Huraian
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai.
Ia dinamakan demikian kerana
orang-orang Arab pada bulan tersebut
akan berhijrah ke mana-mana tempat
untuk mencari air sehingga
ke gua-gua dan sebagainya.
Pendapat lain pula mengatakan,
sebab diertikan demikian
adalah sebagai tanda pemisah iaitu
memisahkan di antara
bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini,
yang dapat disimpulkan
bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah
bulan Syaaban adalah masa
untuk manusia berebut-rebut mengejar
kebajikan sebanyak mungkin
sebagai latihan dan persediaan
untuk memasuki
bulan Ramadhan.
3. Sebahagian ahli hikmah
menyatakan bahawa sesungguhnya
bulan Rejab adalah kesempatan
untuk meminta ampun dari segala dosa,
bulan Syaaban adalah kesempatan
untuk memperbaiki diri
dari segala macam celaan
dan
pada bulan Ramadhan adalah masa
untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat.
Di dalam kitab Durratun Nasihin
ada menyebut sebuah hadis
yang menyatakan bahawa
Rasulullah SAW bersabda
yang maksudnya :
"Sesiapa yang berpuasa
tiga hari pada permulaan Syaaban
dan
tiga hari pada pertengahan Syaaban
dan
tiga hari pada akhir Syaaban,
maka
Allah mencatat untuknya pahala
seperti pahala tujuh puluh nabi
dan
seperti orang-orang
yang beribadat kepada Allah Taala
selama tujuh puluh tahun
dan
apabila dia mati pada tahun itu
maka
dia seperti
orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa,
zikir dan membaca selawat
kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW :
"Sesiapa yang mengagungkan
bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah,
taat kepada-Nya serta menahan diri
dari perbuatan maksiat,
maka
Allah Taala
mengampuni semua dosanya
dan menyelamatkannya
di dalam tahun itu
dari segala macam
bencana dan penyakit."
(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban
atau
lebih dikenali sebagai
malam Nisfu Syaaban
di mana sunat ia dihidupkan
dengan membaca zikir dan Al Quran
kerana malam tersebut
adalah malam yang amat
mustajab dan penuh rahmat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.