Khamis, 3 Disember 2009

Cerita lawak la pulak (iii)

Kisah Laki Bini


"Ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin..Si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidur mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi dia menggegarkan bilik tidur dan baunya ya rabbi tak leh nak cerita nanti pembaca muntah pulak

Si bini ni memang sokmo komplen pasal kentut tue dan banyak kali termuntah sebab tak tahan…tapi si laki dengan muka penuh selamba menjelaskan, kentut tu perkara semulajadi yang baik untuk kesihatan…. Satu hari si bini yang dah lama tak tahan perangai si laki berkata, “ satu hari nanti awak kentut bukan sahaja angin yang keluar… semua isi perut awak pun akan keluar sama, masa tu baru padan muka awak…”, si laki cuma sengih jer.

Hari raya korban pun tiba…keluarga tersebut banyak dapat daging dan dalam banyak2 bungkusan tue ada perut lembu, hati, paru-paru… maka timbullah idea si bini nak pekena laki dia…Masa laki dia tengah seronok tido dia telah longgokan perut lembu yang berjela2 betul2 kat bontot laki dia, lepas tu dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya….

Dipendekkan citer…maka laki dia dia pun bangun dan macam rutine biasa dia melepaskan das das kentutnya yang maha dahsyat bunyinya dan maha busuk baunya… si bini tunggu dengan penuh khusyuk. Dari dalam bilik tido terdengar suara laki dia terjerit sakan,… hysteria gitu… sibini tertonggeng tonggeng dan guling2 ketawa. 20 minit pastu silaki pun ke dapur untuk sarapan.. sibini pun buat donno dan control macho....

“masin betullah mulut awak… habis tali perut saya terkeluar macam yang awak cakap hari tue”. Kata laki dia bersungguh-sungguh. “Habis tue abang buat macam mana?” tanya sibini sambil control suara dan perut yang nak pecah sebab nak ketawa.

“nasib baik abang tak panic… abang terus ke bilik air, dan sekarang dah settle...”

“abang buat macam mana?” Tanya sibini agak suspend.

“Dengan menggunakan jari sahaja abang berjaya memasukkan balik semua isi perut abang tadi…tak payah susah2 pegi hospital untuk operation”…Si bini terdiam kaku.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.