Menyucikan jiwa dalam bulan mulia
" Wahai orang-orang yang beriman!
Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang yang dahulu
daripada kamu, supaya
kamu bertakwa. "
(al-Baqarah 2:183)
Daripada ayat ini
kita sudah boleh mengetahui
bahawa hikmah utama bulan
Ramadan ialah untuk membina takwa.
Daripada sudut praktikal pula
takwa ialah melaksanakan perkara
yang diperintahkan oleh Allah SWT
dan meninggalkan apa
yang dilarang oleh-Nya.
Daripada sudut spiritual
takwa ialah perasaan takut
dan waspada dalam mengorak
setiap langkah dalam kehidupan
beragama di dunia ini.
Bulan Ramadan adalah
tempat dan masa terbaik
untuk menyucikan jiwa.
Rasulullah SAW telah pun
memberikan pelbagai tips
untuk menyucikan jiwa
di bulan mulia ini.
1. Menghayati amalan ibadah
pada bulan ini dengan penuh
keimanan dan mengharapkan pahala.
Beberapa hadis riwayat
al-Imam al-Bukhari dan Muslim,
Rasulullah SAW telah menjelaskan
bahawa siapa puasa dan
solat malam di bulan Ramadan
dengan keimanan dan pengharapan,
akan diampunkan dosanya
yang terdahulu.
Hadis ini mendidik jiwa
Muslim agar sentiasa menekanka
n sudut keimanan dalam melakukan
sesuatu amalan. Jiwa Muslim
juga wajar sentiasa mengharapkan
pahala daripada Allah SWT sahaja.
2. Bersabar dalam menghadapi
segala cabaran.
Sabda Rasulullah SAW:
" Puasa adalah perisai…
Jika ada orang yang mencacinya
atau memeranginya, hendaklah
dia sebut: Saya berpuasa. "
(Riwayat al-Imam al-Bukhari, no. 1904)
Perhatikanlah bagaimana puasa
mendidik jiwa Muslim agar
menahan dirinya daripada pergaduhan.
Dengan ini puasa mendidik
sifat mulia iaitu sifat sabar
dalam jiwa Muslim.
Firman Allah SWT:
" Sesungguhnya
orang-orang yang
bersabarlah sahaja yang akan
disempurnakan pahala mereka
dengan tidak terkira.
(al-Zumar:10)
Jiwa yang suci pasti akan
dapat bersabar dalam mengamalkan
ketaatan, sabar dalam meninggalkan
maksiat dan sabar dalam menghadapi
musibah.
3. Mengaitkan kegembiraan dengan
ketaatan terhadap Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW:
" Orang yang berpuasa
akan mendapat dua kegembiraan;
semasa dia berbuka dia akan
gembira dan semasa dia berjumpa
dengan Tuhannya dia akan
bergembira dengan puasanya."
(Riwayat al-Imam al-Bukhari, no. 1904)
Hadis ini mendidik jiwa
agar bergembira dengan ketaatan
dan bukannya bergembira semasa
membuat maksiat.
4. Sentiasa berdoa dan meminta
daripada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW:
"Tiga doa yang mustajab
tanpa syak.
Doa orang berpuasa,
doa orang dizalimi dan
doa orang mengembara."
(Riwayat al-Uqaili dan Ibnu Asakir;
disahihkan oleh al-Albani dalam
al-Silsilah al-Sahihah, no. 1797)
Hadis ini mendidik jiwa Muslim
agar merendah diri kepada Allah SWT
dengan berdoa sepanjang masa
tatkala berpuasa.
Inilah intisari ibadah yang sebenar.
Ia juga menunjukkan jiwa Muslim
berjaya disucikan di dalam bulan
Ramadan yang mulia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.