Jumaat, 4 Julai 2014

Meluasnya rahmat dan kasih sayang Allah SWT :)


http://ustaz2engineer.files.wordpress.com/2008/09/ramadhan1.jpg







Ramadhan 

Dibuka 
Pintu Syurga 

dan 

Ditutup 
Pintu Neraka



Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah s.a.w. bersabda:



“Apabila
masuk bulan Ramadhan
 terbukalah pintu-pintu syurga
 dan terkuncilah segala
pintu neraka manakala
sekelian syaitan dirantai dan
 dibuka segala
 pintu rahmat.”

(Bukhari & Muslim)





Huraian :


1. Kelebihan bulan Ramadhan
 ialah meluasnya rahmat dan
 kasih sayang Allah SWT dan
 pada masa yang sama
 Allah SWT menutup pintu neraka
 dan merantai segala syaitan 
yang berkeliaran.






2. Umat Islam yang berpuasa
 pada bulan Ramadhan serta
 mengamalkan segala yang
 diperintah dan meninggalkan segala
 yang ditegah serta tidak berpuasa 
melainkan kerana iman dan 
tidak kerana riya' (agar dilihat orang), 
sum'ah (agar didengar orang),
 ikut-ikutan, maka baginya 
keuntungan dan pahala yang
 berlipat ganda banyaknya bahkan
 syaitan sedikitpun tidak diberi
 kesempatan untuk menggoda 
atau menghasut mereka.





3. Bagi orang yang berpuasa
 tetapi masih bergelumang dengan 
dosa bermakna bahawa puasanya 
sama sekali tidak bermanfaat baginya. 
Yang diperolehinya hanyalah lapar
 dan dahaga dan Allah SWT
 tidak akan menerima amalannya.




Sumber: Jakim




 [3850455477_64db5c5158_o.jpg]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.