Allah s.w.t berfirman :
|
Maksudnya : (Al-Isra ': 1)" Maha Suci Allah s.w.t. yang telah memperjalankan hamba-Nya ( Nabi s.a.w)pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda ( kebesaran )Kami, Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui" |
Peristiwa Israk dan Mikraj
telah disebut dalam Al-Qur'an
dalam Surah Al Israa' ayat 1,
tafsirnya :
"Maha Suci Allah yang
menjalankan hamba-Nya
(Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam)
pada malam hari daripada Masjidilharam
di Mekah ke Masjidilaqsa
yang Kami berkati sekelilingnya,
untuk memperlihatkan kepadanya
kekuasaan dan kebesaran Kami.
Sesungguhnya
Allah jualah Maha Mendengar,
Lagi Maha Mengetahui."
Rentetan Peristiwa Israk Mikraj
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami
pembedahan dada / perut,
dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il.
Hati Baginda S. A. W..
dicuci dengan air zamzam,
dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu
tempat syaitan membisikkan was-wasnya.
Kemudian dituangkan
hikmat, ilmu, dan iman
ke dalam dada Rasulullah S. A. W.
Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan
dengan "khatimin nubuwwah".
Selesai pembedahan,
didatangkan binatang bernama Buraq
untuk ditunggangi oleh Rasulullah
dalam perjalanan luar biasa
yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk
(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu
Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani)
oleh malaikat Jibrail dan Israfil.
Tiba di tempat-tempat tertentu
(tempat-tempat yang mulia dan bersejarah),
Rasulullah telah diarah oleh Jibrail
supaya berhenti dan bersembahyang
sebanyak dua rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan ialah :
tempat di mana Rasulullah
akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina,
iaitu tempat Nabi Musa a. s.
menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham
(tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga
baginda Rasulullah S. A. W.
menghadapi gangguan jin 'Afrit
dengan api jamung dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik
yang amat ajaib.
Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam
dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai,
hasil (buah) yang baru keluar semula
seolah-olah belum lagi dituai.
Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail :
Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah"
yang digandakan pahala kebajikan
sebanyak 700 kali ganda bahkan
sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum.
Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail :
Itulah bau kubur Masyithoh
(tukang sisir rambut anak Fir'aun)
bersama suaminya dan anak-anak-nya
(termasuk bayi yang dapat bercakap
untuk menguatkan iman ibunya)
yang dibunuh oleh Fir'aun
kerana tetap teguh beriman kepada Allah
(tidak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang
memecahkan kepala mereka.
Setiap kali dipecahkan,
kepala mereka sembuh kembali,
lalu dipecahkan pula.
Demikian dilakukan berkali-kali.
Jibrail memberitahu Rasulullah:
Itulah orang-orang
yang berat kepala mereka
untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya
menutup kemaluan mereka
(qubul dan dubur) dengan secebis kain.
Mereka dihalau seperti binatang ternakan.
Mereka makan bara api
dan batu dari neraka Jahannam.
Kata Jibrail :
Itulah orang-orang yang tidak
mengeluarkan zakat harta mereka.
-Satu kaum, lelaki dan perempuan,
yang memakan
daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak
ada di sisi mereka.
Kata Jibrail:
Itulah lelaki dan perempuan
yang melakukan zina sedangkan
lelaki dan perempuan itu
masing-masing mempunyai
isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah
dan dilontarkan batu.
Kata Jibrail:
Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu
dan dia tidak terdaya memikulnya,
tapi ditambah lagi kayu yang lain.
Kata Jibrail:
Itulah orang yang tidak dapat
menunaikan amanah tetapi masih
menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang
menggunting lidah dan bibir mereka
dengan penggunting besi berkali-kali.
Setiap kali digunting,
lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Kata Jibrail:
Itulah orang yang membuat fitnah
dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri
tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar
muka dan dada mereka dengan
kuku tembaga mereka.
