Aku berseru kepada beliau, dan aku termasuk wanita yang berani berkata dihadapan beliau,
“Wahai Rasulullah, mengapa begitu?”
Beliau menjawab,
“Sebab kalian tidak bersyukur jika diberi,
kalian tidak sabar jika tidak ditimpa musibah
dan kalian mengeluh jika tidak diberi rezeki.
anganlah kalian mengingkari orang-orang
yang telah memberi nikmat.”
Aku bertanya,
“Wahai Rasulullah,
bagaimana mengingkari orang-orang
yang telah memberi nikmat itu?”
Beliau menjawab,
“Seorang wanita menjadi isteri seorang laki-laki
dan sudah melahirkan dua atau tiga anaknya,
lalu dia berkata kepada suami,
’Aku tidak melihat satu kebaikan pun pada dirimu’.”
(Diriwayatkan Ath-Thabrany, di dalamnya ada
Syahr bin Hausyab,
dia dha’if dan sebagian ada yang mentsiqatkanya).
Berbuat Baik kepada Wanita
Rasulullah SAW bersabda,
“Siapa yang mempunyai tiga anak putri lalu dia bersabar atas cubaan, kesempitan dan kelapangan mereka,
maka Allah memasukkannya ke dalam surga,
kereana kasih sayangnya kepada mereka.”
Seseorang bertanya,
“Bagaimana dengan dua anak puteri wahai Rasulullah?”
Beliau menjawab,
“Begitu pula dengan dua anak puteri.”
Ada pula yang bertanya,
“Bagaimana dengan satu anak puteri ".
(Diriwayatkan Al-Hakim dan dia menshahihkannnya).
Ibnu Hiban meriwayatkan di dalam Shahih-Nya,
bahwa Rasulullah SAW bersabda,
“Siapa yang mengasuh dua atau tiga orang anak puteri,
dua atau tiga orang saudara puteri,
hingga mereka menikah atau dia mati meninggalkan mereka,
maka aku dan dia berada disyurga seperti dua jari ini”,
Lalu beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah.
Ath-Thabrany dan Asy-Syaikhany mentakhrij yang serupa dengan ini,
“Tangan yang diatas
(yang memberi)
lebih baik daripada tangan
yang dibawah (yang diberi),
dan mulailah dari orang-orang
yang seharusnya engkau
cukupi keperluannya,
iaitu ibumu, ayahmu, saudaramu laki-laki dan wanita,
orang yang lebih dekat dengan dirimu,
lalu berikutnya lagi.”
Abu Daud dan Al-Hakim meriwayatkan,
“Siapa yang memiliki anak puteri dan dia tidak menguburnya hidup-hidup
dan tidak mendahulukan kepentingan anak laki-laki daripada dirinya,
Maka Allah memasukkannya kedalam surga.”
(Az-Zawajir, 2/54)
Wasiat Rasulullah tentang Wanita
Rasulullah SAW bersabda,
" Carilah nasihat tentang wanita,
kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk,
dan sesungguhnya yang paling bengkok dari
tulang rusuk ialah yang paling tinggi.
Jika engkau berkeras meluruskannya,
tentu engkau akan mematahkannya
dan jika engkau membiarkannya,
maka ia tetap saja bengkok.
Maka carilah nasihat tentang wanita.”
(Diriwayatkan Al-Bukhary dan Muslim)
Dalam riwayat Muslim disebutkan,
“Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk.
Sekali-kali engkau dapat meluruskannya dengan cara apapun.
Jika engkau merasa puas dengannya, maka engkau akan merasa puas dengannya dan pada dirinya tetap ada yang bengkok,
dan jika engkau berkeras meluruskannya,
tentu engkau akan mematahkannya,
dan patahnya ialah talaknya.”
Dalam riwayat Ibnu Majah disebutkan,
“Ingatlah
carilah nasihat yang baik bagi manusia,
kerana mereka merupakan tawanan disisi kalian.
Kalian tidak berkuasa sedikit pun terhadap mereka
selain yang demikian itu,
kecuali jika mereka melakukan kekejian secara nyata.
Jika mereka melakukannya,
maka hindarilah mereka di tempat tidur
dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan.
Jika mereka mentaati kalian,
maka janganlah kalian mencari-cari jalan
untuk menyempitkan mereka.
Ingatlah,
sesungguhnya kalian mempunyai hak
atas isteri kalian dan isteri kalian
mempunyai hak atas kalian.
Hak kalian atas mereka,
janganlah mereka membawa
orang yang tidak kalian sukai
ke tempat tidur kalian,
dan tidak diperkenankan bagi orang
yang kalian benci berada di rumah kalian.
Ingatlah,
hak mereka atas kalian,
ialah hendaknya kalian berbuat baik
kepada mereka dalam
pakaian dan makanan mereka.”
Dalam riwayat At-Thirmidzy disebutkan,
“Siapa yang mempunyai dua isteri
lalu dia tidak berbuat adil di antara mereka berdua,
maka dia datang pada hari kiamat,
sedang lambungnya dalam keadaan turun.”
(Az-Zawajir, Ibnu Hajar, 2/32).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.