Rabu, 14 Julai 2010

Larangan Berpuasa Pada Hari yang Diragukan (Hari Syak)





Larangan Berpuasa
Pada Hari yang
Diragukan (Hari Syak)


Hadith :

Daripada Abu al-Yakzan
iaitu Amar bin Yasir r.a. katanya:
Sesiapa yang berpuasa
pada hari yang diragukan
apakah bulan syaaban sudah habis
atau
bermulanya sudah
bermulanya bulan ramadhan,
sesungguhnya ia telah
melanggar perintah
Nabi s.a.w.”


(Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian



1. Salah satu bentuk persiapan
dalam menghadapi Ramadhan
yang seharusnya dilakukan
oleh kaum muslimin adalah
menghitung bulan Syaaban,
kerana satu bulan dalam hitungan Islam
adalah 29 hari atau 30 hari
sebagaimana yang dijelaskan
Rasulullah SAW:

"Satu bulan itu 29 malam.
Maka jangan berpuasa
sampai kalian melihatnya (anak bulan).
Jika kalian terhalang (dari melihatnya),
maka
genapkanlah 30 hari."

(al-Bukhari).








2. Puasa Ramadhan adalah puasa
yang diwajibkan oleh Allah
ke atas orang-orang mukmin dan ia
merupakan salah satu daripada
Rukun Islam
yang Lima.








3. Sesungguhnya
setiap ibadat yang diwajibkan
ke atas umat Islam
mempunyai rukun dan syaratnya
yang tertentu dengan tujuan
melatih kita menjadi umat
yang bersistem dan berperaturan,
sesuai dengan matlamat Islam
untuk menjamin kehidupan
yang bahagia
di dunia dan akhirat.






Dilarang Puasa Sunat
Apabila Tinggal
Separuh
Bulan Syaaban


Hadith :


Daripada Abu Hurairah r.a.
katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila tinggal
separuh bulan Syaaban
janganlah kamu semua
berpuasa sunat.”


(at-Tirmidzi)

Huraian



Islam adalah agama
yang mudah dan tidak membebankan
umatnya.
Oleh itu
ia tidak
menggalakkan umatnya
melakukan sesuatu
yang mendatangkan mudarat pada diri
atau
menimbulkan rasa berat atau malas
untuk menjalankan kewajipan
yang diperintah.







Contohnya,
kita tidak digalakkan
untuk berpuasa sunat,
sama ada sunat hari
Isnin atau Khamis
dan lainnya
selepas 15 Syaaban,
kecuali puasa qadha’
dan orang yang sentiasa
melakukan amalan puasa sunat
yang bertepatan dengan
hari berkenaan.







Hikmah larangan tersebut
adalah untuk mengelak
orang-orang yang tidak biasa
melakukan puasa sunat
daripada merasa terlalu letih
apabila mengerjakan puasa fardhu
di bulan Ramadhan
yang muncul selepas
bulan Syaaban itu.


1 ulasan:

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.