Sabtu, 20 Julai 2013

Ikhlas puncak kelazatan Ramadan







Ikhlas puncak kelazatan Ramadan

 






Muslim yang beriman sudah pasti akan merasai kelazatan dan kenikmatan Ramadan. Hati mereka sentiasa cenderung untuk melakukan kebajikan berdasarkan ganjaran dijanjikan bersempena Ramadan yang mulia. 




Mereka juga mampu untuk menjalankan kegiatan harian seperti biasa, malah dapat meningkatkan produktiviti pada Ramadan. Namun, melihat di alam nyata, kekuatan yang disemaikan oleh Ramadan tidak dapat diterjemahkan pada wajah dan suasana kehidupan umat Islam. 





Mereka menjadikan puasa
 sebagai alasan untuk mengurangkan
 aktiviti kehidupan, malah ada
 yang terus membekukan aktiviti
 mereka kerana baginya kekuatan
 hanya ada pada jasad yan
g zahir semata-mata. Keikhlasan 
yang wujud dalam puasa Ramadan
 akan dapat melahirkan benih
 ketakwaan sebenar kerana
 golongan Muslimin mendapat tarbiah
 secara langsung daripada Allah SWT 
melalui puasa Ramadan.



 


Oleh itu kita dapati 
banyak peristiwa penting dalam Islam
 ditentukan Allah SWT pada Ramadan 
dan golongan Muslimin mencapai
 kejayaan cemerlang. Ini menunjukkan 
kekuatan yang dihasilkan oleh 
tarbiah Ramadan tidak dapat
 disangkal sesiapa. 





Allah SWT membuktikan
 kekuatan tersebut melalui 
peristiwa bersejarah yang hebat 
antaranya Perang Badar al-Kubra
 (17 Ramadan tahun kedua hijrah)
 yang menampilkan kejayaan cemerlang
 baginda Nabi SAW ketika berdepan
 kekuatan Musyrikin yang lebih 
dari segi fizikal dan material. 




Firman Allah SWT bermaksud: 



“Dan sesungguhnya
 Allah menolong kamu
 mencapai kemenangan dalam
 peperangan Badar, sedang kamu
 dalam keadaan lemah dari
 segenap segi. Oleh itu 
bertakwalah kamu kepada Allah, 
supaya kamu bersyukur 
(akan kemenangan itu). 
(Ingatlah wahai Muhammad)
 ketika engkau berkata kepada
 orang yang beriman
 (untuk menguatkan semangat mereka):
 Tidakkah cukup bagi kamu, 
bahawa Allah membantu kamu 
dengan 3,000 tentera dari 
malaikat yang diturunkan?”


 (Surah Al-Imran, ayat 123) 





Baginda terus berdoa
 sehingga selendang beliau jatuh
 daripada bahunya. Lantas 
datang Abu Bakar Al-Siddiq
 mengambil selendang itu, lalu 
meletakkannya kembali pada bahu Baginda.
 Kemudian beliau berdiri di belakang 
Rasulullah SAW seraya berkata:
 “Wahai Rasulullah,
 kamu bersungguh-sungguh dalam
 mengucapkan doamu itu
 kepada Allah SWT. 
Mudah-mudahan Allah SWT akan 
makbulkan permintaanmu dan
 akan penuhi janji-Nya kepadamu.” 





Kemudian,
 turun firman Allah SWT
 yang bermaksud: 




“Dan (Ingatlah)
 ketika kamu memohon
 pertolongan kepada Tuhan kamu,
 lalu Allah perkenankan permohonan kamu
 (dengan firman-Nya): 
Sesungguhnya Aku akan 
membantu kamu dengan seribu 
(bala tentera) daripada malaikat 
yang datang secara berduyun-duyun.” 


