Ibadah bukan hanya
di tikar sembahyang
Rasulullah SAW mengingatkan
umatnya supaya merebut peluang
terbentang hanya setahun sekali
pada Ramadan. Sesiapa
tidak mempedulikan kedatangan
Ramadan,
sebenarnya menolak kelebihan yang
hanya disediakan kepada umat
Nabi
Muhammad SAW.
Sabda Rasulullah SAW:
"Barang siapa yang beriman
dengan Allah dan
Rasul-Nya,
dan mendirikan solat, dan berpuasa
di bulan Ramadan, maka telah
layak baginya untuk dimasukkan
oleh Allah ke dalam syurga.”
(Riwayat Bukhari)
Orang beriman gembira sambut Ramadan
Sabda Rasulullah SAW:
“Pada setiap malam bulan Ramadan,
Allah
berfirman tiga kali:
“Apabila ada orang yang meminta,
maka Aku akan tunaikan
permintaannya,
jika ada orang yang meminta ampun,
maka Aku akan ampun.”
(Riwayat Tirmizi)
Orang yang bakal memperoleh
kejayaan sepanjang Ramadan adalah
mereka yang
menghargai
kedatangan Ramadan. Orang beriman
menyambutnya dengan perasaan
gembira
dan jiwanya berkobar-kobar
menghidupkan seluruh waktu bulan
Ramadan
dengan ibadat.
Sabda Rasulullah SAW:
“Dikunjungi bulan Ramadan,
penghulu segala bulan,
ucaplah
selamat datang atas
ketibaan bulan ibadat yang penuh
berkat dan rahmat, maka
layanlah
tetamu yang sedang datang itu.”
(Riwayat Thabrani)
Layanan terhadap Ramadan
bermakna tidak mempersia-siakan
masa dan peluang
melakukan ibadat.
Inilah peluang untuk menambah pahala
dan menampung kekurangan
atau
kecacatan ibadat yang dilakukan
sepanjang 11 bulan lalu.
Sesungguhnya konsep ibadat yang
boleh dilakukan oleh setiap Muslim
untuk
menambah pahala pada bulan
Ramadan sungguh luas. Ia bukan
sekadar menunaikan
puasa pada
sebelah siangnya dan bertarawih
pada malamnya.
Sesiapa melakukan perkara
menepati konsep apa yang disuruh
dan menjauhkan yang
dilarang,
sebenarnya dia telah melakukan
satu kebaikan atau ibadat.
Melakukan
kerja dan urusan kehidupan
seharian juga dikira ibadat jika
dilakukan mengikut
syariat.
Lakukan perkara berfaedah
Oleh itu, tindakan sesetengah
individu menghentikan atau
mengurangkan tumpuan
kepada
urusan kehidupan seharian pada
Ramadan bukan satu langkah bijak.
Apa
yang sepatutnya dilakukan ialah
memenuhi setiap waktu dengan
perkara berfaedah.
Peluang menghampirkan diri
kepada Allah SWT bukan hanya
ketika di tikar
sembahyang atau
beriktikaf di masjid.
Jika benar-benar mencari
peluang
kebaikan, di mana-mana saja
kita berada boleh mendampingi
Allah SWT dengan
selalu
mengingati-Nya, berzikir,
beristighfar dan doa.
Sabda Rasulullah SAW:
“Pada setiap malam bulan Ramadan,
Allah berfirman tiga
kali:
“Apabila ada orang yang meminta,
maka Aku akan tunaikan permintaannya,
jika ada orang yang meminta ampun,
maka Aku akan ampun.”
(Riwayat Tirmizi)
Sesiapa menghampiri Allah SWT
dengan apa sekalipun, maka pasti
Allah SWT
menghampirinya dengan
jarak berganda. Sudah pasti sesiapa
merasakan dirinya
sentiasa hampir
dengan Allah SWT, mendapat
petunjuk dan dilindungi dirinya
daripada
melakukan apa yang bertentangan syariat.
Kelebihan ibadat puasa menjadikan
orang berpuasa mendapat rahmat sehingga
dibuka seluas-luasnya pintu langit untuk
menerima segala kelebihan daripada
Allah SWT. Ramadan bulan
rahmat bagi sesiapa memahami
peluang tersedia.
Sebaliknya, bagi
orang lemah imannya, tidak ada
peluang untuk mereka rebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.