Doa adalah satu kalimah
yang mempunyai pengertian yang banyak.
Antaranya ialah :
1. Doa adalah ibadat.
Maka tidaklah boleh beribadat kepada
selain daripada Allah yang tidak dapat
memberi manfaat dan mendatangkan
kemudaratan.
2. Doa adalah memohon
pengampunan dan pertolongan dari Allah.
Hanya Allah sajalah yang dapat memberinya.
3. Doa adalah permintaan atau permohonan
yang semata-mata ditujukan kepada Allah.
4. Doa adalah percakapan.
Maksudnya ialah percakapan yang
dicakapkan oleh ahli syurga.
5. Doa ialah panggilan,
iaitu panggilan atau seruan Allah
pada hari kiamat.
6. Doa adalah pujian.
Maka pujian yang hanya layak
untuk menerima pujian ialah Allah.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada yang dapat
mengubah takdir selain doa.”
(Riwayat Imam al-Tirmidzi)
Abu Hurairah juga menerangkan:
“Bahawasanya
Nabi SAW pernah berdoa
untuk berlindung daripada
takdir buruk, kesialan,
cacian musuh dan ujian
yang menyusahkan.”
(Riwayat Imam Muslim)
engkau panjatkan kepada Allah,
adalah apa-apa yang Allah
perintahkan kepadamu'
(Ibnu Athaillah)
"Sesungguhnya aku sedang
"Sesungguhnya aku sedang
menasihati kamu, bukanlah
bererti aku
yang terbaik dalam kalangan kamu.
Bukan juga yang paling soleh
dalam kalangan kamu, kerana aku juga
pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu
hanya dapat menyampaikan dakwah
apabila dia sempurna,
nescaya tidak akan
ada pendakwah.
Maka akan jadi sedikitlah orang
yang memberi
peringatan."
[Imam Hassan Al Basri]
Dari Abu Zar r.a
meriwayatkan bahawa
baginda
Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya
telah Berjaya seseorang itu
yang
beriman dengan ikhlas,
menjadikan hatinya suci
(dari syirik dan kekufuran)
ucapannya jujur dan benar,
jiwanya tenang (orang yang banyak
berzikir dan
melaksanakan segala
perintah Allah akan mendapat ketenangan),
baik budi
pekertinya, menjadikan telinganya mendengar (nasihat) dan matanya
melihat
kepada kebenaran."
(HR Musnad Ahmad)
P/S :
Nikmat yang Allah kurniakan
kepada kita sebenarnya jauh lebih besar
daripada nikmat yang kita minta.
Saat kita meminta rezeki,
pada saat bersamaan rezeki yang Allah
curahkan kepada kita, jauh lebih melimpah.
Saat kita meminta kebaikan,
pada saat bersamaan kebaikan
yang Allah berikan jauh lebih banyak
dari yang kita duga.
Hanya masa, keterbatasan ilmu dan
ketertutupan mata hati,
membuat kita jarang menyedari betapa
besarnya kurniaan Allah itu.
" Ya Allah ,
hindarkanlah kami dan keluarga kami
dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau.
Berilah kemudahan kepada kami
dengan limpah kurnia
dari Engkau wahai Tuhan
Yang Maha Pemurah."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.