Elak prasangka buruk
cetus permusuhan
Perasaan buruk sangka bermula
apabila seseorang mengalami
‘bisikan hati’ untuk mencurigai orang lain.
Orang yang terkena penyakit ini
sentiasa melihat kesilapan dan kesalahan
orang lain manakala dirinya diyakini
berada dalam keadaan benar.
Sasaran adalah kepada pihak
yang dimusuhinya hingga tergamak
merosakkan
hubungan persaudaraan.
Allah berfirman:
“ Wahai orang yang beriman,
jauhilah
oleh kalian
kebanyakan prasangka,
(kerana) sesungguhnya sebahagian
prasangka
itu adalah dosa.”
(Surah al-Hujurat, ayat 12)
Usah biarkan diri
menjadi mangsa kepada semua
terlintas dalam
hati yang sering
menyangka, syak dan ragu-ragu
terhadap orang lain. Kita
diminta
membersihkan hati daripada terkena
kotoran prasangka yang akan
membawa
dosa.
“ Wahai orang yang beriman,
jauhilah oleh kalian
kebanyakan
prasangka,
(kerana) sesungguhnya sebahagian
prasangka itu adalah dosa."
Surah
al-Hujarat (ayat 12)
Bebaskan hati kita
daripada sebarang syak,
keraguan dan bersih perasaan
terhadap saudara kita.
Apabila sangkaan buruk tersebar
dalam masyarakat, ia boleh menjadi
fenomena
salah tanggapan yang menyebabkan lunturnya warna hubungan sosial
yang
dipertahankan selama ini.
Persahabatan
akan digantikan permusuhan.
Keakraban
bertukar kebencian,
manakala
pujian
akan bertukar kepada penghinaan.
Fenomena mendukacitakan ini
menyebabkan
ikatan persaudaraan
kian tercarik dan simpulan ukhuwah
makin terungkai.
Imam al-Ghazali dalam
Ihya Ulumuddin berkata,
“Ketahuilah bahawa
prasangka
buruk adalah haram
seperti halnya ucapan yang buruk.
Sebagaimana haram atasmu
membicarakan keburukan seseorang
kepada orang lain, maka tidak boleh juga
membicarakannya kepada dirimu (hatimu)
sendiri dan engkau berprasangka buruk
terhadap saudaramu. Dan yang aku
maksudkan adalah keyakinan hati
terhadap orang
lain dengan keburukan.
Adapun apa yang terlintas dan
bisikan hati maka hal itu
dimaafkan,
bahkan keraguan juga. Akan tetapi
yang dilarang adalah menyangka,
dan prasangka adalah kata lain dari
sesuatu yang dijadikan sandaran
yang hati
condong kepadanya.
Rasulullah SAW telah
menunjukkan sifat mulianya
yang sentiasa memandang baik
terhadap
makhluk ciptaan Allah.
Daripada Sa’id bin Al-Musayyib, katanya:
“Telah menulis kepadaku
beberapa orang
ikhwah daripada
sahabat Rasulullah SAW:
Hendaklah engkau meletakkan
urusan
saudara engkau di tempat
yang sebaiknya selagi kamu tidak
didatangi oleh
perkara yang
menurunkannya dan jangan kamu
menyangka satu kalimah yang keluar
daripada seorang Muslim itu tidak baik
sedangkan kamu masih ada peluang
untuk
menjadikannya baik.”
p/s :
Ya Allah,
Kau
jadikanlah hatiku ini…..bersih
Kau
jadikanlah hatiku ini agar
Sentiasa bersangka
baik dengan orang
Kau
jadikanlah hatiku ini……..
Sentiasa tenang
dalam mengingatiMu
Ya Allah…….
Sungguhpun
melihat kelakuan
Yang tidak
menyenangkan hati oleh seseorang
Itu bukanlah….penyebab
emosiku mampu dipengaruhinya….
…………………..Ya
Allah, Katakan dalam
Hatiku ini “
kasihan……” apabila melihat
Seseorang yang
rendah emosinya,
Ya Allah,
Sesungguhnya
itu adalah yang terbaik
Daripada diri
ini mencipta persepsi sendiri :D
Sangka baik,
baik sangka :)
Ya Allah,
Aku ingin
mendidik hatiku ………
~ Rohani M.U-ILHAMIKHLASKU ~
~ Rohani M.U-ILHAMIKHLASKU ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertukar fikiran dan memberi pendapat.