Peguam Syarie Menulis:
Tak salah nikmati juadah enak
Umat Islam tidak digalak
berpesta makanan ketika
berbuka puasa
Ramadan datang lagi.
Bersyukur kita kepada Allah SWT
atas limpah kurnianya
dengan
mempertemukan kita semula dengan
bulan yang penuh kemuliaan,
iaitu
Ramadan.
Dalam bulan ini disediakan pelbagai
rahmat dan kemuliaan untuk
direbut umat Islam.
Pada Ramadan yang mulia ini,
diwajibkan ke atas setiap
orang Islam
yang akil baligh dan mukallaf untuk
menunaikan kewajipan berpuasa,
antara rukun Islam.
Semoga Ramadan kali ini
menjadikan kita semua insan lebih
bertakwa
dan menjadi seorang Islam lebih baik
daripada sebelumnya serta
berkekalan selepas Ramadan.
Ramadan mempunyai pelbagai
keistimewaan dan yang paling masyhur
dan utama
adalah disunatkan menunaikan
solat Tarawih berjemaah yang mana
tidak dilakukan
pada bulan lain
selain Ramadan.
Pada bulan mulia ini,
terdapat malam dinamakan ‘lailatulqadar’
yang diiktiraf
Allah SWT lebih baik
daripada 1,000 bulan.
Berpuasa adalah menahan diri
daripada perkara yang boleh membatalkan
puasa
mulai terbit matahari hingga
terbenamnya matahari.
Pengajaran puasa perlu dihayati umat Islam
Puasa dipenuhi dengan pengajaran
untuk dihayati umat Islam.
Bukan saja menahan
diri daripada
lapar dan dahaga, berpuasa secara
umumnya mengajar kita menahan
dan
mengawal nafsu daripada perkara
yang boleh membatalkan puasa.
Umat Islam perlu sedar bahawa
puasa turut diperintahkan kepada
umat terdahulu,
sebelum wahyu
diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah
ayat 183 bermaksud:
“Wahai orang-orang
beriman,
diwajibkan bagimu berpuasa,
seperti diwajibkan kepada
orang-orang
sebelum kamu”.
Ayat itu memberi penjelasan bahawa
puasa itu amalan yang biasa diamalkan
sebelum turunnya wahyu kepada
Nabi Muhammad SAW dan bukan perkara berat
dan
bukan juga satu penyeksaan
kepada umat Islam.
Di samping itu,
Allah juga tidak memberatkan
manusia dengan satu arahan
berpuasa
secara keras tanpa pengecualian
atau kelonggaran.
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah,
ayat 185 yang bermaksud:
“Bulan Ramadan
yang padanya
diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk
bagi sekalian manusia dan
menjadi keterangan
yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan
antara yang benar
dengan yang salah.
Oleh itu, sesiapa antara kamu yang
menyaksikan anak bulan
Ramadan
(atau mengetahuinya) maka hendaklah ia
berpuasa bulan itu dan sesiapa
yang
sakit atau dalam musafir maka
bolehlah ia berbuka.
“Kemudian diwajibkan menggantikan
puasa sebanyak hari yang ditinggalkan
itu
pada hari lain. Dengan ketetapan
yang demikian itu, Allah mengkehendaki
kamu
beroleh kemudahan dan tidak
mengkehendaki kamu menanggung
kesukaran dan juga
supaya kamu cukupkan
bilangan puasa, dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana
mendapat
petunjuknya dan supaya kamu bersyukur”.
Kelonggaran tidak berpuasa
Daripada ayat ini jelas Allah menyuruh
kita berpuasa, tetapi bagi yang
mengalami
kesukaran dibenarkan untuk tidak berpuasa
pada hari yang sukar dan
termasuklah
perempuan yang datang haid.
Orang yang bermusafir juga
diberi kelonggaran, namun hari dia
tidak berpuasa
itu mesti diganti
pada hari lain selepas Ramadan,
sebelum bertemu Ramadan tahun
berikutnya.
Namun, di sebalik kelonggaran ini
, bukan pula tiket untuk sesiapa yang
memperoleh kelonggaran untuk makan
atau minum atau melakukan perkara
ditegah di
khalayak umum.
Mengikut enakmen negeri dan akta
yang berkaitan dengan kesalahan
jenayah
syariah, mereka yang didapati
tidak menghormati kemuliaan Ramadan,
boleh
didenda antara RM1,000 hingga RM3,000
atau penjara maksimum enam bulan
atau
kedua-duanya.
Perlu difahami bahawa mereka
yang mendapat kelonggaran daripada
menunaikan
puasa pada Ramadan
hendaklah menghormati bulan yang mulia ini.
Apatah lagi bagi
mereka yang sengaja
meninggalkan puasa, jangan bersikap riak
dan takbur
terhadap orang lain yang
sedang menjalankan ibadat puasa.
Seharusnya bagi mereka yang
tidak berpuasa terutama sekali
bagi yang sengaja,
harus ada
perasaan malu dan rendah diri dengan
kelemahan jiwa dan fizikal
kerana gagal
menjalani ibadah puasa ini.
Penuhi masa dengan ibadah lain
Kita juga seharusnya menghayati
ibadah berpuasa dengan memenuhkan
masa dengan
ibadah lain bagi mendekatkan
diri kepada Allah.
Janganlah kita pada waktu bulan puasa ini
lalai dengan pesta makanan dengan
juadah
yang antaranya kita tidak akan jumpa
pada bulan selain daripada bulan
puasa.
Tidak salah menikmati juadah yang
menyelerakan apabila tiba waktu berbuka
kerana salah satu hikmah berpuasa juga
adalah kita diberi Allah perasaan
gembira
apabila tiba berbuka dengan menjamu selera
dengan hidangan yang enak.
Namun kita juga harus mengerti bahawa
Ramadan harus direbut dengan memenuhi
masa kita dengan ibadah. Bagi mereka yang
mempunyai lebih kemampuan juga
digalakkan
bersedekah kepada golongan yang memerlukan
dan berkongsi juadah
dengan mereka
yang serba kekurangan.
Penting juga untuk kita ingat ialah jangan
jadikan bulan ini sebagai pembaziran
dengan
makanan yang banyak yang akhirnya tidak
dimakan dan dibuang begitu saja.
Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita
semua insan lebih bertakwa dan menjadi
seorang Islam lebih baik daripada sebelumnya
serta berkekalan selepas Ramadan.
Bersamalah kita berdoa semoga kita
akan dapat bertemu dengan Ramadan
pada tahun
akan datang.
Penulis ialah
Setiausaha Agung
Persatuan Peguam Syarie Malaysia
assalamualaikum.lama tak dapat masuk sebab ada malware..Alhamdulillah dah dapat baca
BalasPadam