Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya’ri r.a, katanya :
Telah bersabda Rasulullah SAW :
‘ Suci itu sebahagian daripada iman,
dan Alhamdullilah memenuhi timbangan,
dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula
akan memenuhi ruang antara langit dan bumi.
Dan sembahyang itu cahaya,
dan sedekah itu bukti,
dan sabar itu sinaran
dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu.
Setiap manusia berusaha,
ada yang menjual dirinya,
ada yang memeliharanya dan
ada yang membinasakannya. ‘
Dari
Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :
" Bahawa pada suatu hari saya
sedang
berada di belakang Rasulullah SAW
( di atas binatang
tunggangannya ), lalu sabda baginda :
‘
Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah
mengajar kamu beberapa
perkataan.
Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan
memelihara
kamu, peliharalah
(
kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan
merasakan Dia berada
bersama-samamu.
Jika engkau memohon,
pohonlah kepada Allah semata-mata.
Jika engkau meminta pertolongan
mintalah kepada Allah semata-mata.
Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia
berkumpul untuk memberikan
kepadamu
sesuatu manfaat, nescaya mereka tidak akan mampu
memberi
manfaat itu, melainkan dengan sesuatu
yang telah ditaqdirkan oleh
Allah.
Begitu juga sekiranya mereka berkumpul
untuk menentukan suatu
mudarat untuk kamu,
nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya,
melainkan dengan suatu yang telah
ditentukan Allah ke atas kamu.
Telah
diangkat kalam ( tulisan ) dan
telah kering ( tinta ) buku catitan. "
Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah
dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a,
dari Rasulullah SAW, sabdanya :
" Bertaqwalah kepada Allah
di mana saja engkau berada.
Iringkanlah perbuatan jahat itu
dengan perbuatan baik,
mudah-mudahan yang baik itu
akan memadam yang jahat.
Dan berperangai kepada manusia
dengan dengan perangai yang bagus."
Dari Abu Hurairah r.a :
Telah bersabda Rasulullah SAW :
" Sesungguhnya Allah Ta’ala itu baik,
dia tidak akan menerima
melainkan yang baik sahaja.
Dan sesungguhnya Allah telah
memerintahkan kaum Mukminin
sama sebagaimana Dia memerintahkan
para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman :
‘ Wahai para Rasul,
makanlah dari yang baik-baik dan
kerjakanlah amalan yang soleh.
‘ Dan Allah berfirman lagi :
‘ Wahai orang-orang yang beriman,
makanlah dari makanan yang baik
yang Kami berikan kepada kamu.
‘ Kemudian Rasulullah SAW
mengisahkan tentang seorang lelaki
yang telah belayar jauh.
Rambutnya kusut, berdebu,
mengangkat kedua belah tapak tangannya
ke langit serta memohon :
" Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku !
Sedangkan makanannya dari yang haram,
minumannya dari yang haram dan
pakaiannya dari yang haram, dan
dia telah dikenyangkan
dari sumber yang haram.
Alangkah jauhnya dia
(doanya ) untuk dikabulkan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.