Khamis, 3 Disember 2009
Selalunya, kita merancang tapi Allah S.W.T juga merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Hidup ini memang menuntut kesabaran dan persefahaman. Manusia ada banyak ragam. Ada yang berbudi bahasa juga yang tak berapa pandai hendak berbahasa. Peristiwa hari ini sedikit sebanyak menguji kesabaran diri. Berdepan dengan manusia yang tak berapa pandai hendak berbahasa. Mujurlah dikalangan mereka masih ada juga yang pandai berbahasa. Perasaan geram bercampur marah kembali reda bila disua dengan ucapan 'maaf ' bagi mewakili yang lain-lainnya. Kesimpulannya, kita merancang, Allah S.W.T jua yang menentukannya. Redhalah kepada Allah S.W.T . Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui. Diri ini juga tidak terlepas dari melakukan kekhilafan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.