Kata Jibrail:
Itulah orang yang memakan
daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah
(mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar
keluar dari lubang yang sempit.
Tidak dapat dimasukinya
semula lubang itu. Kata Jibrail:
Itulah orang yang bercakap besar
(Takabbur).
Kemudian menyesal,
tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan
dengan dulang yang penuh dengan
pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak mempedulikannya.
Kata Jibrail:
Itulah dunia.
Jika Rasulullah
memberi perhatian kepadanya,
nescaya umat Islam
akan mengutamakan dunia
daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua
duduk di tengah jalan dan menyuruh
Rasulullah berhenti.
Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya.
Kata Jibrail:
Itulah orang yang mensia-siakan
umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga
menahan Rasulullah
untuk bertanyakan sesuatu.
Kata Jibrail:
Itulah gambaran umur dunia
yang sangat tua dan menanti
saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa,
Rasulullah turun dari Buraq.
Kemudian masuk ke dalam masjid
dan mengimamkan sembahyang
dua rakaat dengan
segala anbia` dan mursalin
menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga,
lalu dibawa Jibrail dua bejana
yang berisi arak dan susu.
Rasulullah memilih susu
lalu diminumnya. Kata Jibrail:
Baginda membuat pilihan yang betul.
Jika arak itu dipilih,
nescaya ramai umat baginda
akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga)
yang indah dari syurga.
Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik
ke atas tangga pertama lalu
terangkat ke
pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
. Langit Pertama:
Rasulullah S. A. W. dan Jibrail
masuk ke langit pertama,
lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S.
Kemudian dapat melihat
orang-orang yang makan riba`
dan harta anak yatim dan
melihat orang berzina
yang rupa dan kelakuan mereka
sangat hodoh dan buruk.
Penzina lelaki bergantung
pada susu penzina perempuan.
i. Langit Kedua:
Nabi S. A. W. dan Jibrail
naik tangga langit yang kedua,
lalu masuk dan bertemu
dengan Nabi 'Isa A. S.
dan Nabi Yahya A. S.
ii. Langit Ketiga:
Naik langit ketiga.
Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
iii. Langit Keempat:
Naik tangga langit keempat.
Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima:
Naik tangga langit kelima.
Bertemu dengan Nabi Harun A. S.
yang dikelilingi oleh
kaumnya Bani Israil.
v. Langit Keenam:
Naik tangga langit keenam.
Bertemu dengan nabi-nabi.
Seterusnya dengan Nabi Musa A. S.
Rasulullah mengangkat kepala
(disuruh oleh Jibrail)
lalu dapat melihat
umat baginda sendiri yang ramai,
termasuk 70,000 orang
yang masuk syurga
tanpa hisab.
vi. Langit Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh
dan
masuk langit ketujuh
lalu bertemu dengan
Nabi Ibrahim Khalilullah
yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur
dihadapi oleh beberapa kaumnya.
Kepada Rasulullah S. A. W.,
Nabi Ibrahim A. S. bersabda,
"Engkau akan berjumpa dengan Allah
pada malam ini.
Umatmu adalah akhir umat
dan
terlalu dha'if,
maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu
menanam tanaman syurga iaitu
Lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.
Mengikut riwayat lain,
Nabi Irahim A. S. bersabda,
"Sampaikan salamku kepada umatmu
dan
beritahu mereka,
syurga itu baik tanahnya,
tawar airnya dan tanamannya ialah
lima kalimah, iaitu:
SUBHANALLAH,
WAL-HAMDULILLAH,
WA LAH ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR
dan
WA LAH HAULA WA LAH QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM.
Bagi orang yang membaca
setiap kalimah ini akan ditanamkan
sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberapa
peristiwa lain yang ajaib,
Rasulullah dan Jibrail
masuk ke dalam Baitul-Makmur
dan
bersembahyang
(Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut "al-Kursi"
yang berbetulan dengan
dahan pokok Sidratul-Muntaha.