(Surah al-Anfal, ayat 9)






Peranan doa dalam kehidupan



 

Kisah ini menggambarkan 
dengan jelas peranan doa 
dalam kehidupan muslim. 
Setiap muslim dituntut berdoa
 hanya kepada Allah SWT. 
Ia juga menunjukkan betapa 
manusia adalah makhluk 
lemah dan serba daif. 





Oleh itu, 
manusia berhajatkan kepada
 pertolongan Allah SWT sebagai
 Pencipta alam semesta yang
 Maha Berkuasa. Baginda SAW bersabda:



 “Doa adalah senjata mukmin 
dan tiang agama serta sinaran cahaya
 yang menerangi langit dan bumi.”


 (Riwayat Abu Ya’la) 





Peristiwa ini menggambarkan 
kekuatan mental umat Islam
 terserlah di mana keputusan 
yang diambil berkaitan tawanan
 perang adalah bertepatan 
dengan kehendak umat seluruhnya.
 Tawanan tidak dikenakan bayaran 
wang ringgit sebaliknya ditugaskan
 mengajar anak golongan Muslimin
 sehingga dapat menulis serta membaca. 





Ketinggian ilmu


 

Di sinilah letaknya ketinggian dan kehormatan ilmu pengetahuan berbanding harta kekayaan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Harta dan anak hanyalah perhiasan hidup di dunia, manakala yang lebih baik di sisi Allah SWT adalah pahala ganjaran dan sebaik-baik cita-cita.” 



(Surah al-Kahfi, ayat 46) 





Peperangan Khandak atau Ahzab
 (Ramadan tahun kelima hijrah) juga
 mencabar kekuatan fizikal umat Islam
 di mana Baginda SAW menerima
 pendapat Salman al-Farisi untuk 
menggali parit. Ada berpendapat, 
peperangan Khandak akhirnya
 terjadi pada Syawal dan berakhir 
pada Zulkaedah. 





Di sini juga berlaku
 mukjizat ketika Jabir bin Abdullah 
mengundang Baginda SAW 
untuk makan di rumahnya di mana 
makanan yang sedikit dapat
 menampung 1,000 tentera Islam. 





Pembukaan Kota Makkah berlaku
 pada 10 Ramadan tahun 8 Hijrah
 dan baginda berbuka di suatu 
tempat yang dipanggil Mukaddid.
 Makkah jatuh ke tangan 
kaum muslimin tanpa 
pertumpahan darah. 
Menurut Ibnu Ishaq, 
penaklukan itu terjadi pada
 10 malam terakhir Ramadan. 





Peristiwa penting ini
 menyaksikan ramai sahabat khasnya
 golongan Muhajirin menitiskan 
air mata gembira kerana kejayaan 
menawan kembali kota yang dulunya 
menjadi tempat mereka dihina
 dan diseksa dalam perjuangan 
menegakkan agama Allah SWT. 





Ia adalah kejayaan terbesar 
kepada umat Islam apabila berjaya
 menguasai Makkah dan Madinah
 sekali gus menjadikan kedua-duanya
 sebagai pusat penting bagi
 Daulah Islamiah di bawah 
kepimpinan Rasulullah SAW. 





Kejayaan umat Islam
 waktu itu bukan saja dapat 
menakluki Makkah, bahkan hasil 
penaklukan kota Makkah itu 
menyebabkan penduduknya yang
 dulu kafir memasuki 
agama Allah SWT. 




Ini terkandung di dalam al-Quran. 
Firman Allah SWT yang bermaksud:



 “Apabila datang 
pertolongan Allah dan kemenangan
 (semasa engkau wahai Muhammad 
berjaya menguasai negeri Makkah).
Dan engkau melihat manusia 
berbondong-bondong masuk ke 
dalam agama Allah. Maka 
bertasbihlah dengan memuji 
Tuhanmu dan mohonlah 
ampunan padaNya,
 Sesungguhnya,
 Dia Maha Penerima Taubat.”

 (Surah an-Nasr, ayat 1-3) 




Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IkhlaspuncakkelazatanRamadan/Article



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.