Rabu, 18 Mei 2011

Rasulullah SAW dan sebiji limau.


Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW
didatangi oleh seorang wanita kafir.
Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.
Wanita itu membawa beberapa biji buah limau
sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik sungguh buahnya.
Siapa yang melihat pasti terliur.
Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW
seulas demi seulas dengan tersenyum.



Biasanya Rasulullah SAW akan makan
bersama para sahabat, namun kali ini tidak.
Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan.
Setiap kali dengan senyuman,
hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang,
diiringi ucapan terima kasih dari baginda.



Sahabat-sahabat agak hairan
dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya.
Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

"Tahukah kamu,
sebenarnya buah limau itu
terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.
Kiranya kalian turut makan bersama,
saya bimbang ada di antara kalian
yang akan mengenyetkan mata
atau memarahi wanita tersebut.
Saya bimbang hatinya akan tersinggung.
Sebab tu saya habiskan semuanya."



Begitulah akhlak Rasulullah SAW.
Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan
pemberian seseorang biarpun
benda yang tidak baik,
dan dari orang bukan Islam pula.
Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.
Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin
mempermain-mainkan Rasulullah SAW
dan para sahabat baginda
dengan hadiah limau masam itu.
Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya di'tewas'kan oleh
akhlak mulia Rasulullah SAW.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.