Rasulullah S. A. W. menyaksikan
pelbagai keajaiban pada pokok itu:
Sungai air yang tak berubah,
sungai susu,
sungai arak dan sungai madu lebah.
Buah, daun-daun, batang dan dahannya
berubah-ubah warna dan bertukar
menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan.
Semua keindahan itu
tidak terperi oleh manusia.
Baginda Rasulullah S. A. W.
dapat menyaksikan pula
sungai Al-Kautsar yang terus
masuk ke syurga.
Seterusnya baginda masuk
ke syurga dan melihat neraka
berserta dengan
Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan
pucuk pokok Sidratul-Muntaha.
Rasulullah S. A. W. masuk di dalam
nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam.
Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib
di dalam nur 'Arasy,
iaitu lelaki di dunia
yang lidahnya sering basah berzikir,
hatinya tertumpu penuh kepada
masjid dan tidak memaki
ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh:
Baginda Rasulullah sampai di
Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab
lalu dapat menyaksikan
Allah S. W. T
dengan mata kepalanya,
lantas sujud.
Kemudian
berlakulah dialog
antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T :
Ya Muhammad.
Rasulullah :
Labbaika.
Allah S. W. T :
Angkatlah kepalamu dan bermohonlah,
Kami perkenankan.
Rasulullah :
Ya, Rabb.
Engkau telah ambil Ibrahim
sebagai Khalil dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar.
Engkau berkata-kata dengan Musa.
Engkau berikan Dawud
kerajaan yang besar dan dapat
melembutkan besi.
Engkau kurniakan kerajaan
kepada Sulaiman yang tidak
Engkau kurniakan kepada sesiapa pun
dan
memudahkan Sulaiman menguasai jin,
manusia, syaitan dan angin.
Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil.
Dengan izin-Mu,
dia dapat menyembuhkan orang buta,
orang sufaq dan menghidupkan orang mati.
Engkau lindungi dia dan ibunya
daripada syaitan.
Allah S. W. T :
Aku ambilmu sebagai kekasih.
Aku perkenankanmu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran
kepada umatmu.
Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.
Aku beri keutamaan dan keistimewaan
kepadamu pada hari qiamat.
Aku kurniakan
tujuh ayat (surah Al-Fatihah)
yang tidak aku kurniakan
kepada sesiapa sebelummu.
Aku berikanmu
ayat-ayat di akhir
surah al-Baqarah sebagai suatu
perbendaharaan di bawah 'Arasy.
Aku berikan habuan
daripada kelebihan Islam, hijrah,
sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.
Aku kurniakanmu
panji-panji Liwa-ul-hamd,
maka
Adam dan semua yang lainnya
di bawah panji-panjimu.
Dan
aku fardhukan atasmu
dan umatmu
lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi:
Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S.
yang kemudiannya menyuruh
Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T
agar diberi keringanan,
mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.
Selepas sembilan kali merayu,
(setiap kali dikurangkan lima waktu),
akhirnya Allah perkenan memfardhukan
sembahyang lima waktu sehari semalam
dengan mengekalkan nilainya sebanyak
50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj:
Rasulullah S. A. W.
turun ke langit dunia semula.
Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis.
Lalu menunggang Buraq
perjalanan pulang ke Mekah
pada malam yang sama.
Dalam perjalanan ini
baginda bertemu dengan beberapa peristiwa
yang kemudiannya menjadi saksi (bukti)
peristiwa Israk dan Mikraj
yang amat ajaib itu
(Daripada satu riwayat
peristiwa itu berlaku
pada malam Isnin, 27 Rejab,
kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya,
peristiwa Israk dan Mikraj
bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah
yang diceritakan kembali
setiap kali 27 Rejab menjelang.
Adalah lebih penting untuk kita
menghayati pengajaran
di sebalik peristiwa tersebut
bagi meneladani perkara yang
baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.
