Jumaat, 4 Julai 2014

Kurangkan juadah.Banyakkan bersedekah Tingkatkan ibadah :)


https://lh3.googleusercontent.com/-1UmsA6x0rPk/T_vCWSV-FvI/AAAAAAAAScI/rapdq-q6Etk/w800-h800/399535_484598674902488_1084548574_n.jpg








Ramadan bulan ibadah
 bukan pesta makanan







Alhamdulillah,
 syukur ke hadrat Ilahi 
kerana memberi kesempatan 
bertemu Ramadan yang penuh
 keberkatan ini.





 Rasa syukur itu 
sewajarnya digambarkan
 dengan bertekad dan berazam 
untuk melaksanakan ibadah puasa
 lebih baik berbanding 
Ramadan yang lalu. 







Realitinya 
hari ini, walaupun sudah 
hampir seminggu memasuki gerbang Ramadan, masih ada kalangan kita yang tidak merasai keseronokan beribadah pada bulan mulia ini. Bahkan, yang paling menyedihkan, ada yang langsung tidak ambil peduli kehadirannya kerana sibuk melayan nafsu yang tak pernah puas di hati.






Beruntunglah 
bagi mereka yang terus beristiqamah merebut segala peluang yang Allah SWT sediakan pada bulan Ramadan dengan menggandakan amal soleh. 








Ramadan 
jana kekuatan, jati diri .
Sesungguhnya saat kematian pasti akan tiba menjemput kita. Oleh itu, marilah bersama jadikan Ramadan kali ini bulan yang mampu menjana kekuatan dan jati diri seterusnya mendidik kita menjadi insan lebih dekat serta bertakwa kepada Allah SWT. 







Bukankah hasil takwa melalui ibadah puasa itu yang didambakan setiap orang beriman. 




Firman Allah SWT yang bermaksud: 



“Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa seperti diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”

 (Surah al-Baqarah, ayat 183) 







Ramadan 
bulan sangat dirindui orang beriman. Kehadirannya dinanti, tibanya disambut mesra. Jiwa orang yang beriman pasti tidak putus melafazkan syukur kerana diberi peluang bertemu Ramadan. Mereka sudah tentu akan merebut sebanyak ganjaran yang melimpah ruah pada bulan mulia ini. 






Setiap 
detik dan waktu 
yang berlalu pasti dimanfaatkan dengan pelbagai ibadah serta amal soleh. Namun, masih terdapat segelintir yang terus leka. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan menahan nafsu syahwat dengan berpuasa bertukar menjadi bulan berpesta makan secara berlebihan. 





Lihatlah 
ketika waktu berbuka nanti, 
tidak cukup dengan juadah dimasak, segala juadah dijual di bazar semuanya terasa ingin dibeli. 




Akibat melayan nafsu 
sehingga membawa kepada pembaziran rezeki kurniaan Ilahi. 






Inilah kesan
 apabila kita menganggap sambutan Ramadan itu lebih menjurus kepada adat bukannya ibadah. 





Ketika kita bersemangat 
mengisi setiap waktu dengan amal kebajikan, masih terdapat segelintir terus leka menyaksikan Piala Dunia hingga mengetepikan tuntutan menggandakan amalan soleh. 





Hidupkan malam dengan ibadah 





Sanggup 
berjaga malam bersengkang mata menyokong pasukan pilihan, tetapi berjaga malam bermunajat kepada Ilahi belum tentu dapat dilaksanakan. 





Bahkan, 
solat sunat tahajud dua rakaat
 pun terasa terlalu berat. 


 


Memanglah
 tidak menjadi kesalahan menonton perlawanan bola sepak sehingga lewat pagi, tetapi alangkah baik jika ruang waktu itu diisi dengan perkara yang lebih bermanfaat seperti bertadarus al-Quran, bertahajud serta bermunajat kepada Ilahi. 





Bukankah 
kita dituntut untuk menghidupkan malam dengan beribadah kepada-Nya? Jika Rasulullah SAW sanggup bangun menghidupkan malam melakukan ibadah, justeru di manakah kita. 






Selayaknya 
kita yang sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh berbanding Baginda SAW yang pasti masuk ke syurga Allah SWT. Bahkan menyedihkan lagi, ada yang terus lalai menonton perlawanan bola sehingga solat Subuh pun tidak ditunaikan. 





Sepatutnya 
pada waktu ini kita bersungguh-sungguh melaksanakan sebanyak mungkin amal ibadah. 





Manfaatkan
 masa ini dengan sebaik mungkin. Hayatilah hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abi Mas’ud al-Ghifari, Nabi SAW bersabda: 




“Kalaulah hamba Allah 
mengetahui apa yang ada 
dalam bulan Ramadan, 
nescaya mereka akan 
bercita-cita supaya Ramadan 
itu berlaku sepanjang tahun.” 






Hari-hari
 yang masih berbaki dalam bulan Ramadan ini marilah kita terus beristiqamah melaksanakan ibadah puasa dengan mengetahui hukum sah dan batalnya, syarat-syarat serta adab ditunjukkan Baginda SAW. 





Ikutilah
 sunah Rasulullah SAW antaranya menyegerakan berbuka puasa, melewatkan makan sahur, meninggalkan percakapan sia-sia, kotor dan menipu, memberi makan orang yang berpuasa serta memperbanyakkan bersedekah. 







Ibadah 
puasa bukan saja membentuk hubungan erat dengan Allah SWT tetapi juga sesama manusia.










 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgF3ZaLUw1Cb009DBo9JOk2km7em9yMQF6omZG9ye01E37JYcH4dlYWH4ic5jTwNsLt8Hd9zZ6RIgWyFl8Bav5VrszRJWgYaNWRQIxPv4goNc3yMvffH6Z9UpEaVTDj_f6o2DowYc3ayhQ/s1600/ramadan+fasting.jpg 
 http://freepresskashmir.com/wp-content/uploads/2013/07/ramadan.jpg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.