Rabu, 10 Julai 2013

Bersahur bezakan puasa orang Yahudi, Kristian



Bersahur bezakan puasa

 orang Yahudi, Kristian




Abdullah bin Umar berkata:


 “Rasulullah mempunyai
 dua tukang azan. 
Mereka adalah
 Bilal dan Ibnu Ummu Maktum.
 Rasulullah bersabda: 
Sebenarnya Bilal melaungkan azan
 ketika waktu malam iaitu 
sebelum fajar menyinsing. 
Masa itu bersahurlah kamu 
hingga Ibnu Ummu Maktum pula 
melaungkan azan menandakan 
masuk waktu Subuh.”




Abdullah bin Umar berkata: 


“Tidak ada jarak masa
 antara mereka itu. 
Apabila Bilal selesai berazan, 
Ibnu Maktum pula menggantikannya.” 
Maksudnya jarak antara 
kedua-duanya tidaklah terlalu lama.”

 (Diriwayatkan Bukhari dan Muslim)
Tempoh masa sahur



 

“Amr bin al-‘As berkata, 
Rasulullah bersabda: 


“Perbezaan antara puasa kita
 dengan puasa orang Yahudi 
dan Kristian adalah bersahur.” 

(Riwayat Muslim) 




Zaid bin Sabit berkata, 


“Kami bersahur 
bersama Rasulullah.
 Selepas itu kami bangun 
menunaikan solat Subuh. 
Orang itu bertanya kepadanya:
 Berapa lama jarak masa antara 
sahur dan solat Subuh itu?
 Zaid menjawab: 
Kira-kira sempat membaca
 50 ayat al-Quran.” 

(Riwayat Bukhari dan Muslim)




“Amr bin al-‘As berkata, 
Rasulullah bersabda: 



“Perbezaan antara puasa kita
 dengan puasa orang 
Yahudi dan Kristian
 adalah bersahur.” 

(Riwayat Muslim) 




Abu ‘Atiyyah berkata, 

“Saya dan Masruq menemui Aisyah.
 Masruq berkata kepada Aisyah: 
Ada dua sahabat Rasulullah
 yang melakukan kebaikan. 
Seorang daripada mereka
 menyegerakan sembahyang Maghrib
 dan menyegerakan berbuka puasa.
 Manakala seorang lagi melewatkan 
sedikit sembahyang Maghrib dan
 melewatkan berbuka puasa. 
Aisyah bertanya: 
Siapakah yang menyegerakan
 solat Maghrib dan menyegerakan berbuka? 
Masruq menjawab:
 ‘Abdullah bin Mas’ud. 
Aisyah berkata: 
Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah.”

 (Riwayat Muslim) 




Anas berkata, 
 “Rasulullah berbuka dulu, 
kemudian barulah bersolat Maghrib. 
Baginda berbuka dengan
 buah kurma basah. Jika tiada 
barulah Baginda makan kurma biasa.
 Jika tiada juga barulah Baginda hanya 
minum beberapa teguk air.”



 (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. 
Tirmizi mengatakan hadis ini
 adalah hadis hasan)

http://www.whatiseid.com/img/ramadan.jpg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.