Peristiwa Israk dan Mikraj
yang memperlihatkan pelbagai
kejadian aneh yang penuh
pengajaran seharusnya memberi
keinsafan kepada kita agar
sentiasa mengingati
Allah
dan
takut kepada
kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam
Israk dan Mikraj ini
dipelajari dan dihayati benar-benar
kemungkinan manusia mampu
mengelakkan dirinya daripada
melakukan berbagai-bagai kejahatan.
Kejadian Israk dan Mikraj juga
adalah untuk menguji umat Islam
(apakah percaya atau tidak
dengan peristiwa tersebut).
Orang-orang kafir
di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
langsung tidak mempercayai,
malahan memperolok-olokkan Nabi
sebaik-baik Nabi bercerita
kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu
merupakan ujian dan mukjizat
yang membuktikan
kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala.
Allah Subhanahu Wataala
telah menunjukkan bukti-bukti
kekuasaan dan kebesaran-Nya
kepada
Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. :
"Maha Suci Allah yang telah
memperjalankan hamba-Nya
pada suatu malam dari
Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa
yang telah kami berkati
sekelilingnya agar Kami perlihatkan
kepadanya sebahagian
dari tanda-tanda kebesaran Kami.
Sesungguhnya
Dia adalah
Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
Wallahua'lam..
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Israa' ayat 60, tafsirnya :
"Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia dan demikian juga Kami jadikan pokok yang dilaknat di dalam Al-Qur'an dan Kami beri mereka takut dengan berbagai-bagai amaran maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau."
Sumber : Ustaz Azhar Idrus
adalah mukjizat besar Rasulullah s.a.w.
dan ia wajib dipercayai kerana ia
bersumber dari
ayat Al-Quran dan Hadith Sahih.
Israk bererti
perjalanan di muka bumi
waktu malam Nabi Muhammad S.A.W.
dengan ruh & jasad dalam jaga (bukan mimpi)
dari Masjid al-Haram
di Mekah ke Masjid al-Aqsa
di Bait al-Muqaddis, Palestin.
Mikraj pula
merujuk kepada perjalanan
Nabi Muhammad S.A.W.
ke langit dari Masjid al-Aqsa naik
ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh
dekat kursi Allah Taala.
memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam
dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa
yang telah kami berkati sekelilingnya
agar Kami perlihatkan kepadanya
sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami.
Sesungguhnya Dia adalah
Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
Nabi Muhammad telah melihat
malaikat jibril dalam bentuk rupanya
yang asal sekali lagi.
Disisi "Sidratul Muntaha".
Yang disisinya terletak
syurga "Jannnatul Makwa".
Nabi Muhammad melihat jibril
dalam bentuk rupanya yang asal
pada kali ini ialah semasa
"Sidratul Muntaha" itu diliputi
oleh makhluk-makhluk dari alam ngaib
yang tidak terhingga.
Penglihatan Nabi Muhammad
tidak berkisar daripada
menyaksikan dengan tepat
akan pemandangan yang indah di situ
yang diizinkan melihatnya,
dan tidak pula melampaui batas.
Demi sesungguhnya,
ia telah melihat sebahagian
dari sebesar-besar tanda
yang membuktikan luasnya
pemerintahan dan kekuasaan
Tuhannya"
berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan
sebelum hijrah iaitu tahun kesebelas
kerasulan (Nabi Muhmammad s.a.w. dilantik menjadi Rasul).
Tahun tersebut disifatkan
oleh ahli sejarah sebagai
‘Amulhuzn’ (tahun dukacita).
Ini berikutan dengan musibah
berturut-turut yang
menimpa baginda,
iaitu:
•Kehilangan dua insan tersayang
berikutan kewafatan Khadijah,
isteri baginda yang pertama.
kematian bapa saudara baginda, Abu Thalib,
yang banyak melindunginya daripada ancaman
kaum kuffar Quraiys.
dari penduduk Thaif.
Assalamualaikum Wbh. Terima kasih, usaha yang sangat baik memberi peluang pengunjung menelitinya, bagi yang tak ada sumber untuk mendapat ilmu ini.
BalasPadam